Hidayah datang melalui mimpi, penyanyi, Ratu Balqis mengambil keputusan untuk berhijab dan lebih mendekatkan diri kepada Tuhan selepas mengalami mimpi aneh yang sama selama tiga hari berturut-turut.
Enggan menganggap ia sebagai mimpi buruk, bekas peserta program realiti, Mentor Milenia 2017 itu bagaimanapun mengakui ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada dirinya.
“Saya didatangi mimpi sama selama tiga hari berturut-turut, tetapi bukanlah mimpi menakutkan. Saya bermimpi ada sesuatu yang mahu disampaikan, seolah-olah Tuhan memberi petunjuk pada saya.
“Jujurnya, saya alami mimpi hingga saya sedih dan tertekan. Saya jadi putus asa dengan diri sendiri, apatah lagi memikirkan berjauhan dengan anak. Mimpi yang hadir seperti bersangkut paut dengan apa yang pernah berlaku dalam hidup saya.
“Jadi, Umi menasihatkan saya supaya tidak meninggalkan solat, belajar menutup aurat dan mendekatkan diri pada Allah kerana benda tak elok ini susah nak lekat apabila sentiasa dalam wuduk,
“Daripada saya melakukan kerja mengarut, saya putuskan belajar solat dan mendekat dirikan dengan Allah,” jelas Balqis,22.
Balqis bagaimanapun menjelaskan bahawa dirinya bukanlah berhijrah sepenuhnya sebaliknya masih dalam proses pembelajaran.
“Saya tak berani kata berhijab terus kerana saya masih dalam tempoh belajar. Semoga hati saya kuat untuk terus istiqamah, jadi saya minta semua mendoakan baik-baik untuk saya.
“Saya lebih tenang selepas berhijab. Tak kisah apa sahaja dugaan dan masalah yang datang, saya percaya semuanya ada jalan penyelesaian. Saya hanya bertenang dan banyak mendekatkan diri dengan Allah. Apabila kita sentiasa dekat denganNya, apa yang kita rasa susah itu semuanya ada jalannya,” katanya.
Jelas Balqis, ini bukanlah pengakhiran dalam kariernya sebagai penyanyi namun pastinya dia akan tampil dengan lagu yang bersesuaian dengan imejnya yang terkini.
“InsyaAllah, saya akan kembali menyanyi, tetapi saya perlu mencari lagu yang bersesuaian dengan imej bertudung,” jelasnya yang turut merancang menghasilkan lagu buat anaknya, Hamka.
kredit: BH Online
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rasa Selesa & Selamat Bila Berhijab” – Wani Mula Bertudung Sejak Usia 12 Tahun & Kekal Istiqomah
Jika orang lain bertemu hidayahnya ketika sudah menginjak usia dewasa, tetapi bagi penyanyi bersuara unik, Wani atau nama sebenarnya NurSyazwani Selamat, seawal usia 12 tahun sudahpun memakai hijab. Dia memakainya kerana menurut arahan ibu bapa selain ia adalah hukum yang wajib diturut bagi seorang wanita. Biarpun masih kecil, tetapi Wani tetap utuh dengan pendiriannya hinggalah kini setelah bergelar penyanyi.
Menurut Wani yang mula dikenali dengan lagu Alhamdulillah duet bersama Juzzthin, ibunya yang juga seorang Ustazah mengajar dia untuk memakai tudung ketika bersekolah dalam darjah enam.
MULA-MULA PAKAI SINGKAT, LAMA-LAMA LABUH
โOleh kerana waktu itu masih kecik, jadi ada sekali dua kejap buka kejap pakai. Tetapi bila masuk tingkatan 1, Wani sudah mula berhijab sepenuhnya.
โBiasalah masa tu budak kecil bila pakai ada rasa rimas tetapi pada masa sama kita kena belajar untuk bertudung secara sempurna. Ummi juga selalu pesan supaya kekal istiqomah dan tidak buat main-main apabila sudah berhijab,โ ujarnya.
