Ozlyn Terharu Anak-Anak Sanggup Kerja Dan Kumpul Duit Demi Belikan Hadiah Hari Jadi Buatnya

Share

Diraikan insan tersayang memang menjadi momen indah apatah lagi buat seorang ibu yang diraikan oleh anak-anak yang tersayang. Begitulah yang dirasakan oleh Ozlyn Wati iaitu isteri kepada pelawak terkenal,Johan apabila diberi kejutan oleh anak-anak tercinta.

Lebih menarik lagi, dua orang anaknya iaitu Ariq dan Sodiq telah mengumpul duit sendiri dengan bekerja sebagai pembantu ayahnya bagi membelikan hadiah buat Ozlyn.

Sesungguhnya anak-anak itu harta dunia akhirat.

Nak taip pon sedih.. bkn sb apa.. terharu.. abg ariq dgn abg sodiq kerja jadi p.a papa n mummy ya semata2 nak kumpul duit beli present mama??.. sama jugak dgn mak.. comel sgt buat surprise n masakkan makanan kegemaran aku.. ya Allah sungguh bertuah aku dikelilingi org yg tersyg dan baik2 belaka.. aku bersyukur padamu ya Allah.. kau lindungilah mereka dunia akhirat pada seluruh keluargaku, sahabat ku, mereka yg selalu mendoakan utk keluarga ku dan juga mereka yg sedang membaca nukilan dr hatiku ini ya Allah… aameen.. sesungguhnya mereka ini adalah harta akhiratku.. ?❤️ terima kasih yg msg wish, x lupa yg dm, dan komen wish besday .. ada yg x sempat reply lg.. mekasih ye semua.. happy besday jugak utk sesape yg sambut bulan september?

Sementara itu, netizen turut meninggalkan ucapan hari lahir buat Ozlyn di ruang komen. Ramai juga yang memuji ketampanan dan kecomelan anak-anaknya itu.

 

Untung sekali Ozlyn dan Johan dikurniakan anak-anak yang begitu sayang terhadap mereka. Semoga anak-anak mereka membesar menjadi insan yang soleh dan solehah dan dapat berbakti buat kedua ibu bapa mereka suatu hari nanti. InsyaAllah.

sumber: instagram @jozlynnhanania

Published by
Qistina