Padanan warna tudung mengikut warna kulit muka anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijabi Perlu ‘Take Note’! Pilih ‘Material’ Tudung Yang Betul Kalau Nak Rambut Sentiasa Sihat & Segar.
Jika dibandingkan dengan wanita yang tidak bertudung, hijabi lebih memerlukan rawatan rambut kerana ia sering dilitupi oleh tudung. Kelemumur dan rambut gugur antara masalah utama yang sering dialami oleh hijabi.
Masalah ini timbul dek kerana kesalahan kita sendiri yang tidak begitu mengambil berat tentang penjagaan rambut. Jika dibiarkan, ia akan membahayakan rambut kita. Jadi, kenal pasti apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh hijabi supaya kita tidak mengulanginya lagi.
1. Ikat Rambut Ala Ponytail
Rambut yang diikat ke belakang atau high ponytail akan menyebabkan rambut menjadi stress kerana akar rambut akan tertarik dan menegang akibat ikatan yang terlalu ketat. Sebaiknya, ikat rambut pada bahagian tengkuk atau ikat dengan rendah. Barulah rambut menjadi lebih relaks.
2. Sikat Rambut Dengan Sikat Bergigi Rapat
Sikat rambut bergigi rapat juga akan membuatkan rambut kita tertarik secara paksa dan ia tidak baik untuk rambut. Sebaliknya, pakai sikat yang bergigi jarang untuk merapikan rambut. Rambut juga tidak akan gugur.
3. Gosok Rambut Dengan Kasar
Mengeringkan rambut kadangkala menjadi satu masalah bagi hijabi kerana kita perlu mengeringkan rambut sebelum memakai tudung. Jadi, anda akan jadi sedikit kelam-kabut.
Namun, jangan menggosok rambut terlalu kasar dengan tuala kerana ia akan membuatkan rambut menjadi semakin tidak sihat. Seeloknya, gosok dengan perlahan dan biarkan ia kering sendiri. Kurangkan penggunaan pengering rambut kerana ia juga tidak begitu baik untuk kulit kepala.
4. Tak Beri Nutrisi Pada Rambut
Setiap hijabi memiliki keadaan rambut yang berbeza-beza. Berikan nutrisi tambahan seperti serum rambut sekiranya rambut anda memerlukannya.
5. Salah Pilih Bahan Hijab
Pemilihan bahan hijab juga perlu diambil kira. Ada bermacam-macam-macam bahan hijab yang perlu kita tahu dan pilih dengan tepat. Pilih mengikut situasi. Contohnya, jika kita mahu bersukan, pilih hijab dengan kain yang tidak panas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makan Dalam Talam, Cikgu Viral Sir Uzairi Meriahkan Sambutan Ulangtahun Pertama Zayan FM
Baru-baru ini telah berlangsungnya sambutan ulangtahun pertama radio yang semakin mencuri hati pendengar tempatan, Zayan FM. Meskipun disambut dengan bersederhana, sambutan yang diadakan bersama anak-anak yatim di Cafe Nu-In, Bandar Baru Bangi ini tetap meriah dengan kehadiran ramai artis popular seperti Ippo Hafiz, Yassin dan cikgu matematik viral, Sir Uzairi Taib.
View this post on InstagramLiveupdate : Majlis kesyukuran ulangtahun Zayan yang pertama. #IndahDihati #SetahunZayan
A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on
Sempena sambutan ulangtahunnya yang pertama, ZAYAN, jenama destinasi gaya hidup Muslim moden #IndahDiHati, berkongsi pencapaian yang telah diraih dan juga tawaran seleksi kandungan yang lebih hebat merentasi platform radio, dalam talian dan acara lapangan agar dapat terus menepati citarasa para peminatnya.
Usaha ini mencerminkan strategi semasa ZAYAN untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama gaya hidup pelbagai platform di Malaysia.
Eh, Ustaz Don pun ada tau!
Isteri tercinta Mawi iaitu Ekin dan juga kembarnya Aein turut hadir memeriahkan majlis.
View this post on Instagram@ekinmawi & @aennarif juga turut hadir di majlis #SetahunZayan #LiveupdateZayan
A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on
Pengurus Kandungan ZAYAN, Wan Syahrul Amry Wan Mansor berkata, “Megimbas kembali satu tahun keberadaan ZAYAN dalam industri hiburan, pelbagai pencapaian telah kami kecapi dan ini amat membanggakan bagi kami.
Namun, perjalanan ZAYAN hanya baharu sahaja bermula dan masih panjang bagi kami.
Oleh itu, ZAYAN ingin memanfaatkan kecapahan media ini untuk terus menghiburkan peminat-peminat kami dengan menawarkan kandungan interaktif, berinformasi dan relevan agar menepati gaya hidup dan citarasa mereka.”
