Pakai Minyak Wangi Dengan Vasseline Untuk Bau Tahan Lama. Semak 10 Tip & Minyak wangi Untuk Wanita

Share

Ramai yang suka pakai perfume bagi menyerlahkan penampilan, meningkatkan keyakinan diri supaya diri dan orang sekeliling senang dengan kita. Semua orang suka dengan bau wangi tetapi janganlah terlalu menusuk hidung dengan memakai perfume berlebihan. Daripada orang suka, terus orang ramai lari daripada kita sebab bau kuat sangat.

Dah beli perfume mahal-mahal tapi rasanya ketahanan bau tidaklah sampai ke tahap maksima. Ramai yang tidak tahu bagaimana hendak mengekalkan bau wangian. Rasa rugi beli mahal-mahal! Terdapat lebih 10 tip dan cara pakai minyak wangi agar tahan lama.

Jika kita seharian berada di luar atau tempat panas, pasti membuatkan badan kita berpeluh. Jadi ingat, pakai lah perfume sedikit sebelum keluar rumah dan pastikan bau tidak berubah dan tahan lama sehinggalah petang. Dengan 10 cara ini, bau perfume anda akan kekal harum dan tahan dalam tempoh yang lama. Tip ini sesuai untuk perfume bagi lelaki dan perempuan.

Pakai Bersama Losyen / Body Wash

Pemakaian bersama losyen atau body wash memberikan kesan maksima dengan ketahanan yang lama. Jika kulit kita lembap, barulah sesuai untuk kita sembur perfume. Molekul minyak wangi akan bersatu bersama keadaan yang lembap dengan lebih baik berbanding dengan kulit kering. Pastikan juga losyen atau body wash ini adalah odorless supaya bau perfume akan lebih menyerlah.

Sembur Pada Bahagian Nadi

Tempat penyemburan yang terbaik adalah pada bahagian nadi. Terdapat beberapa bahagian nadi yang boleh disembut iaitu di pergelangan tangan, pada bahagian telinga, pada bahagian leher, pada siku dan belakang lutut. Pada bahagian ini sedikit panas dan membolehkan sebaran Minyak wangi itu lebih berselerak dan wangi.

Jangan Gosok Minyak Wangi Selepas Sembur

Jangan sesekali gosok perfume yang disembut sebagai contoh di pergelangan tangan. Ini akan merosakkan molekul pewangi tersebut dan akan kurang ketahanan dan mungkin tidak jadi wangi lagi. Jika mahu jimat, jangan gosok tetapi tap sahaja pada bahagian-bahagian tertentu. Dari tangan kanan, tap pada tangan kiri atau di leher dan sebagainya.

Sembur Pada Sikat

Perfume juga sesuai disembur pada rambut tetapi bukan sembur secara terus. Sembur minyak wangi tersebut pada sikat terlebih dahulu kemudian biarkan beberapa saat dan barulah mula sikat rambut anda. Jadi ia akan tersebar lebih baik pada bahagian rambut. Anda yang berhijab rambut akan kekal wangi dan segar dengan haruman perfume

pilihan.

Jangan Sembur Berlebihan

Ini penting, sembur dengan yakin tetapi jangan berlebihan. Khuatiri anda akan terbau kuat dan pastinya akan memberi kesan kepada orang sekeliling. Bau kuat pun, kita tak suka apatah orang sekeliling kita.

Simpan Minyak Wangi Anda Di Tempat Yang Betul

Ini penting, kerana akan memberi ketahana kepada perfume tersebut. Sila simpan di tempat yang dingin dan kering. Jangan biarkan ianya terdedah di tempat yang panas, khuatiri perfume anda akan menjadi masam.

Pakai Perfume Selepas Mandi

Ini adalah masa yang sesuai untuk anda sembur perfume pada badan anda. Ini kerana ketika  badan anda masih lembap sangat sesuai untuk perfume melekat pada badan. Ianya akan tahan lebih lama pada permukaan yang lembap. Selepas mandi, sembur perfume dulu.

Pakai Pelembap Pada Kulit Yang Kering

Jika kulit anda kering, sebaiknya pakai pelembap seperti vaseline pada kulit bahagian yang ingin disembur perfume terlebih dahulu. Dengan itu, pada bahagian tersebut akan menjadi lembap dan barulah sesuai disembur perfume untuk menjadikan lebih tahan lama. Cara ini juga mengelakkan masalah kulit pada sesetengah individu. Barulah selamat nak sembur perfume kan.

Buang Minyak wangi

Minyak wangi juga ada tarikh luput dan ianya takkan bertahan selamanya. Jadi kalau dah tarikh luput, biasanya bau nya sudah bertukar. Jadi sebaiknya, buang sahaja minyak wangi yang sudah sampai tarikh luput. Beli sahaja dan beli yang baharu.