Tambah Wani juga dulu masa mula-mula berhijab, dia juga pakai tudung agak singkat, tetapi lama kelamaan cuba melabuhkan hijab yang dipakainya agar memenuhi tuntutan yang disyariatkan.
โMasa itu Wani masih belum jadi artis lagi. Wani mula berkecimpung dalam bidang seni selepas habis SPM. Wani sign kontrak dengan syarikat pengurusan FMC selepas bakat dicungkil di laman youtube.
โWalaupun sudah bergelar artis, Alhamdulillah Wani tetap istiqomah berhijab. Tidak ada pula berdepan dugaan supaya Wani buka tudung. Istiqomah ini juga disebabkan faktor orang sekeliling seperti sepupu dan juga kawan-kawan yang kebanyakannya juga berhijab.
โWani akui sangat selesa dan rasa selamat dengan berhijab. Dengan berhijab kita rasa tdak ada risiko yang membahayakan (insya-Allah) selagi kita pandai jaga diri. Bagi Wani Islam itu agama yang cukup indah kepada semua insan,โ jelas Wani lagi yang menggemari gaya yang โsimpleโ untuk pakaian seharian.
โTetapi ada kalanya ikut mood juga. Kadang-kadang suka pada gaya elegan seperti penambahan manik pada baju yang digayakan. Warna pula Wani sukakan pastel yang memang sesuai dengan usia Wani.
SUKA PAKAI SELENDANG
โUntuk tudung pula, Wani ikut mood. Bawal boleh, selendang pun boleh. Tetapi paling senang untuk Wani gayakan adalah seledang kerana ada awning yang boleh buat ia terletak cantik di kepala.
โWani sebenarnya tdak berapa gemar tudung instan kerana muka jenis bulat. Kadang-kadang tudung instan jenis ikut bentuk muka,โ ujarnya yang turut mengakumi Neelofa yang juga menjadi idola buat semua wanita berhijab untuk bijak bergaya.
Dia juga menolak tanggapan jika berhijab itu menyebabkan penampilan seseorang itu seperti โkampungโ, kerana menurutnya berhijab juga sebenarnya masih boleh bergaya cantik.
UMMI JADI PERUNDING IMEJ
โBanyak fesyen lain yang boleh kita cuba. Misalnya ada palazzo dan blaus yang menepati gaya wanita Muslimah.
โWani juga tidak selesa untuk menggunakan khidmat perunding imej kerana takut depan dikata cantik tetapi dalam hati kita sebenarnya tidak selesa dengan imej yang ditampilkan.
โWani lebih selesa dengan cara begini. Tersendiri dan bersederhana sudah memadai. Jika mahukan pendapat tentang fesyen, biasanya Wani akan minta pandangan Ummi. Kalau Ummi kata tak sesuai Wani tak akan memakainya,โ cerita Wani lagi.
TOLONG KELUARGA BERNIAGA DI BAZAR RAMADAN
Menurut penyanyi yang baru berusia 21 tahun ini, dia juga turut mengambil kesempatan membantu keluarga berniaga sempena Ramadan ini di Batu Pahat Johor.
โSetiap tahun memang keluarga Wani berniaga di situ. Wani akan membantu keluarga yang menjual makanan seperti Chicken Chop dan Ayam Penyet.
โAllhamdulillah setelahbergelar artis, sambutan lebih menggalakkan. Malah Wani jiga gunakan medium sosial untuk mempromosikan bisnes keluarga ini.
“Sejak keluar dari program Gema Gegar Vaganza musim lalu, follower di instagram juga makin betambah,โ jelasnya yang masih lagi menuntut di Open Universiti di tahun akhir sebelum mengakhiri perbualan.
MYDIN LANCAR KEMPEN ‘GIRANG SYAWAL TIBA’
Wani atau nama penuhnya NurSyazwani Selamat ditemui ketika Majlis Pelancaran Kempen ‘Girang Syawal Tiba’ di Mydin Subang Jaya baru-baru ini.
