Kecantikan

Pakai Bedak Compact Jenis Matte, Tiadalah Lagi Wajah Nampak ‘Memancar-mancar’ Dari Jauh

Share

Mana mungkin wanita dapat dipisahkan dengan solekan. Ibarat isi dengan kuku, solekan menjadikan seseorang wanita itu tampil lebih yakin dan bersemangat.Walau bagaimanapun, hijabi yang memiliki wajah jenis berminyak pastinya mengalami masalah ketika memakai solekan .

Masalah kulit berminyak amat mengganggu kerana masalah ia boleh menyebabkan wajah mudah diserang jerawat sehingga anda hilang keyakinan diri. Namun tidaklah bermakna hijabi yang memiliki kulit wajah berminyak dan berjerawat, tidak boleh tampil menawan dengan mengenakan solekan.

Berikut dikongsikan tip bagaimana untuk tampil memukau dengan solekan yang ‘wow’ meskipun anda memiliki jenis kulit yang berminyak. Pilihan bedak yang tepat ialah bedak compact jenis matte. Pastikan anda memilih jenis bedak yang sesuai dengan tona kulit anda.

1.Pastikan anda membersihkan wajah dengan pembersih muka atau skrub muka. Penyental yang dihasilkan daripada bahan semula jadi akan membuatkan kulit wajah anda mudah ‘bernafas’ dan lebih bersih.

2.Sapukan pelembap di seluruh bahagian wajah. Seeloknya gunakan pelembap yang mempunyai kandungan pengawalan minyak kerana ia sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. Biarkan seketika sehingga ia boleh meresap ke dalam kulit.

3.Untuk memudarkan kesan kusam dan parut jerawat, pakai concealer di bawah mata, pipi dan hidung. Ratakan dengan berus agar warnanya bersatu dengan kulit. Beri keutamaan pada zon T dan kawasan di mana jerawat anda nampak kemerahan.

4. Sapukan foundation di seluruh wajah dan leher secara rata dan tepuk wajah dengan jari. Jangan sesekali menggunakan span untuk mengaplikasikan foundation pada kulit yang berjerawat.

5. Selepas memakai concealer dan foundation, sebaiknya gunakan bedak tabur. Bedak tabur berupaya menyerap kelebihan minyak kerana ia lebih ringan berbanding bedak daripada jenis two way cake.

6. Jika anda memilih untuk memakai BEDAK COMPACT pilih daripada jenis matte kerana ia akan menjadikan wajah lebih mulus dan gebu.

7. Pakai pemerah pipi, aplikasikan dengan sentuhan ringan dan elakkan daripada jenis krim.

8. Tonjolkan efek pada mata dengan sapuan pembayang mata secara sederhana bersama penggaris mata dan maskara.

9. Oleskan gincu bibir daripada jenis matte untuk bibir yang menawan dan mungil atau sedikit pengilat bibir jika anda ingin wajah yang segar.

10. Untuk countouring atau shading wajah anda, gunakan shimmer yang tidak terlalu terang dan jelas untuk mengelakkan kulit tampak lebih berminyak dan berkilat.

BERIKUT EMPAT EMPAT PILIHAN BEDAK COMPACT JENIS MATTE UNTUK HIJABI YANG MEMILIKI KULIT BERMINYAK:

L’Oreal Paris Infallible Pro-Matte Powder
Memberi kemasan matte kepada mekap dan membantu menyerap minyak dan mengurangkan kilatan pada kulit wajah sehingga 16 jam. Bedak yang ringan ini boleh digunakan begitu sahaja atau dengan foundation untuk tahan lebih lama.

INNISFREE No Sebum Mineral Powder
Bedak yang memastikan kulit menjadi lembut dan segar untuk kemasan solekan setiap hari. Kecantikkan kulit juga terjaga dan menghalang kemunculan jerawat untuk solekan yang sempurna.

THE FACE SHOP Oil Clear Blotting Powder
Mengawal minyak berlebihan pada wajah bagi memastikan solekan tahan lebih lama. Bedak ini sesuai dipakai setiap hari. Diperkaya dengan ekstrak dari kacang hijau, Birch, Rumex dan Crispus agar wajah tidak kelihatan melekit dan berminyak semasa anda memakainya.

ZA Bye Bye Shine Powder
Bedak yang dapat melindungi kulit wajah dari sinaran matahari dan juga menyempurnakan solekan tanpa menutupi pori wajah anda. Apa yang lebih menarik tentang bedak ini, ianya bedak yang tidak menyebabkan kulit muka menjadi kering bahkan membantu untuk mengekalkan kelembapan pada wajah bagi menyerlahkan lagi seri solekan anda.

UNTUK LEBIH PILIHAN BEDAK COMPACT MATTE, KLIK DI SINI.

Semoga dengan panduan ini, hijabi yang memiliki kulit jenis berminyak dapat merias wajah tanpa rasa bimbang solekan ‘pecah’ dan bercapuk.

Sumber kredit: productnation.co

Published by
Norhasliza