Padu Tip Jozlyn Cara Didik Anak Agar Mesra Satu Sama Lain. Antaranya Ajar Solat Jemaah Dari Kecil..

Share

Seronok melihat kebahagian keluarga besar pasangan ini Jozlyn dan Johan, dikurniakan 5 orang anak kesemuanya comel-comel berlaka. Ibu kepada Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq ini sentiasa berkongsi gelagat anak-anaknya di media sosial malah setiap entri penuh dengan kisah menarik sebuah rumahtangga.

Melalui satu posting di instagram @jozlynnhanania pasti ramai netizen tertanya-tanya apa tip Jozlyn menjaga anak-anak mesra selalu. Padu jawapan Jozlyn dan buat anda yang mempunyai anak ramai boleh amalkannya dari kecil lagi.

Ini antara tip padu Jozlyn menjaga anak mesra satu sama lain:

1. Ajar doa yang baik…

“Ajar dorg berdoa minta yg baik2.. dr kecil amalkan.. nnt akan dgr.. contoh dulu haziq kecik dia doa.. xnk gado dgn abg, adik kena hormat abg, abg jgn buli adik.. kita akan dgr kelakar.. tp tu permintaan dia pada Allah.. lama2 dia sebati dgn doa dia.. smp doa dia jadi lebih specific n matang.. ikut umur

2. Amalkan solat jemaah dari kecil…

Semua dari kecik.. amalkan solat jemaah.. lepas solat ayah kena jalankan tanggungjwp bercerita ttg sirah hadith atau apa saja.. mungkin boleh buat ngaji sesama.. so ada aktiviti lepas solat.. bila dia tgk seronok pasti dia xnk tinggalkan solat.. jadikan solat, mengaji ni satu benda yg seronok utk dorg wajib amalkan.. ingat.. dlm mendidik kita perlu membimbing bukan mengarah..”

3. Bermanja-manja selalu dengan anak..

“Dari usia 2tahun bila dia dh start amik sejadah nak solat sendiri.. time dh abes je.. mesti akan panggil duduk atas riba.. bermanja dan ajar dorg doa minta apa yg dorg nak.. as a parent ke bimbing n didik bagaimana nak berdoa.. dan kenapa perlu berdoa.. dia akan set kt kepala.. slalu 3 tahun tu dorg dh mula pandai doa minta apa yg dorg nak.. contoh akan ada masok dlm doa dorg nak toy, nak kfc.. suh dorg doa kuat.. supaya kita tau apa dorg inginkan.. if let say dorg doa nak toy.. ada pasar mlm bwk g belanja.. bg tau dia.. tgk, u solat, u doa.. Allah bg rezeki kt papa n mama.. trus dpt belikan u toy.. jangan putus doa yg baik2.. as a gift utk dorg yg nak solat n doa.. kena explain ok

4. Luangkan masa mendalami ilmu Allah

Bersama anak lelaki sulungnya Jozlyn kelas arafiah fokus pada surah-surah pendek. Masyallah indah sungguh keluarga ini. Kalau dilihat pada dasarnya pasangan ini sangat sempoi tetapi apabila mendidik keluarga alhamdulilah boleh dibanggakan.

Published by
SH