Orang Kena Sawan Kita Yang Panik – Elakkan Dari Berlaku Dan Ketahui Jenis Sawan

Share

Bayangkan suatu hari, sis dan kawan-kawan pergi untuk berkelah atau dah membuat plan untuk membuat satu aktiviti bersama. Tiba-tiba, salah seorang daripada kawan sis terkena sawan dan pengsan. Jadi, nak buat apa?

Ha, sudah pasti sis tidak mahu untuk berada dalam situasi di atas. Tambahan pula, tidak dapat untuk membuat apa-apa.

Baiklah, hari ini, kami ingin kongsi bagaimana berlakunya sawan dan juga jenis-jenisnya.

 

Apa punca sawan sebenarnya?

Sawan merupakan satu keadaan yang berpunca daripada satu aktiviti neuron (sel saraf) berlebihan di dalam otak. Ianya menyebabkan seseorang individu yang mengalami sawan bertindak diluar kawalan dengan melakukan pergerakan seperti bergetar satu badan dengan sangat cepat.

Namun, penyakit sawan hanya berlaku dalam tempoh yang singkat. Dianggap tidak berbahaya kepada individu yang terkena sawan itu tapi boleh memberhayakan orang di sekeliling jika pergerakan individu itu agak ganas.

Sawan ini ada jenis-jenisnya, anda kena tahu

Bagi setiap orang, mereka akan mempunyai serangan sawan yang berbeza. Walaupun simptom sawan sama bagi setiap individu, serangan yang kena bagi setiap individu bergantung kepada penyakit yang mereka alami.

Jenis sawan yang sering berlaku:

  1. Sawan Absence

Dikenali sebagai ‘petit mal’ atau dalam bahasa Perancis disebut ‘little sickness’. Sawan Absence sering berlaku pada kanak-kanak berumur 5-10 tahun, kadangkala boleh berlarutan sehingga meningkat dewasa.

Mereka yang alami sawan absence akan memandang kosong kepada satu arah dalam beberapa minit, matanya terbeliak dan pesakit mungkin tidak akan sedarkan diri dalam tempoh itu. Tetapi, kanak-kanak yang alami sawan ini akan tersedar dengan kadar segera namun mungkin akan diserang sekali lagi secara berterusan dan banyak kali dalam hari yang sama.

2. Sawan Tonik-Klonik

Ataupun dikenali sebagai ‘Grand mal’ yang akibat ketegaran tonik (keras) dan kemudiannya menyebabkan satu sentakan badan yang teruk. Terdapat cara untuk mengesan perubahan yang berlaku pada pesakit iaitu:

  • Pesakit akan bernafas dengan cepat atau menangis sebelum hilang kesedaran
  • Anggota badan pesakit akan menjadi kejang dan terhenti, lalu bibir akan bertukar jadi biru
  • Mata akan terbeliak, rahang akan mengetap dimana boleh menyebabkan lidah terkancing oleh gigi.
  • Fasa tonik boleh memakan masa selama 30 hingga 60 saat dan dalam fasa klonik kemudian anggota badan akan mula mengalami kekejangan
  • Pesakit akan sedar dan alami kebingungan. Selepas itu, mereka akan tidur untuk beberapa jam.
  • Pesakit juga akan mengalami sakit kepala dan otot setelah mengalami kontraksi sebentar tadi.

3. Sawan Mioklonik

Berlaku secara tiba-tiba dimana anggota badan akan menjadi kejang dan mungkin atau tidak diikuti dengan hilang kesedaran. Ianya akan berlaku hanya sekali atau boleh juga berulang dengan kadar yang cepat.

4. Sawan Atonik

Sawan ini menyebakan penghidap akan hilang tone otot-otot pada anggota badan. Berkemungkinan besar pesakit akan rebah dan jatuh ke lantai secara tiba-tiba.

Kebiasaannya, sawan ini berlaku pada kanak-kanak yang mengalami kecedaraan di otak atau kekurangan oksigen semasa dilahirkan juga menghidap meningitis (penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang).

5. Sawan Tonik

Badan pesakit akan menjadi kaku serta mungkin atau tidak kehilangan kesedaran. Kebiasaannya terjadi kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah yang tenat di otaknya.

Apa perlu dibuat jika berlakunya sawan?

1. Jangan Panik

Anda jangan panik kerana ia boleh menganggu kosentrasi atau fokus untuk membantu pesakit.

2. Lihat Waktu

Pastikan anda ketahui jam berapa pesakit terkena serangan sawan demi membantu proses ketika di rawat oleh doktor atau pakar perubatan.

3. Alihkan pesakit ke tempat yang selamat

Seperti yang anda tahu, pesakit sawan akan bertindak diluar kawalan dan boleh berlaku satu gerakan yang agresif. Jadi perlu anda usung atau bawa mereka ke ruang yang lebih selamat yang tidak berdekatan dengan apa-apa objek.

4. Pastikan posisi mengiring ke kiri

Posisi ini dikenali sebagai ‘recovery position’ dimana dalam posisi ini pesakit akan mengiring ke sebelah kiri untuk mengelakkan pesakit tersedak dimana mereka boleh tercekik air liur, muntah, lendir, atau sebarang cecair.

Posisi ini dilakukan kerana objek di dalam mulut akan lebih mudah termasuk kedalam rongga paru-paru kanan berbanding kiri. Jadi anda perlu ingat untuk mengiringkan mereka ke arah kiri dan jangan kawal pergerakan mereka kerana khuatir akan berlaku kecedaraan.

5. Jangan memasukkan sebarang objek ke dalam mulut

Hal ini kerana ia boleh menyebabkan objek itu patah sekaligus membahayakan lagi keadaan pesakit.

Apa yang perlu anda lakukakn ialah dengan memaksa mereka untuk minum air atau mengambil ubat-ubatan melalui mulut ketika serangan ini berlaku. Lapkan sebarang bendalir yang terkeluar dari pesakit.

6. Bawa berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan

Apabila pesakit telah sedar, bawa mereka dengan doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut. Pastikan anda beritahu apa yang berlaku dengan maklumat yang jelas supaya dapat membantu proses kenalpasti dengan lebih mudah.

Sawan ini boleh jadi dengan begitu sahaja, jadi kadangkala kita alpa untuk pastikan keadaan dalam keadaan yang tenang ketika ia berlaku. Jadi, sis perlu tenang dan buat seperti yang disarankan.

Artikel berkaitan: Minum Air Secukupnya, Tak Perlulah Sampai 7 Liter! -Doktor Dedah Risikonya Boleh Kena Sawan

Sumber: CeriaSihat , USM

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee