Memilih aksesori dari platinium dan bukan barangan kemas katanya lebih ‘in’ dengan jiwa muda, kalau pakai emas nampak macam ‘achik-achik’. Begitulah septikal hijabi zaman mellinial, bila dah masuk terus jatuh cnta!
Kurang gemar singgah di kedai emas yang selalunya dikunjungi oleh wanita biasa yang gemar memakai barangan kemas yang lebih besar dan tampak mewah. Meninjauu pendapat empat hijabi yang berkunjung di store Megan IOI Putrajaya, ternyata tanggapan emas seperti ‘achik-achik’ sama sekali salah.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Perlu Hantar Kedai, Hanya Guna Satu Bahan Je! Confirm Barang Kemas ‘Bling-Bling’ Raya…
Lebih trendy sesuai dengan gaya
Siapa kata pemakaian emas 916 tidak trendy? Kini, dengan rangkaian produk emas 916 MEGAN, anda pasti akan kelihatan lebih elegen dan eksklusif! MEGAN merupakan jenama emas 916 yang baru melonjak naik dalam industri peruncitan emas tanah air.
Kelainan yang dibawakan oleh MEGAN adalah rangkaian produk emas 916 terdiri daripada pelbagai jenis (cincin, rantai tangan, gelang tangan, rantai leher, subang dan lain – lain) dengan rekaan yang serba moden serta minimalis. Ditujukan khas buat wanita-wanita urban yang minat bergaya namun tidak mahu kelihatan terlalu sarat, MEGAN adalah pilihan tepat buat anda!
Intan Liyyana yang berasal dari Klang, seorang content creator yang tampil bergaya dengan gaya turban kemas serba putih, akui sebelum ini tidak pernah singgah di kedai emas, kerana takut jika pakai seperti ‘achik-achik’.
“Selalunya kedai emas kelihatan bosan dan sama seperti ‘emas tua’, berpeluang mengayakan salah satu koleksi dari MEGAN hari ini, tenyata rekaan yang minimalis sesuai dengan gaya saya.” Tambahnya lagi, gemar memakai pelbagai gaya aksesori, Intan pilih untuk melapisi beberapa bentuk cincin dan gelang agar tampak lebih stylo.
Sama seperti Chiia gemar mengayakan tudung dengan ikatan seperti ikatan rambut, dia juga gemar aksesori dari MEGAN yang minimalis dan moden. Perasaan takut untuk masuk ke kedai emas, Chiia lebih gemar untuk hanya akan berlalu pergi!
“Takut nak masuk kedai emas ni, semua barang kemas besar-besar dan saya akui sukar untuk dapat yang sesuai dengan tangan saya yang bersaiz kecil,” kongsinya.
Sesuai dengan pelbagai majlis
Memilih aksesori yang untuk dipadankan dengan gaya bukannya mudah, apatah lagi apabila menghadiri sesuatu majlis khas. Emas adalah salah satu aksesori yang boleh dipakai untuk harian malah untuk majlis khas. Lain pula pandangan hijabi ini, Qisha, 23 tahun yang berasal dari Wangsa Maju Kuala Lumpur, lebih gemar rekaan yang agak ekstra.
“ Memilih ‘Regal Waltz’, dancing stone salah satu koleksi MEGAN yang tampak ekstra, untuk hadiri majlis seperti makan malam atau majlis keramaian, Saya hanya memerlukan satu aksesori sudah cukup untuk menampakkan gaya saya lebih ‘wow’.”
ARTIKEL BERKAITAN: Serlahkan Gaya Dengan Aksesori Di Aidilfitri, Ini Tip Pemilihan Gelang Yang Hijabi Perlu Tahu!
Ternyata bukan Qisha sahaja yang menggemari koleksi emas MEGAN yang eksklusif, begitu juga Nabeela Khan, seorang juru solek selebriti yang memilih koleksi ‘Wirama Magnolia’ untuk digayakan. Gemar bersolek, Bella akui dia perlu imbangi solekan dan penampilannya.
“Sama seperti suai padan pakaian dan solekan, Bella memilih untuk menaturalkan solekan apabila menggayakan koleksi mewah ini, agar barangan kemas ini lebih menonjol. Dan apa yang perlu Bella lakukan memilih solekan dengan warna-warna tanah atau natural,” Kongsi Bella.
Ternyata koleksi-koleksi emas dari MEGAN ini, menepati citarasa pelbagai peringkat umur, sesuai digayakan harian atau majlis-majlis tertentu dan mempunyai koleksi yang mampu milik. Nah, hijabi lupakan tanggapan ‘achik-achik’, bila berkunjung di store Megan yang terletak di IOI Mall Putrajaya.
Gemerlapan Sinar Megan Dan Kelazatan Café Chef Wan Bergabung
Menariknya lagi, MEGAN menjemput anda untuk menghangatkan sambutan kemerdekaan dan semangat patriotik dengan penuh bergaya, di mana MEGAN membawakan sinar merdeka dari 01 Ogos sehingga 16 September 2023 menerusi kempen Merdeka Bonanza.
Kempen utama yang dijalankan di kedai MEGAN IOI Mall Putrajaya juga secara platform atas talian meganjewellery merupakan kolaborasi eksklusif daripada Café Chef Wan; selaku jenama terkemuka rantaian restoran di Malaysia. Kempen ini mempromosikan pertandingan Beli & Menang secara besar-besaran dengan hadiah utama merupakan satu loket emas 916 daripada MEGAN dan satu sesi percuma menjamu selera untuk dua orang di Café Chef Wan bernilai RM250.
“Kami amat berbangga dengan kempen Merdeka Bonanza yang mendapat sokongan justeru kolaborasi bersama Café Chef Wan. Kolaborasi ini juga menandakan kesepakatan dua jenama lokal untuk bekerjasama sekaligus menjukkan penglibatan kami dalam memeriahkan industri peruncitan tanah air.” Kata Fione Foong selaku Ketua Pegawai Pemasaran MEGAN.
Merdeka Bonaza Promo!
MEGAN juga menawarkan cenderahati eksklusif percuma (unity leather pocket bag & harmony make up pouch) kepada pelanggan yang membuat pembelian di kedai sehingga 16 September 2023. MEGAN dan pihak Café Chef Wan menjemput anda semua untuk menyertai kempen Merdeka Bonanza yang sedang berlangsung di kedai MEGAN IOI Mall Putrajaya!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
https://youtu.be/8ad4PZvpXfk
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI