Suasana sewaktu makan adalah satu situasi yang sangat memainkan peranan. Seperti di dalam sebuah filem, situasi ketika makan menceritakan semua hal yang terjadi pada setiap watak-watak. Begitu juga yang boleh terjadi dalam dunia realiti, situasi ketika makan banyak menceritakan watak serta personaliti setiap orang yang berada di depan mata kita.
Jadi adakah anda tahu kenapa suasana makan adalah penting dalam mengenali watak serta personaliti seseorang? Ia kerana kita boleh mengetahui watak serta personaliti orang melalui cara bagaimana mereka makan.
Kalau ikutkan, mesti ramai yang kurang sabar melihat mereka yang makan agak slow.
Sebenarnya, orang yang makan slow atau perlahan ini mempunyai kesabaran yang banyak. Mereka ini juga seseorang suka menikmati setiap gigitan dan mengambil masa untuk makan. Dipercayai juga, mereka ini mempunyai gaya hidup yang sama dalam kitaran hidup mereka.Artikel berkaitan: Sebelum Makan Daging, Ketahui Dulu Jumlah Lemak & Protein Setiap Bahagian, Barulah Diet Tak ‘Ke laut’
Kadang-kadang kita lihat kawan kita makan dengan kadara yang sangat cepat. Orang yang sebegini adalah seorang individu yang multitasker dan cenderung untuk suka bersaing dalam kehidupan. Tambahan pula, mereka ini tidak pernah terlepas deadline dan cuba untuk selesaikan tugasan sebelum habis waktu.
Ya, sering kali kita lihat terdapat beberapa orang kawan atau ahli keluarga yang sangat cerewet dalam pemilihan makanan mereka. Ini adalah cara orang yang tidak suka keluar dari zon selesa mereka. Mereka kurang mengambil risiko dan hanya memilih makanan yang sudah tepati citarasa mereka. Individu seperti ini kurang gemar dengan ‘kegagalan’ dan juga bersemangat untuk belajar serta bertanya.
Ada juga sejenis orang yang suka gaul semua lauk yang ada di atas pinggan kerana mereka suka campuran rasa yang unik dari setiap lauk dan kuah. Orang seperti ini adalah orang yang suka bergaul dan mesra serta bertanggungjawab. Mereka ini sangat suka akan pekerjaan dan tahu bagaimana untuk meluangkan masa untuk orang yang tersayang.
Sangat menjengkelkan buat orang yang suka kunyah yang kuat sehinggakan kita cop mereka sebagai Youtuber ASMR (Autonomic sensory meridian response) di sebabkan bunyi yang mereka buat. Orang seperti ini sudah tentu menunjukkan mereka ini ekstrovert dan sangat peramah tanpa memikirkan apa orang fikirkan mengenai mereka.
Jadi mungkin selepas ini anda boleh mula untuk perhatikan di meja makan tidak kira ahli keluarga atau rakan-rakan cara mereka makan. Kami bukan ajar untuk menjadi seseorang yang ‘creepy‘ tapi kadang-kadang keadaan seperti ini mengajar kita mengenali seseorang itu dengan lebih dekat.
Artikel berkaitan: Banyak Masalah Kesihatan Bila Ambil Garam Berlebihan Dalam Makanan, Tiba Masa Tukar Jenis Garam Dalam Masakan
Sumber: Huffpost dan Little Things
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.