Dalam usaha membendung agar wabak Covid-19 tidak terus menular, ramai jugalah yang mengambil inisiatif dengan memakai topeng muka dan juga sarung tangan (glove).
Walau bagaimanapun adakah sebenarnya pemakaian glove itu perlu. Ini perkongsian daripada Farmasi i-Sihat. Moga bermanfaat.
Untuk pengetahuan semua, pemakaian glove oleh public sebenarnya boleh menyebabkan corona virus lebih mudah tersebar tanpa disengajakan. Ini berlaku apabila anda menganggap pemakaian glove adalah pengganti kepada membasuh tangan @ hand sanitizing. Ini adalah lebih mengundang bahaya!
Contohnya anda menyentuh pam minyak dengan menggunakan glove, ya tangan anda tidak tercemar virus, tapi glove itu jugalah anda buka pintu kereta, betulkan tudung di muka, buka tombol pintu rumah, ini boleh menyebabkan virus (jika ada) merebak dengan lebih meluas, secara tidak sengaja dan tanpa disedari.
Sedangkan jika anda tidak memakai glove, anda akan kerap mencuci tangan @ handsanitizing. Selepas memegang pam, anda hand sanitizing dulu, baru buka pintu kereta. Sampai dirumah, hand sanitizing dulu, baru pegang tombol pintu, anda lebih selamat! Namun jika anda tidak yakin, #stayathome, ini adalah paling selamat.
Di hospital, terdapat ‘clinical waste bin’, untuk petugas kesihatan terus buang gloves tersebut selepas melakukan prosedur. Ini mengelakkan penularan virus yang tidak diingini. Bukan seperti kita, tiada tempat khusus untuk buang selepas menggunakannya. Belum lagi termasuk kes yang membuang gloves merata-rata begitu sahaja dan memberi risiko kepada pengutip sampah pula.
Selain itu, jika kita tidak membuka glove dengan cara yang betul, sekali kita akan menggagalkan fungsi glove kerana kita memegang kembali bahagian yang telah tercemar.
Petugas kesihatan juga tidak memakai 1 pasang glove sahaja sehari, mereka akan kerap tukar mengikut keperluan. Begitu juga dengan pegawai bank, mereka ‘handle’ wang kertas dengan menggunakan glove, namun mereka terus buka dan buang di dalam plastik khas tertutup apabila bangun dari kaunter mereka.
Apa akan jadi jika mereka guna gloves tersebut untuk pegang cawan? Atau bergerak merata-rata, buat bermacam aktiviti dan sentuh pelbagai benda seperti kita? Lagi cepatlah virus tersebut (jika ada) tersebar.
Teknik yang betul juga mesti digunakan ketika membuka dan membuang facemask yang telah digunakan. Sekali lagi #stayathome adalah paling selamat. Ada mask tapi tersasul/lupa cara pengendalian yang betul tetap memerbahayakan diri anda.
Sumber kredit: Farmasi i-Sihat