Menjadi seorang usahawan bukanlah satu benda yang mudah, ianya sukar dari apa yang kita bayangkan. Masyarakat juga punyai tanggapan mereka yang boleh mematahkan semangat seseorang, tetapi tidak buat seorang graduan yang kni berniaga takoyaki meski pun di cemuh oleh pelanggannya sendiri.
Perkongsian kisah ini oleh graduan yang bernama Nazirah, 24, tular di laman sosialnya apabila dia di persoalkan oleh seorang ‘pak cik’ mengenai masa depannya. Ramai yang turut memberikan kata-kata semangat untuk dia kekal kuat menghadapi dugaan.
Melalui perkongsian Nazirah, kejadian itu telah terjadi pada 5 Ogos lalu, namun, ia tetap segar di ingatannya apabila kata-kata yang di keluarkan oleh ‘pak cik’ tersebut. Nazirah yang baru sahaja menamatkan sesi latihan industri sudah mula bergiat meniaga Takoyaki sepenuh masa.
@singgahluu_kitchendah biasa dipandang rendah cuma harini nak terluah huhu♬ suara asli – Hi, ini meme – 𝑴𝒆𝒎𝒆𝒊𝒏𝒊𝒎𝒆𝒎𝒆🐹🐿
Melalui temubual Nazirah bersama mStar, dia di datangi oleh seorang pak cik untuk membeli makanan yang di buatnya. Dalam pada masa yang sama, pak cik itu mula untuk bersembang dengan dia seperti pelanggan yang lain, tetapi perbualan mereka membuatkan Nazirah rasa tidak selesa.
“Ada seorang pak cik ini datang untuk beli takoyaki yang saya jual. Pada awalnya, kami borak topik biasa sahaja,
“Selepas itu, dia mula tanya hasil jualan harian saya, ada tak dapat dalam anggaran RM100 mahupun sehingga RM200?
“Saya teragak-agak nak jawab sebab tak selesa bila orang luar tanya jualan. Saya cuma mengiyakan sahaja dengan cakap Alhamdulillah boleh dapat,” katanya lagi.
Pak cik itu mula membawa perbualan mereka kepada arah pendapatan dan hasil jualan perniagaan Nazirah yang sudah semestinya menjadi satu maklumat sulit buat setiap peniaga. Walaupun begitu, Nazirah tetap cekalkan hatinya untuk teruskan perbualan tersebut sebagai cabaran dalam kehidupannya.
Artikel berkaitan: Terus Jadi Semangat Bila Dikutuk, Rahsia Gadis Ini Berjaya Tukar Saiz Seluar Dari 34 Ke 26
Perbualan mereka bukan sahaja mengenai perniagaan dia, malah pak cik itu mula bertanyakan tentang status pendidikannya. Nazirah yang sudah mula berniaga Takoyaki sejak Mac 2021 itu telah membuatkan pak cik tersebut terkejut selepas dengarinya.
“Pak cik itu ada tanya saya sekolah sampai tahap mana? Saya cakap yang saya pelajar ijazah. Dia macam terkejut juga dengan apa saya beritahu,
“Kemudian dia mula tanya lepas ini saya nak buat apa dengan ijazah itu? Tak kerja ke atau buat apa-apa yang menggunakan kelulusan saya. Saya pun beritahu yang ketika itu saya baru sahaja habis praktikal. Konvo pun belum lagi,
Nazirah yang juga di kenali sebagai Ira turut menjelaskan bahawa dia sudah faham perbualan pak cik itu sebenarnya ingin tahu kenapa dia berniaga pada seawal umur yang muda. Dia juga menyatakan tidak menjadi masalah kerana dia merupakan graduan bidang Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian, Universiti Utara Malaysia (UUM), di Sintok, Kedah.
“Sebenarnya saya dah faham maksud pertanyaan dia. Tapi saya malas nak cakap lebih jadi saya ‘tamatkan’ perbualan itu dengan beritahu saya bakal mencari kerja selepas ini. Tak jadi masalah pun,
“Bukan apa, saya terkesan dengan soalan pak cik itu sebab sebelum ini dah beberapa orang yang tanya soalan yang sama seperti ini. Jadi bila terjadi lagi sekali, saya pun cuba untuk luahkan melalui video.” ujarnya.
Ira yang menetap dan berniaga di Felda Keratong 3, Bandar Tun Razak, Pahang telah biasa menerima soalan dari pelanggannya yang berbaur seperti itu. Kecewa? Sudah pasti tapi itu bukan alasannya untuk teruskan kerjaya yang dia sudah usahakan.
Meninjau di ruang komen juga dapat di lihat ramai yang berkongsi pengalaman mereka yang sama serta ada juga yang memberikan kata-kata semangat buat Nazirah. Mungkin di pandang rendah, tetapi tetap bangkit dengan kejayaan.
“Tunjuk kak dekat dia yang akak boleh berjaya, kita tahu mana tahap kita, moga dipermudahkan segala urusan kak.
“Its ok sis…biasalah orang tua…iya kan sahaja…lagi cepat dia balik rumah.
“Sama lah…kerja sahaja apa yang ada dulu…yang pasti, jangan takut untuk mencuba. InsyaAllah suatu hari nanti ada rezeki lebih baik.
“Rezeki masing-masing kan awak. InsyaAllah ada rezeki akan datang nanti. Moga dapat kerja yang lagi baik.” begitulah coretan dari warganet buat Nazirah.
Kisah Nazirah ini telah di dengari dan dapat tontonan sebanyak 400,000 jumlah penonton di TikTok. Apa yang boleh kita ambil iktibar adalah untuk teruskan kehidupan meski pun ada cemuhan atau kata-kata yang boleh mengguris hati, pastikan anda tabah dan tetap berlayar untuk capai kejayaan.
Sumber info dan gambar: mStar dan SinggahLuu Kitchen
Artikel berkaitan: 20 Tahun Dulu DS Shahida Curi Buka Tudung Apabila Keluar Rumah, Harap Anak Tak Ikut Jejak Langkahnya
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.