Berpuasa selama enam hari dalam bulan Syawal amatlah digalakkan buat semua umat Islam. Pahala yang bakal diraih dikatakan umpama puasa selama setahun. MasyaAllah, banyak sungguh ganjarannya!
Tidak mahu terlepas meraih pahala, Ustazah Asma Harun ada berkongsikan di laman instagramnya mengenai cadangan tarikh puasa terbaik yang boleh kita lakukan sementara masih berada dalam bulan Syawal ini.
BENARKAH PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL UMPAMA BERPUASA SELAMA SETAHUN? 🌙
Sahabat sekalian, mari kita kira sama-sama.
• 1 hari berpuasa = 10 ganjaran pahala • 30 hari berpuasa Ramadan x 10 ganjaran pahala = 300 hari • 6 hari berpuasa Syawal x 10 ganjaran pahala = 60 hari • MAKA, 300 hari + 60 hari = 360 hari • 1 tahun = 365 hari
Tetapi, mengapa 1 hari berpuasa = 10 ganjaran pahala?
Jika kita telusuri firman Allah SWT bahawa setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang, maka dia akan mendapat 10 ganjaran pahala.
Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala.” (Surah al-An’am: 160)
Subhanallah. Sayang sungguh Allah SWT kepada kita.
Maka, benarlah sepertimana dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang menyatakan bahawa seseorang akan mendapat pahala seolah-olah berpuasa selama setahun apabila dia meneruskan puasa enam hari pada bulan Syawal setelah berpuasa di bulan Ramadan.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa selama setahun.” (HR Muslim, hadis sahih)
Sahabat, Dalam kesempatan bulan Syawal yang mulia ini, mari kita berlumba-lumba melaksanakan ibadah puasa sunat 6 Syawal sepertimana yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW.
ANTARA TARIKH CADANGAN PUASA ENAM:
Ads
1. 20 Mei 2021 bersamaan 8 Syawal (Khamis) 2. 24 Mei 2021 bersamaan 12 Syawal (Isnin) 3. 25 Mei 2021 bersamaan 13 Syawal (Hari Putih) 4. 26 Mei 2021 bersamaan 14 Syawal (Hari Putih) 5. 27 Mei 2021 bersamaan 15 Syawal (Hari Putih + Khamis) 6. 31 Mei 2021 bersamaan 19 Syawal (Isnin)
Berhimpunnya tiga fadilat (kelebihan) pada tarikh-tarikh tersebut, iaitu:
1. Puasa 6 syawal 2. Puasa Isnin Khamis 3. Puasa Hari Putih
Walau bagaimanapun, puasa enam boleh dilaksanakan pada bila-bila masa di bulan Syawal melainkan 1 Syawal, dan tarikh-tarikh ini hanya sekadar cadangan sahaja.
Hebat sungguh ganjaran yang Allah berikan buat hambaNya ini. Oleh itu, marilah sama-sama kita merebut pahala ini dengan melakukan puasa enam. Kalau tidak sekarang, bila lagi bukan?
Beberapa hari lepas, melalui video Ustazah Asma Harun yang membahaskan tentang penjagaan kecantikan kulit wanita bukanlah satu pembaziran.
Ustazah Asma Harun bahkan berkongsi kepada penonton video tersebut bahawa beliau juga membuat rawatan laser di bahagian muka untuk menghilangkan sel kulit mati tetapi bukan rawatan yang berlebihan. Malah, beliau juga berkata bahawa sememangnya membuat rawatan facial di spa untuk kesihatan kulit wajah.
Sudah dididik dari zaman remaja
Semenjak sekolah menengah ibu membelikan produk keperluan untuk menjaga kulit seperti pencuci muka. Sememangnya menggunakan produk kecantikan untuk menjaga kesihatan kulit wajah dan bukanlah kerana awet muda atau kulit natural semata-mata. Pastinya ramai yang seronok apabila figura semacam beliau berkongsi tentang rutin kecantikan kulit wajah yang begitu.
Maka, jawapan cliché seperti “Wajah berseri kerana air sembahyang.” tidak mengguris hati mereka yang mengalami masalah kulit seperti acne prone dan sebagainya. Ustazah Asma Harun ada mendedahkan bahawa adik beradiknya memang dididik untuk menjaga kulit badan termasuklah kulit muka kerana ianya anugerah yang dikurniakan kepada Allah.
Beliau juga menyarankan kepada penonton jika penggunaan produk kecantikan pun masih tak dapat nak selesaikan masalah kulit wajah, berjumpalah dengan mereka yang lebih pakar. Mereka yang pakar dalam bidang ini yang boleh menyelesaikan masalah kulit anda. Semua itu bukanlah pembaziran melainkan menjaga kulit badan.
Kelihatan natural tanpa solekan, ramai akui Ustazah Asma memiliki kulit yang sempurna. Namun beliau juga seperti wanita lain juga mengalami masalah kulit. Perubahan hormon ketika mengandung, membuatkan muka beliau ‘breakout’ teruk, jika tidak dijaga mungkin timbul masalah.
