SEBELUM

Memakai sunscreen adalah salah satu perawatan paling penting untuk menjaga kesihatan kulit. Kandungan SPF dan PA dapat melindungi kulit dari paparan sinar matahari yang boleh merosakkan dan menyebabkan kanser.

Penggunaan sunscreen secara rutin memberikan banyak manfaat kepada kulit. Gunakanlah sunscreen dengan SPF minimum 30 dan PA+++ sebelum mekap atau beraktiviti di luar, dengan kuantiti sebesar buah ceri.

KENAPA PERLU PAKAI SUNSCREEN?
1. Elak kulit nampak kusam, tak bermaya, gelap atau pun burn
2. Elak kulit berkedut dan cepat nampak tua
3. Elak ada pigmentasi/jeragat – Kebanyakan punca utama jeragat, sebab tak pakai sunscreen.
4. Mencegah daripada penyakit kanser kulit.

Melalui satu perkongsian di Twitter, seorang gadis berkongsi keadaan kulitnya yang ‘terbakar’ selepas pulan bercuti. Meskipun memakai sunscreen, kulitnya tetap terbakar.

Pakai Sunscreen Pun Kulit Wajah Teruk Sunburn, Tak Tahu Apa Penyebab, Gadis Ini Kongsi Pengalaman

Pakai Sunscreen Pun Kulit Wajah Teruk Sunburn, Tak Tahu Apa Penyebab, Gadis Ini Kongsi Pengalaman
Pakai Sunscreen Pun Kulit Wajah Teruk Sunburn, Tak Tahu Apa Penyebab, Gadis Ini Kongsi Pengalaman

Ads

Seorang pengguna Twitter (@lipstickfiqs) telah berkongsi satu perkara penting yang wajar diberi perhatian sebelum membeli sebarang ‘sunscreen’ atau krim pelindung matahari.

Begini cara hendakm pilih sunscreen.

Pakai Sunscreen Pun Kulit Wajah Teruk Sunburn, Tak Tahu Apa Penyebab, Gadis Ini Kongsi Pengalaman

Ads

Menurutnya, sunscreen yang palsu adalah sunscreen yang ditulis ‘++’ sebelum nombor SPF contohnya ‘SPF++50’ . Manakala sunscreen yang sebenar akan ditulis ‘++’ selepas nombor SPF contohnya ‘SPF50 PA++’ ataupun ‘SPF50+ PA++’ .

Semoga info ini dapat membantu anda dalam memilih produk yang berkualiti dan selamat digunakan. Seperti yang kita sedia maklum, sinaran matahari yang berlebihan boleh menyumbang kepada kanser kulit. Jadi pemilihan sunscreen amatlah penting.

Walau bagaimanapun, masih ramai juga yang keliru bagaimana cara yang sebenar untuk menggunakannya. Perlukah lumur di keseluruhan tapak tangan atau sebaliknya? Ikuti penjelasan daripada Dr. Lim Ing Kien yang merupakan seorang dermatologi untuk penjelasan yang sebetulnya.

Ads

Biasanya saya akan sarankan pakai 2-3 fingertips untuk menggunakan sunscreen. Ia memadai untuk keseluruhan kulit wajah. Bagaimanapun, jangan lupa untuk sapukannya semula selepas 4-5 jam kerana di Malaysia sinaran mataharinya sangat kuat. Tidak kiralah SPF 50 ataupun 100, dalam masa 4-5 jam SPF itu akan hilang sepenuhnya . Sebab itulah perlunya sapu semula.

Ramai yang tanya boleh ke nak sapu semula sunscreen di atas solekan? Ya, anda boleh.

Selepas ini, rajin-rajinkanlah diri untuk selalu menyapu sunscreen pada kulit wajah.

Sumber kredit: Twitter (@lipstickfiqs) dan Alwaniismail

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI