Sesiapa sahaja di dunia ini mahukan pengakhiran hidup yang baik dan ingin ditempatkan di syurga. Beruntunglah orang yang berusaha membuat kebaikan dan perbuatannya itu masih dapat memberi manfaat kepada orang lain walaupun sudah tidak hidup di dunia lagi.
Menerusi perkongsian di Twitter oleh @furqanurfaliq, dia telah berkongsikan kisah mengenai Cikgu Hayati Aini Ahmad, seorang guru Matematik Tambahan yang telah meninggal dunia. Namun, amalan kebaikannya masih dipanjang-panjangkan lagi kerana dia telah memuat naik lebih 100 video mengenai topik dalam subjek itu di YouTube.