‘Orang Lelaki Ni Macho, Malulah Cakap Pasal Tu’- Dato Sri Nazir Razak Kongsi Kisah Hidap Kanser Prostat

Share

Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki.

Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun.

Pulih dari kanser prostat, Datuk Sri Nazir Razak ingin memberi kesedaran pada semua rakyat Malaysia mengenai kanser ini kerana masih ramai yang kurang pengetahuan mengenainya selain malu untuk bercakap tentangnya secara terbuka.

“Saya dididik untuk membesar dalam environment yang tak bias. Ketika usia 13 tahun bapa (Tun Abdul Razak) hantar masuk boarding school di United Kingdom (UK).

“Lepas 10 tahun, saya pulang ke Kuala Lumpur untuk kerja. Industri perbankan sangat competitive waktu itu. Pagi malam kerja 16 jam di pejabat. 6-7 hari seminggu. Jadi teruk kerja. Sekarang bila fkir balik, kerana tak balance macam tu lah boleh jadi satu fakta kenapa saya dapat penyakit ini.

“Sangat bahaya kerana kita boleh kena kanser prostat ini tapi tiada simptom langsung, tiada gejala langsung yang seperti saya,” jelas beliau yang sangat aktif bersukan pada zaman remajanya.

MULANYA HANYA MAHU MEMBELI INSURANS

“Saya ingat masa tu, saya cuma nak beli produk insurans. Relationship Manager dari CIMB kata patutnya you beli insurans ni. Tapi kalau nak beli kenalah buat medical test,” jelasnya.

Dari situlah beliau mendapat tahu mengenai kanser yang dihadapinya apabila mendapati ada tumor yang membesar dalam prostatnya setelah melakukan ujian MRI.

“Isteri saya, Azlina, handle dengan tenang, cakap terus terang pada anak-anak tapi tidak emosi. Kerana tak nak rakan-rakan lain emosi, saya hanya bagitahu pada yang rapat sahaja dan minta mereka tidak sebarkan pada yang lain.

MAHU TOLONG ORANG LAIN YANG LALUI MASALAH YANG SAMA

“Bila sudah selesai pembedahan dan recover

sepenuhnya, saya bagitahu doktor saya bahawa saya rasa saya ini lucky dan kita kena tolong orang kitalah. Kita ni orang lelaki macho, jadi malulah untuk bercakap pasal prostat tu.

“Saya dapat peluang hidup yang kedua, saya harap ramai orang bertuah seperti saya. Jadi pesan saya, ambil tindakan awal. Inilah kanser yang paling senang untuk dapat rawatan. Namun, jika lambat ia akan menjadi sukar,” ujarnya.

Published by
Team Hijabista