Kecantikan

“Orang Dulu-Dulu Kata…..”, Ini Petua Kecantikan Nenek Moyang Kita Yang Boleh Diamalkan Hari Ini!

Share

“Orang dulu-dulu cakap…..”

Ini seringkali kita dengar dalam kehidupan harian kita. Kalau bukan dari ibu kita, mungkin dari rakan-rakan kita yang sentiasa tahu tentang nasihat orang dulu-dulu. Namun, sebenarnya nasihat orang dulu-dulu ini ada baiknya kalau kita jadikan sebagai amalan, terutamanya berkaitan tip kecantikan. 

Sumber gambar: Cottonbro

Walaupun teknologi semakin canggih, mungkin ada sesetengah antara anda yang masih lagi mengamalkan petua turun temurun dari nenek moyang dalam menjaga kecantikan seharian. Kali ini, team Hijabista kongsikan beberapa petua yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

Rambut Basah

Sumber gambar: Ron

Kata orang dulu-dulu, elak menggunakan tuala untuk mengeringkan rambut. Ini adalah kerana, ia boleh menyebabkan rambut mudah putus dan kusut. Biarkan rambut kamu kering dengan sendirinya. Amalan menyikat rambut ketika basah juga boleh buat rambut mudah putus.

Cuci Muka Sebelum Tidur

Sumber gambar: Ron

Ha! Ini ramai yang selalu lakukan gara-gara malas nak mandi! Tidur dengan mekap boleh menyebabkan pori anda tersumbat. Jika tersumbat, mulalah muka naik jerawat! Seeloknya cuci muka terlebih dahulu kerana waktu tidur ialah waktu untuk kulit berehat. Tidurlah dengan kulit yang bersih untuk mendapatkan kulit bebas masalah.

Mandi Air Sejuk

 Macam biasalah, waktu pagi tentu sejuk jadi mandi air panaslah jawabnya. Ketahuilah, air panas boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Air sejuk dapat membantu menyegarkan badan dan boleh membuatkan rambut kamu bersinar.

Jangan baring selepas makan

Sumber gambar: Monstera

Ini bagus untuk sistem penghadaman anda! Jika anda terus baring selepas makan, ia akan menyebabkan makanan tidak hadam dengan baik dan akan menjadikan perut anda buncit. Jadi biarkan selama sejam atau 30 minit selepas makan, barulah anda baring.

Jangan usik muka dengan jari

Sumber gambar: Cottonbro

Nenek kita mesti pernah cakap;

“Jangan diusik muka tu..tangan tu tak tahu bersih ke tidak!”

Ha! Sebenarnya memang benar. Jari yang kotor boleh menyebabkan muka akan rosak dan jerawat tumbuh dengan mudah. Oleh itu, pastikan anda elak dari memegang muka atau basuh dulu jari anda sebelum ingin memegang muka.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra