Pahala Terus Mengalir, Ustaz Kongsi Kisah Disebalik Kopiah Yang Diberi Siti Sarah Kepada Masjid

Share

Sejak dari hari Isnin yang lalu, kisah mengenai kebaikan almarhumah Siti Sarah tidak henti-henti dikongsikan oleh mereka yang mengenali dirinya. Satu persatu amalan rahsianya ‘terbongkar’ hingga membuatkan kita semua terinspirasi untuk menjadi sepertinya.

Terbaharu, Ustaz Nizar Nadzir telah mendedahkan bahawa almarhumah bersama suami tercinta, Shuib Sepahtu pernah menyumbang kopiah untuk dipakai oleh imam dan juga bilal.

Bukan itu sahaja, pasangan suami isteri ini juga sentiasa bertanya mengenai bantuan yang boleh mereka berikan lagi kepada masjid kerana faham ramai yang terkesan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Sememangnya kisah ini boleh dijadikan inspirasi buat kita semua agar sentiasa bersedekah dengan ikhlas dan tidak berkira-kira sewaktu memberi. Percayalah, rezeki yang akan dikurniakan Allah buat kita akan datang dengan lebih banyak lagi selepas itu, InsyaAllah.

kredit: Nizar Nadzir

Published by
QIST