Nak sihat, nak cantik sebenarnya kita perlu rajin, jika membuat rawatan mengikut kadar kemampuan kita boleh lakukan secara berkala. Rawatan yang dilakukan perlu ikut syariat, seperti bahan kandungan yang terbaik dan penting ada pengesahan halal. Ustazah Asma juga tidak menolak menggunakan rawatan traditional, beliau amat gemar menggunakan ais pada wajah baik untuk menganjalkan kulit, ujarnya yang bakal menganjak usia ke 40an tahun hadapan.
Sumber: TikTok Ustazah Asma Harun
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Datang haid? Jom amalkan solat haid awal yang boleh membantu anda lebih sihat dan melegakan sakit perut. Hari pertama haid kadang-kadang menyakitkan. Untuk itu, tidak salah memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan mengamalkan doa awal haid.
Walaupun di larang solat dan pegang al-Quran ketika haid kerana hadas besar, masih boleh amalkan solat sunat. Selain membaca doa awal haid, anda juga dapat berdoa, berzikir dan mendengarkan alunan ayat-ayat Al-Quran.
Oleh itu, jangan teragak-agak untuk mengamalkan doa permulaan haid apabila datangnya haid. Selain dapat membantu melegakan sakit senggugut, banyak juga manfaatnya. Memetik buku ‘Keutamaan Solat & Zikir’ karya M. Khalilurrahman Al Mahfani, berikut adalah amalan-amalan solat dari awal haid hingga ketika haid:
Doa Awal Haid
الْحَمْدُللهِ لَى لِّ الٍ اللهَ كُلِّ
Alhamdulillah ala kulli halin wa astaghfurullaha min kulli dzanbin
Maksudnya:
“Segala puji bagi Allah dalam segala sesuatu, dan aku memohon ampun kepada-Mu atas segala dosa.”
Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa wanita haid yang membaca doa di atas akan terbebas dari api neraka. Bahkan Allah SWT akan mengangkat darjatnya.
“Tiada seorang wanita yang haid, melainkan haidnya itu menjadi kaffarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu dan jika pada hari pertama haidnya dia membaca ‘Alhamdulillaahi ala kulli hailin wa astaghfirullah’, maka Allah SWT menetapkan bahawa dia akan terlepas dari neraka dan dengan mudah. melalui siratalmustakim yang selamat dari seksaan. Bahkan Allah SWT mengangkat darjatnya ke darjat 40 orang mati syahid jika sentiasa berzikir kepada Allah SWT ketika haidnya.” (Kitab Munajatun Nisa oleh Ibnu Watiniyah)
“Ya Allah, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit dan sembuhkanlah. Engkaulah yang memberi kesembuhan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit.” (Riwayat Bukhari)
Doa yang boleh diamalkan ketika haid
اجْعَلْنِي الصَّلاَةِ رَبَّنَا لْ اءِ
Rabbij’al muqiimash shalaati wa min dzurriyyatii rabbanaa wa taqabbal du’aa
Maksudnya:
“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhanmu, perkenankanlah doaku.”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Gembira sungguh Daiyan Trisha kerana diajak kembali ke Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah. Dia dapat pergi ke sana tahun lepas, dan dia sangat menikmatinya.
Ini merupakan kali kedua pelakon berusia 30 tahun itu menunaikan umrah pada bulan Ramadan.
“Assalamualaikum semua. Saya sekarang sudah pun berada di Madinah, kota yang paling indah. Selari dengan niat untuk menunaikan umrah pada setiap Ramadan.
“Syukur alhamdulillah tahun ini saya dijemput sekali lagi untuk berada di sini (Tanah Suci) buat kali kedua,” kongsinya dalam Instagram.
Pelakon siri Projek High Council itu berkata lagi, dia memohon doa dan kemaafan daripada kenalan yang mengenalinya atas segala kesilapan yang dilakukan. Beliau juga memohon doa agar perjalanan beliau dan jemaah haji yang lain dipermudahkan.
“Saya mohon doa dan keampunan daripada semua atas salah dan silap saya. Doakan perjalanan pergi dan balik saya serta semua jemaah lain. Semoga kami dikurniakan umrah yang mabrur,” kata Daiyan.
Daiyan juga berkata bahawa dia tidak sabar untuk bertemu “cinta hatinya” dalam beberapa hari, mungkin merujuk kepada Kaabah, yang merupakan tapak paling suci dalam Islam.
Ramai rakan artis mendoakan keselamatan dan keselesaan pelakon itu sepanjang perjalanan umrahnya semasa dia pergi.
Walaupun pintu sempadan dibuka selepas wabak itu, Daiyan hilang keinginan untuk mengembara dan mengakui Tanah Suci Mekah membuka pintu hatinya untuk dia “terbang” ke luar negara semula, seperti yang dilakukannya berkali-kali sebelum ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...