Upgrade Daripada EDT kepada EDP

EDP dan EDT ini adalah berbeza dari segi kepekatan. Eau De Toilette (EDT) adalah menunjukkan kepekatan yang kurang daripada Eau De Perfume (EDP) dan pastinya lebih murah. EDP lebih mahal tetapi lebih tahan laman berbanding EDT. Jadi kalau ada bajet lebih, mungkin boleh upgrade daripada EDT ke EDP.

BACA JUGA ARTIKEL INI: Apakah bezanya Parfum dan EDP, EDT & EDC? Perlu Tahu Supaya Tak Rugi…

10 Cadangan Perfume Terbaik Untuk Wanita

1. Gucci Flora Gorgeous Gardenia

Ekspresi sensualitas moden

Keindahan yang tidak dijumpai pada musim bunga mengilhami reka bentuk dan pembungkusan botol Gucci Flora Gorgeous Gardenia edisi terhad, yang memberi penghormatan kepada nuansa warna lavender.

Wangian yang sangat feminin yang menggabungkan cahaya bunga pertama Gardenia dan kekayaan bunganya yang mekar penuh, Gucci Flora Gorgeous Gardenia mencirikan mereka yang asli dan menarik. Diilham dengan warna beri merah yang berkilau, ia menampakkan kemewahan. Kelopak-kelopak putih yang mewah di sini ditingkatkan dengan kehangatan bunga frangipani yang lembut, dan diselimuti oleh aroma nilam dan gula merah.

Ekspresi sensualitas moden, diilhamkan dalam corak Flora House yang terkenal, aroma itu dibungkus dalam kotak berwarna lavender yang menampilkan motif bunga dan serangga aneh yang pertama kali dibuat oleh Vittorio Accornero untuk Princess Grace of Monaco pada tahun 1966. Ekspresi inti Gucci, corak melambangkan kehidupan baru, kewanitaan dan sensualitas.

2. Bvlgari Omnia Amethyste For Women EDT

Aroma bunga-bungaan yang setia menemani anda

Apabila anda menginginkan perfume wanita yang wanginya tenang dengan identiti flakon yang unik, tentu produk dari Bvlgari ini sesuai dengan anda. Bvlgari melakukan inovasi pada seri Omnia Amethyste untuk para wanita yang ingin menyemburkan wangian secara berulang. Produk yang dilancarkan pada tahun 2006 ini mengandung konstentrasi berdaya tahan 4-6 jam.

3. Chloe Eau de Perfume for Women EDP

Aroma lembut yang long-lasting

Wangian lain yang diperoleh dari bunga peony, freesia, dan litchi juga akan muncul pada fasa pertama dari perfumee wanita yang paling enak ini. Untuk anda yang menyukai perfume dengan haruman bunga, maka produk inilah jawabannya. Perfume

wanita tahan 24 jam ini akan meninggalkan kesan tidak boleh dilupakan pada setiap orang yang anda lewati berkat jejak aroma khas yang begitu anggun dan mempesona. Perfume wanita yang menggoda lelaki ini sangat sesuai dipakai untuk anda yang pemula atau tidak menyukai aroma terlalu kuat. Meski aroma yang ditawarkan tidak kuat, Chloe menjamin wangian keluarannya ini dapat bertahan lama (long lasting) hingga durasi waktu kerja anda selesai.

4. Hermes Twilly D’Hermes For Women EDP

Aroma fresh floral berpadu spicy yang membangkitkan nuansa semangat hidup dan optimis

Pertama kali dikeluar pada tahun 2017, perfume wanita terbaik dari Hermes ini diburu oleh para wanita di pelbagai penjuru dunia. Produk wangian ini diinspirasi dari The Legendary and Icoonic Hermes Silk Scarf. Tentunya, Christina Nagel yang merupakan pereka bauan Hermes sengaja menciptakan aroma yang memberikan nuansa youthful, lively, dan optimistic.

Bagi Anda yang memerlukan perfume wanita untuk remaja, tentu produk kebanggaan Hermes ini pilihannya. Penggunaan bahan-bahan pencipta aroma berupa halia, tuberose, dan sandalwood akan melepaskan kesan segar sekaligus spicy yang langsung tercium pada semburan pertama. Selain itu, Hermes juga merumuskan perfume wanita kegemaran ini dengan rekaan botol yang menyerupai lentera bertopi hitam, setiap yang melihat tentu tahu kalau anda sedang menggunakan produk yang fenomenal.

5. Davidoff Cool Water Woman EDT

Menampilkan gambaran wanita dewasa yang matang

Wanita dewasa memerlukan perfume dengan aroma yang mempersembahkan kepribadiannya. Produk dari Davidoff ini merupakan salah satu yang memiliki karakteristik aroma untuk anda yang wanita matang. Keharuman yang ditawarkan oleh Davidoff melalui perfume wanita terbaik ini akan menonjolkan kesan diri sebagai wanita yang matang dan berkomitmen.