Dalam majlis berkenaan, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Dr Ameer Ali MYdin berkata kempen ini bertujuan menyediakan pengunjung dengan pakaian raya dengan harga yang rendah berkualiti tinggi.
“Kami di Mydin menyediakan koleksi baju raya dengan harga yang rendah dengan kualiti yang cantik bagi membolehkan golongan yang berpendapatan rendah bergembira di hari raya di samping peraduan dan aktiviti menarik yang telah dirancang.
“Mydin juga telah mengeluarkan lagu hasil kerjasama dengan FMC Music yang berjudul Girang Syawal Tiba,”katanya pada sidang media.
Girang Syawal Tiba 2018 ini juga akan menampilkan koleksi-koleksi baju raya Mydin yang pelbagai dengan jenama Mikayla untuk pakaian wanita dan Mikhail untuk pakaian lelaki yang diperagakan oleh model dan artis-artis terkenal tanah air seperti Haqiem Rusli, Zoey Rahman, Tajul, Sissy Iman, Ernie Zakri dan Wani.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berhijrah Sebaik Pulang Dari Lakukan Ibadah HAJI, Ini Perasaan Sebenar Dirasai MIZZ NINA Setelah 5 Tahun
Memasuki bulan Febuari dianggap hari cukup istimewa. Ini kerana selain dari bulan ini hanya ada 28 atau 29 hari, Febuari juga cukup bermakna buat semua wanita yang berhijab sempena sambutan #worldhijabday di seluruh dunia. Hari di mana kita meraikan ย wanita Muslimah memuliakan mereka yang berhijab. Biarpun berhijab, tetapi pandangan kita tetap teguh dan berpendirian dalam memperjuangkan hak-hak wanita. Walaupun pelbagai cabaran ditempuhi, tetapi diharapkan kita wanita yang memilih untuk berhijab ini terus kekal istiqomah.
Sebagai โpublic figureโ, pastinya tumpuan terarah pada mereka apabila mengambil keputusan untuk berhijrah. Ada antaranya yang tumbang di separuh jalan dan ada juga yang tetap iman di hati tanpa menanggalkan apa yang telah menutupi mahkota mereka. Malah bukan sahaja bahagian itu yang ditutup tetapi juga aurat sebagai Muslimah terjaga sepenuhnya.
Bagi selebriti Shazrina Azman atau Mizz Nina yang telah berhijrah lima tahun lalu turut mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana masih kekal dengan hijrahnya. Walaupun masa berlalu terlalu pantas, tetap dia tetap memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada semua wanita yang berhijab di seluruh dunia. Tetap bangga dengan jati diri sebagai Muslimah sejati dan jadi seperti diri sendiri.
Ucapan ini diungkapkan dirinya di laman instagramnya sempena meraikan #worldhijabday yang disambut pada 1 Febuari lalu.
A post shared by MizzNina (@officialmizznina) on
Menurut isteri kesayangan Noh Hujan ini pemakaian hijab adalah pilihannya sendiri. Ini adalah sebagai salah satu cara untuk menyampaikan kasih dan cintanya tidak berbelah bagi Allah SWT.
Malah cara pemakaiannya sekarang ini adalah untuk melindungi diri dan orang yang disayangi dari sebarang ‘kesakitan’. Malah apa yang menjadi pilihanya (menutup kepala dengan kebijaksaan sebagai penghias mahkotanya) itu semua dilakukan adalah hanya untuk Allah SWT.
Posting #worldhijabday ini memberi reaksi positif daripada followernya yang setia mengikuti perkembangan diri Mizz Nina dari sebelum hijrah hingga dengan penampilan dirinya sekarang.
