“Pakai Tudung Labuh Macam Makcik & Tak Moden” MIA AHMAD Respon Komen Netizen

Share

Sudah lama menyepikan diri dari dunia lakonan, pelakon cantik Mia Ahmad kini selesa dengan kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu.

Selain menguruskan bisnes barangan ibadah, Sameeha.co, pelakon drama popular ‘Hati Perempuan’ ini kini lebih banyak menumpukan perhatiannya terhadap keluarga.

Selepas mengubah penampilannya dengan mengenakan tudung labuh sejak tahun 2021, Mia Ahmad tidak lagi aktif berlakon. Dia juga dilihat semakin jauh dari dunia glamor.

Isteri kepada bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi ini kelihatan tenang dan bahagia menjalani fasa penghijrahan yang telah menjadi titik tolak dalam kehidupannya kini.

Sering menyarungkan pakaian longgar dan bertudung labuh, menjadikan penampilan sopannya itu mendapat pujian dan sokongan ramai.

“Pakai Tudung Labuh Macam Makcik Dan Tak Moden” -Netizen

Memetik perkongsian Mia Ahmad di Instagram peribadinya: –

“Bila orang cakap tudung labuh macam makcik dan tak moden….

“Sorry, I dress for Allah…”

“Ada yang cakap I takkan istiqomah.. ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati cuz I know I did the right thing. For the sake of Allah. I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik.

“Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang along the way. Semoga Allah terus menjaga niat hati I dan kita semua.

“Sisters, semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin yra.”

Rata-rata warga maya mengharapkan agar Mia terus istiqamah.Baginya bukan mudah untuk istiqamah tetapi dia mampu melakukannya dengan penuh kesabaran.

Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi seringkali dilihat berkongsi rutin kehidupan hariannya bersama suami dan anak-anak di Instagram.

Adakalanya, Mia Ahmad berkongsi kata-kata motivasi, surah-surah dan doa-doa amalan hariannya untuk para pengikut dan peminat di Instagram.

Perkongsiannya itu bukan niat untuk menunjuk-nunjuk kebaikan. Sebaliknya, dia ingin memberi inspirasi buat semua untuk sama-sama berubah ke arah kebaikan.

Hijabista mendoakan agar Mia Ahmad sentiasa gembira dan bahagia bersama keluarga tersayang di samping menjadi isteri yang solehah.

Buat para hijabi, semoga kita sama-sama menjadi Muslimah yang baik, disenangi ramai dan paling penting diredhai Allah SWT.

Kredit Foto: Instagram Mia Ahmad

 

Published by
Amy Mohd