Perfume ini menyediakan keharuman aquatic yang menyegarkan. Gabungan dengan aroma tembikai dan nenas yang membangkitkan kembali fikiran dan tubuh, anda pun semakin bersemangat menjalani hari demi hari. Perfume wanita ini akan melepaskan aroma floral dan lily. Davidoff Cool Water Woman EDT meninggalkan  berupa blackcurrant dan woody yang bertahan lama.

6. Guerlain Mon Guerlain For Women EDP

Khusus untuk wanita yang berdikari, berani, sensual, dan penuh cinta

Aroma lavender, aroma yang kerap muncul pada ritual spa kalau bukan dari produk ini? Wangi lavender yang samar-samar dari perfume wanita keluaran Guerlain bergabung dengan aroma vanila. Kesan yummy dan feminin sekaligus fresh dapat anda rasakan hanya dalam satu produk. Guerlain menyatakan sekiranya produk ini merupakan persembahan khusus untuk wanita yang berani, peka, sensual, penuh cinta, dan berdikari namun tetap punya empati.

Wangian yang dihasilkan dari perfume wanita aroma manis ini boleh bertahan sekitar 5 – 6 jam pemakaian, bergantung pada aktiviti pada ruangan tertutup atau terbuka. Namun, bentuk dari botol yang cukup tebal akan kurang praktik untuk digenggam. Maka dari itu, anda disarankan membeli yang berukuran 100 ml, sempurna di dalam gengaman.

7. Chanel Coco Mademoiselle EDP

Terpukau dengan karakter oriental spicy

Botol berbentuk persegi yang familiar akan selesa dipegang oleh siapa pun yang menggunakannya. Meski tidak membawa penggredan warna sebagai jenama perfume wanita termahal, Chanel tetap mereka flakon sehingga tercipta kesan moden dan mewah. Produk wangian ini layak dijadikan pilihan untuk anda yang ingin tampil sempurna dalam pelbagai acara.

Chanel menyediakan aroma floral chypre dan oriental spicy pada perfume yang dikeluarkan pada tahun 2001 ini. Bersama Jacques Polge, Chanel memastikan produk ini dapat menimbulkan kesan yang sulit dilupakan pada setiap yang menggunakannya. Aroma yang sedang namun tak menyengat akan mengundang rasa penasaran setiap orang yang anda lewati.

8. Nuxe Prodigieux Le Perfume

Aroma musim panas yang membangkitkan perasaan bahagia

Setiap semburan dari perfume terbaik untuk wanita ini akan memberikan kesegaran yang bertahan sepanjang hari. Apabila anda sedang mencari perfume yang wangi dan tahan lama, kami sangat mencadangkan produk ini. Nuxe menggunakan bahan-bahan berjenis buah seperti orange blossom, orange bergamot, dan tangerine untuk memunculkan aroma yang buat anda jatuh cinta pada semburan pertama.

Setelah 15 – 30 minit dari waktu pertama penyeburan, aroma buah ini akan melepaskan aroma vanilla yang manis. Produk wangian dari Nuxe ini akan meninggalkan gabungan aroma dari bahan bunga seperti rose, gardenia, dan magnolia. Bagi anda yang ingin mencium aroma musim panas yang sensual dan feminin pada tubuh, jelas Nuxe Prodigieux Le Perfumee pilihannya.

9. Thierry Mugler Rising Star EDP

Wangian ini wajib untuk acara apa pun!

Rekaan botol vertikal dengan kontur yang melingkarinya merupakan ciri khas dari perfume ini. Bagi anda yang menyukai produk berkemasan unik, Thierry Mugler Rising Star EDP ini boleh anda masukkan dalam chart shopping anda. Komposisi bahan yang digunakan menghasilkan keharuman oriental spicy yang dominan. Thierry Mugler bergantung pada banyak bahan organik untuk menyusun tingkatnya perfume ini.

Pada fasa pertama, perfume wanita terbaik ini akan mengeluarkan gabungan aroma dari tembikai, kelapa, jeruk mandarin, jasmine, bergamot oren, dan cotton candy. Pada fasa pertengahan, Thierry Mugler Rising Star EDP menyajikan keharuman madu bercampur aprikot, blackberry, orchid, peach, lily, redberry, rose, dan plum. Sedangkan pada urutan terakhir, tersisalah kombinasi tonka bean, vanilla, musk, caramel, dark chocolate, amber, dan nilam dari perfume wanita aroma mawar ini.

10. Estee Lauder Pleasures for Women EDP

Produk istimewa dengan aroma flowery yang anggun dan menawan

Aroma bunga yang stabil dari perfume wanita terbaik Estee Lauder akan membuat setiap orang betah mendekati anda. Bahkan, Estee Lauder Pleasures for Women EDP disebut-sebut sebagai perfume wanita yang disukai lelaki. Anda boleh menggunakan wangian ini untuk membuat pasangan anda semakin jatuh cinta pada setiap momen.

Perfume wanita jenama legendaris yang telah dikeluarkan sejak tahun 1995 ini sesuai juga untuk anda pakai untuk perlbagai aktiviti lain, aromanya tetap tahan sehingga anda pulang ke rumah.

Published by
SH