Pahala Solat BERJEMAAH Lebih Banyak Dari Seorang, PESANAN Anak Buat Rapidah Terima LAMARAN Datuk Jalaluddin
November 13, 2017
Share
Bukan mudah untuk menerima kehadiran orang baru dalam setelah sekian lama hidup seorang. Maklumlah orang yang dikenali berstatus selebriti dan dalam masa sama perlu menjaga hati semua pihak terutama anak-anak. Namun dengan restu anak-anak jugalah akhirnya, Rapidah Abd Ghani menerima kehadiran Datuk Jalaluddin Hassan sebagai suaminya. Pesan anak-anak, solatnya akan menjadi lebih berganda pahalanya jika berjemaah bersama suami.
Pada awalnya dia tidak menyangka bertemu jodoh dengan pelakon berkenaan. Walaupun mengambil masa lama untuk menerima lamaran itu, tetapi dia terbuka hati melihat sikap Jalaluddin yang disifatkan sebagai seorang yang bertanggungjawab dan penyayang kepada anak-anak dan cucu-cucunya.
“Anak-anak saya pun semua bersetuju saya berkahwin kerana kata mereka solat saya tidak banyak pahala berbanding solat bersama suami lebih banyak ganjaran,” katanya yang bersyukur kerana segalanya kini telah selesai dan segala urusan dipermudahkan.
Pasangan ini selamat selamat diijabkabulkan di Masjid Bandar Tun Hussein Onn hanya dengan sekali lafaz. Kedua-dua mempelai kelihatan tampil cukup berseri dengan busana warna putih sedondon.
Setelah hampir setahun kehilangan isteri tercinta, pelakon tersohor, Datuk Jalaluddin Hassan kembali menemui cinta barunya, setelah pertama kali bertemu wanita yang merupakan ibu tunggal dan mempunyai empat anak itu ketika sambutan Aidilfitri yang lalu.
Ketika itu dia menghadiri rumah terbuka temannya, seorang pengarah dan aktivis teater, Lokman Ghani. Melihat cara Rapidah melayan tetamu juga pergerakannnya mengingatkan dia kepada arwah isterinya.
“Daripada pertemuan itu, kami sempat bergambar bersama dan saya turut memberikan dia nombor telefon kerana ingin dia menghantar gambar yang diambil kepada saya. Selepas itu barulah kami mula berkenalan dan Alhamdulillah dipertemukan jodoh,” ujar Jalaluddin kepada Mstar.
Lebih bermakna perkahwinan ini kerana hubungan mereka turut direstui oleh anak-anak Jalaluddin yang mahukan dia gembira dan rasa bahagia.
Bagaimanapun pasangan ini juga turut diduga dengan halangan apabila ibu Rapidah tidak dapat menerima kehadiran Jalaluddin kerana berstatus artis pada mulanya.
Namun setelah diyakinkan oleh Loman Ghani, barulah ibunya dapat menerima kehadiran Jalaluddin dan menerima dengan hati terbuka.
Jika tiada halangan, pasangan ini akan mengerjakan umrah Febuari tahun depan.
Admin ucapkan selamat pengantin baru dan doakan pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.