Seronoknya makan dalam talam macam ni…
View this post on InstagramKemeriahan majlis kesyukuran @zayan.my malam ini.. #SetahunZayan #liveupdatezayan
A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on
Zayan juga tidak melupakan sokongan padu dari peminat-peminat jenama ZAYAN yang mencecah lebih 830k di laman media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter secara mingguan.
Barisan penyampai radio Zayan iaitu Mawi, Lin Ariffin, Raqib Majid, Falyq Hikyle, Anas Tahir dan Adiela Ridzuan.
View this post on InstagramAntara kek sumbangan dari @kengkawanproject untuk majlis #SetahunZayan …
A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on
Lama tak lihat Mawi perform. Tetap power macam dulu!
DJ Lin juga tak ketinggalan turut bergambar dengan Sir Uzairi.
View this post on InstagramTerima Kasih @lin_ariffin datang. Cikgu @uzairitaib juga. Untuk tatapan siapa tu Lin.. hihi.
A post shared by Nu-in Kafe (@nuinkafe) on
Hijabista mendoakan agar Zayan terus sukses mencapai matlamat dan terus menghiburkan hati pendengar tempatan dengan konsep muslim moden. Sememangnya Zayan tetap #IndahDiHati!
sumber: instagram Zayan, Nu-In Kafe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Nak Muka Nampak KUSAM, Hijabi Perlu TAHU Warna KULIT Terlebih Dahulu Sebelum Sarung Sebarangan TUDUNG
Rasanya setiap wanita impikan satu almari yang dipenuhi dengan tudung yang mempunyai rona tudung yang pelbagai. Seronoknya rasa bila semua warna tudung ada dalam almari. Tentunya lebih mudah untuk suai padan dengan bau-baju yang anda ada.
Tetapi perlu anda tahu bahawa anda perlu memilih warna tudung yang sesuai agar wajah anda tidak nampak kusam. Untuk mengetahui sama ada tudung tersebut sesuai dengan wajah anda atau tidak, anda perlu kenali warna kulit anda terlebih dahulu. Bila anda sudah tahu warna kulit anda, senanglah untuk anda pilih tudung yang sesuai.
Tip memilih warna tudung yang sesuai dengan kulit ini telah dikongsi oleh seorang wanita bernama Nurul Aeishah menerusi akaun Facebooknya. Diharapkan tip yang dikongsinya ini sedikit sebanyak dapat membantu hijabi di luar sana yang masih tercari-cari warna tudung yang sesuai dengan tona kulit anda.
Meh sini kita kenalpasti apakah warna tudung yang sesuai untuk kulit. Akak tau selama ni uolls hentam je kan pakai tudung warna apa,asal kena dengan warna baju. Eh akak pun sama jugak macam uolls.
Kulit Putih
Orang yang mempunyai kulit putih dan cerah amat beruntung kerana boleh mengenakan kebanyakan warna tanpa sebarang masalah. Warna yang sesuai untuk orang berkulit cerah adalah warna-warna solid seperti hijau, merah, hitam dan biru.
Namun harus dihindari warna-warna pastel yang terlalu lembut seperti baby blue, soft green atau kuning cair. Warna putih juga harus dielakkan kerana akan membuatkan wajah anda kelihatan pucat.
Kulit Sawo Matang
Untuk anda yang berkulit sawo matang, warna pastel dan warna gelap adalah pilihan yang baik. Memilih warna lavender dan maroon akan membuatkan muka anda lebih cerah dan cantik.
Sila hindari warna-warna yang seakan warna kulit anda iaitu warna coklat dan juga warna yang terlalu terang seperti kuning.
Kulit Kuning Langsat
Bagi anda yang mempunyai kulit kuning langsat sangat sesuai mengenakan tudung berwarna cerah seperti pink,biru dan kuning.
Warna-warna ini akan membuatkan wajah anda lebih segar dan akan menyerlahkan kecantikan wajah anda. Warna-warna yang harus dielakkan ialah coklat, oren, kelabu, hitam dan gold kerana akan membuatkan wajah anda nampak kusam.
Kulit Gelap
Anda yang berkulit gelap selamat dengan warna-warna pastel atau keemasan kerana akan mencerahkan kulit anda. Sila hindari warna-warna malap dan gelap seperti hitam, coklat dan oren gelap kerana akan membuatkan kulit anda menjadi semakin gelap.
Pemilihan warna yang tepat bukan sahaja dapat menyerlahkan kecantikan anda tetapi dapat menaikkan mood anda sehari-harian.
Sumber: Facebook Nurul Aeishah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI