Pakai Tudung Mesti Lagi Rajin Syampu Rambut, Ini Tip Perkongsian Penjagaan Rambut Dan Kulit Kepala.

Share

Hijab berbau kepam? Oh tidak! Itu adalah perkara yang paling ditakuti oleh hijabi apabila berhadapan dengan orang ramai. Malunya tidak terkata jika ia mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan hingga orang di sekeliling rasa tidak selesa dengan kita. Ya ampun, segannya!

Sebenarnya, ada sebab mengapa bau kepam ini terjadi dan ia pastinya disebabkan sikap kita yang tidak menitikberatkan penjagaan rambut dan kulit kepala dengan betul. Tapi jangan bimbang para hijabi kerana setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Ikuti tip mudah ini bagi mengelakkan bau kepam sekaligus mendapatkan rambut dan kulit kepala yang sihat.

Gaya Tudung

Pilihlah gaya tudung yang tidak begitu tebal lapisannya walaupun terdapat begitu banyak fesyen bertudung berlapis-lapis. Ini bagi membolehkan kulit kepala benafas dan kekal segar.

Gambar: Tudung people

Anak Tudung

Gunakan anak tudung yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti kain kapas dan elakkan anak tudung yang terlalu ketat.

Ikat Rambut

Sepanjang memakai tudung, biasanya rambut diikat ketat. Sebaiknya, apabila berada di rumah, lepaskannya selama yang boleh. Rambut yang kerap diikat menjadikannya mudah gugur dan mengubah tekstur halusnya.

Ulang Pakai

Jangan mengulang pakai anak tudung yang sama tanpa dicuci! Jagalah kebersihan rambut dengan menjaga juga kebersihan anak tudung dan tudung yang disarungkan saban hari.

Cuci Rambut

Sebaik sahaja sampai di rumah, jangan terus mencuci rambut. Buka hijab dan lepaskan rambut. Biarkan peluh pada liang kulit kepala kering sebelum dicuci.

Syampu & Perapi Yang Sesuai

Gunakanlah syampu dan perapi yang tepat untuk rambut anda. Menjadi item yang wajib dimiliki oleh semua hijabi, syampu dan perapi Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ serius dapat membantu setiap hijabi mendapatkan rambut dan kulit kepala yang lebih sihat. Nyaman dalam melakukan apa sahaja aktiviti dengan 3 in 1 Perfect Cool Shampoo yang mengandungi aroma mentol yang menyegarkan dan sensasi dingin dengan keharuman Kasturi.

Hadir dalam botol hijau yang sangat menarik, Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ ini dapat memberikan kita tiga manfaat yang nyata pada rambut iaitu mengatasi masalah kelemumur, mengawal masalah rambut berbau dengan kesegaran mentolnya dan bau bunga Kasturi yang harum walaupun seharian berhijab. Selain itu, ia melembutkan rambut dan memudahkannya untuk dirapikan.

Selepas bersyampu, jangan lupa menggunakan perapi rambut. Sapukan perapi hanya pada bahagian helaian rambut. Jangan terkena pada kulit kepala untuk mengelakkan kulit kepala berminyak. Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ juga didatangi dengan 3 in 1 Perfect Conditioning (Perapi rambut yang segar dan wangi ibarat kasturi)

Cucian Berkala

Lakukan cucian rambut secara berkala. Selang sehari antara yang disarankan ataupun di saat anda merasakan kulit kepala terlalu berminyak. Sambil mencuci, urut dan gosoklah kulit kepala untuk beberapa ketika.

Ada juga petua menggunakan pewangi rambut untuk menghilangkan bau kurang enak di sebalik tudung. Jangan risau dengan Rejoice Perfect Perfume Shampoo didatangi dengan haruman memukau dari bunga mawar, rambut sentiasa wangi walaupun dilindungi hijab.

Rambut Basah

Tahukah hijabi, ia menjadi satu kesalahan besar jika memakai tudung ketika rambut masih basah? Pastikan rambut benar-benar kering dahulu sebelum mengenakan tudung. Rambut yang bertutup dalam keadaan basah boleh menyebabkan kelemumur dan hujungnya bercabang. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan kulit kepala menjadi berminyak.

Senang rupanya untuk mendapatkan rambut dan kulit kepala yang sihat bukan? Apabila sudah mengetahui solusi ini, segeralah mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Jangan jadikan hijab sebagai alasan untuk kita mengabaikan aspek yang penting ini.

Jagalah mahkota kita ini dengan sebaik-baiknya walaupun anda sedang menjalani Perintah Kawalan Pengerakan. Pastikan rambut sentiasa bersih dari jangkitan virus yang menular COVID-19, dengan pembelian mudah hanya menerusi online Guardian anda tidak perlu keluar rumah lagi. Okay girls!

Published by
SH