Ramai memuji betapa indah kata-kata diluahkan Mizz Nina. Malah ada juga menjadikan dia sebagai motivasi dan sumber inspirasi. Posting ini mendapat hampir 24K like dan rata-rata mengharapkan agar Mizz Nina kekal istiqomah dengan pilihan yang dibuatnya.
syareefa.mastura masyaAllah sis you are beautiful inside n out..may rahmat Allah Alwys be with u sistaa missnina
nazirahisa_ You are so inspired. May Allah bless you. Ameen
@nurarisamaryamย Alhamdulillah. Kakย @officialmizzninaย cantik berhijab. MashaAllah!!! Moga Allah permudahkan semua ibadah Kak Nina. Aamiin!!! Sayang kakak seperti kakak sendiri kerana Allah!
zielaabdulhameedย Alhamdulilah semoga istiqomah ๐
natrahashinย Ur modesty and istiqamah is such an inspiration.
Transisi Mizz Nina nyata memang mengejutkan semua peminatnya. Dia yang nekad berhijab sebaik pulang dari mengerjakan haji bersama suaminya dan sehingga hari ini dia terus dengan imej yang sama.
Sewaktu awal-awal berhijab, dia juga turut melayari video di Youtube seperti Rubina, Yaz The Spaz dan beberapa personaliti lain yang kelihatan trendy walaupun dalam balutan menutup aurat.
Menurutnya dia selesa dengan imejnya kini dan akan terus istiqomah dengan penghijrahannya. Apatah lagi, mendapat sokongan suami tercinta untuk lebih mendekati Islam dan Tuhan.
Ekstra Info:
World Hijab Day disambut pada 1 Febuari setiap tahun. Hari ini begitu istimewa kerana mengajak semua wanita Muslimah di dunia untuk mengenakan dan mengetahui lebih mendalam maksud berhijab. Sudah lima tahun diadakan dan ia memang mendapat sambutan cukup memberangsangkan seluruh dunia.
Pertama kali diadakan di New York, Amerika Syarikat yang bertujuan untuk memberi info kepada wanita bukan Islam mengerti tentang Islam dan hijrah. Hal ini dilakukan untuk mengurangkan rasa diskriminasi terhadap wanita berhijab dan sebagai salah satu pencegahan Islamophobia, khususnya di negara barat untuk mewujudkan keamanan seluruh dunia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
FARRA Bagaikan Puteri Terus ISTIQOMAH Setelah 20 Tahun Berhijrah. Kekal BERNIQAB Untuk Elak Fitnah!
Semakin ramai kita melihat selebriti yang tampil berhijab. Terbaru adalah pelakon Ardell yang sebelum ini terkenal dengan watak tomboy. Hidayah Allah itu hadir tanpa mengira siapa dan memang beruntung bagi yang mendapatnya. Seperti juga penyanyi Farihah Mohamed Arshad ataupun popular dengan nama Farra yang cukup terkenal dengan lagu โBagaikan Puteriโ. Dia bukan setakat berhijrah dari zaman kejahilannya tetapi juga turut mengambil keputusan untuk berniqab. Sudah hampir 20 tahun beliau berhijrah menjadi Muslimah yang diredai Allah dan masih terus kekal istiqomah.
Dalam artikel yang disirkan di Sinar Harian Online, Farra berkata cabaran ketika berhijrah tidaklah seserius ketika beliau mengambil keputusan untuk berniqab.
ARTIKEL BERKAITAN: Ardell Pilih Bawal Untuk Gaya Hijab
Niqab Untuk Elak Fitnah
“Semasa saya berkeputusan untuk berniqab. Saya melalui cabaran getir kerana ramai yang tidak menggemarinya. Namun, bila saya baca beberapa buku dan mengikuti kelas, saya berasakan tujuan pemakaian niqab, sama ada wajib atau harus, sebenarnya adalah untuk mengelakkan fitnah.
“Kalau dalam hukum wajib, niqab ini dipakai kerana perempuan itu menjadi sumber ujian kepada lelaki dan untuk memuliakan serta menjaga perempuan itu sendiri. Kalau hukum harus pula, niqab dipakai kerana mengelakkan fitnah kepada diri dan orang sekeliling.
โContohnya kalau dia terlalu cantik, maka dia perlu memakai purdah agar kurang sedikit perhatian orang kepadanya. Ditakuti, perhatian orang itu akan menimbulkan fitnah.” katanya.
Jelas Farra, sebab itulah beliau berasakan masyarakat perlu lebih peka dan memahami mengapa seseorang itu berniqab dan jangan terus menghukum dan melabelkan mereka memakai sekadar untuk menunjuk-nunjuk.
Menurutnya, beliau berharap agar dirinya dan juga Muslim yang lain terus diberikan petunjuk daripada ALLAH untuk terus mempelajari ilmu dan memahami al-Quran dan Sunnah Rasulullahlah.
Berdakwah Melalui Laman Sosial
Jika dilihat dalam laman instagram Farra, beliau juga turut berdakwah kepada followernya secara aktif. Ada sahaja perkongsian kata-kata berunsur nasihat kepada pengikutnya.
InshaaAllah. Jom.. selesaikan baca Surah Al-Kahfi
A post shared by farra (@farrabagaikanputeri) on
Dalam pada Itu, Farra kini giat menggali dan menuntut Ilmu serta aktif dengan kerja-kerja dakwah. Buat masa ini dia begitu aktif dengan Pertubuhan Quran Daily Malaysia (PQDM) dan pembabitannya adalah secara tanpa sengaja.
“Sekitar tahun 2014, semasa mengikuti sesi daurah tafsir al-Quran, saya dijemput oleh pengasas PQDM, Puan Rahana Ab Rahim bersama suaminya, Hj Mustapa Omar untuk bersama menjayakan misi PQDM iaitu menjadikan al-Quran untuk dibaca, faham dan amal.
“PQDM bermula dengan mewujudkan Quran Daily (QD) pada Mei 2014. Aktiviti QD diperlengkapkan lagi dengan aktiviti amal melalui Projek Infak Quran Daily (PIQD) dan aktiviti ilmu melalui Biro Ilmu Quran Daily (BIQD). Saya bermula sebagai admin grup, setelah berjaya khatam al-Quran. Saya menjadi mentor dan dalam masa yang sama turut mengendalikan BIQD, kursus jenazah dan kursus solat,” cerita ibu tiga anak ini.
Buat Kerja-Kerja Dakwah
Bukan itu sahaja penyanyi yang pernah bersama-sama dengan ratu Rock Ella ini juga turut terbabit dengan kumpulan Pengurusan Jenazah Muslimah (PJM) aktif mengadakan kursus jenazah yang juga dikendalikan di bawah PQDM.
Selain terbabit denganย kerja-kerja dakwah ini, Farra juga turut aktif dalam menjalankan perniagaan, Farra Apparel menerusi dalam talian. Objektif Farra Apparel adalah untuk menawarkan rangkaian busana Muslimah yang aktif, selesa dan bergaya, serta menepati syariat.
KHIMAR ROPOL from FARRA APPAREL #FarraApparel #BagaikanPuteri #busanamuslimah #khimar
A post shared by farra (@farrabagaikanputeri) on
Antara Aktiviti Kebajikan Dilakukan
– Agihan infaq Mushaf al-Quran, Tafsir Iqra dan kitab-kitab agama pada madrasah dan sekolah tahfiz.
– Pembinaan beberapa telaga di Kemboja, Nigeria, Ghana dan di Kem Rohingya Coxs Bazar Bangladesh.
– Pembinaan masjid dan surau.
– Penambahbaikan masjid dan sekolah di Nigeria, Bangladesh, Kemboja. – Ibadah korban di Malaysia, Kemboja, Bangladesh dan Nigeria.
SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE
KREDIT FOTO: INSTAGRAM FARRA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI