Private event ini telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu lalu di Fullhouse Lifestyle Store & Cafe di Sunway Pyramid.
Dihadiri oleh hijabi-hijabi yang penuh stail dan beauty, majlis dipenuhi dengan gelak tawa, mekap dan hijab.
@_izz.norman merupakan salah seorang peserta yang bertuah untuk hadir ke majlis ini dan beliau mengenakan busana all black bersesuaian dengan tema majlis tersebut.
Fokus utama busana: Sepatu wedges sarung berona coklat memberi aura playful kepada @_izz.norman.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penampilan SOPAN Shila Amzah Dipuji Netizen. Pilih ‘Dress’ Peach & BIRU Untuk Khatam QURAN & Majlis Berinai
Semua sedia maklum penyanyi yang mencipta nama di negara Tembok Besar China, Shila Amzah sedang meniti hari bahagianya minggu ini. Beliau bakal menamatkan zaman gadisnya setelah bertunang hujung tahun lalu dengan pilihan hatinya, Haris Idraki. Sebelum berlangsungnya majlis akad nikah, Shila Amzah juga seperti gadis lain turut melakukan beberapa majlis kecil seperti khatam Quran dan berinai. Ternyata seri pengantin baru cukup terserlah di wajahnya. Shila Amzah kelihatan cukup jelita dan cantik dengan penampilan sopan memenuhi ciri-ciri gadis Muslimah.
A post shared by 씰라茜拉shila amzah?? (@shahilaamzah) on
Dalam majlis khatam Quran yang dilakukan sebelah siang di kediamannya, Shila Amzah tampil cantik dengan dress moden rona peach dengan solekan ringkas yang cukup menyerlahkan lagi sisi jelitannya.
Penyanyi yang baru dinobat dalam senarai Forbes 30 Under 30 ini turut diiringi dayang-dayang yang juga merupakan teman baiknya, Fara Fauzana dan Jihan Muse yang mana masing-masing cukup sporting menggayakan busana rona biru lembut sedondon.
Shila Amzah telah mengetuai majlis khatam Quran berkenaan memperdengarkan bacaan dengan suara yang lunak merdu kepada hadirin yang turut hadir.
Dan sebelah malamnya pula telah diadakan pula majlis berinai kecil. Kali ini penampilan Shila lebih menyerlah dengan rona garang.
Memilih dress rona biru pekat duduk di singgah sana yang dihias indah. Majlis ringkas ini juga turut dihadiri teman baik penyanyi ini
A post shared by Ann Nurul Huda Events (@anhevents) on
Khabarnya majlis ijab kabul pasangan ini akan berlangsung pada hari jumaat ini di kediamannya. Melihat busana yang digayakan cukup cantik, tidak sabar untuk melihat persalinan di majlis pernikahan dan perkahwinan mereka berdua nanti.
LAYAN FOTO-FOTO LAIN:
#1. Sedondon
#2. Yang Dirai
#3. Ulat Gonggok Katanya
#4. Manis Dua Sahabat Ini
#5. Cantik
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SHILA AMZAH, AZURA COUTURE & ANHEVENTS
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Panduan Lengkap Pilih Jeans Sepadan Saiz Tubuh. Jangan Sampai Salah Gaya!
Tidak mudah memilih seluar jeans yang sesuai dengan bentuk badan wanita yang mempunyai pelbagai saiz. Jika berbadan kecil, memang tidak jadi masalah.
Tetapi sebaliknya jika hijabi mempunyai pinggul yang berisi. Memang agak sukar memilih seluar yang berpadanan.
JIka tersalah pilih akan menyebabkan si pemakai serba tak kena pada padangan orang lain. Lebih sakit hati jika seluar itu dibeli dengan harga yang mahal. Tentu tidak berbaloi rasanya menyimpan duit untuk membeli jean yang disukai, tetapi hasilnya mengecewakan.
Di sini admin nak kongsi sedikit panduan yang mungkin boleh membantu anda, wahai hijabi memilih seluar jeans yang tepat.
Tetapi perlu diingatkan jangan sesekali memilih yang ketat ataupun koyak. Pilih yang selesa dan berpadanan dengan gaya anda.
1. KENAL PASTI UKURAN ANDA
Pertama sekali, anda perlu tahu ukuran anda. Cara yang paling mudah untuk mengetahui ukuran adalah dengan mengambil salah satu jeans atau lain-lain seluar yang anda rasakan paling sesuai anda guna setiap hari.
Antara kriteria yang lebih terperinci untuk mengukur saiz jeans terutama bagi yang membeli secara atas talian ialah :
• WAIST (UKURAN PINGGANG)
Letak jeans anda di atas permukaan yang rata dan tarik pinggang seluar tersebut antara kiri dan kanan, jangan tarik terlalu kuat biarkan ia dalam keadaan biasa tidak berkedut dan tidak regang terlalu kuat.
Ambil pita pengukur dan ukur dari kiri ke kanan pinggang seluar, dapatkan ukuran dan didarab dengan 2. Sebagai contoh anda ukur dari kiri ke kanan pinggang seluar 15inci, jadi ukuran sebenar ialah 30inci.
• INSEAM (UKURAN PANJANG DARI CAWAT KE KAKI)
Ukuran ini tidak berapa penting kerana ukuran dari pinggang ke kaki adalah lebih penting kerana ia merupakan panjang jeans keseluruhan.
• LEG OPENING / HEM (BUKAAN PADA HUJUNG KAKI)
Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.
• UPPER THIGH (UKURAN BUKAAN PAHA)
Ukuran diambil dari sebelah kiri bawah cawat ke kanan. Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.
• KNEE (UKURAN BUKAAN LUTUT)
Ukuran diambil dari aras lutut. Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.
• FRONT RISE ( UKURAN PANJANG BAGI CAWAT HADAPAN)
Diukur di bahagian hadapan jeans dari hujung atas pinggang ke bawah cawat.
• BACK RISE (UKURAN BAGI PANJANG CAWAT BELAKANG)
Diukur di bahagian belakang jeans dari hujung atas pinggang ke bawah cawat.
2. KENALPASTI BAJET ANDA
Berat denim adalah satu aspek penting yang menentukan kualiti dan ketahanan. Oleh itu, lebih tinggi berat denim (17 oz. dan ke atas) secara tradisinya lebih mahal. Terdapat juga perbezaan harga yang besar antara jeans buatan tangan dan yang dibuat di kilang pengeluaran besar.
Harga jeans antara RM300 sehingga mencecah harga ribuan ringgit dimana harga jeans dipengaruhi oleh antaranya berat jeans, buatan, teknik pembuatan, kualiti jeans tersebut.
3. KENALPASTI TAHAP PERUBAHAN JEANS
(SANFORIZED DAN UNSANFORIZED)
Sanforized jeans merupakan jeans yang telah melalui proses rawatan dimana tahap pengecutan jeans yang minimum apabila ia sekali basuh (one-washed). Sanforized jeans akan mengecut antara 1% – 5% atau antara 0.5 inci-1 inci sahaja.
Manakala Unsanforized jeans yang tidak melalui proses seperti Sanforized jeans dimana jeans tersebut akan mengecut antara 7%-10% atau 1.5 inci-3 inci setelah dibasuh (one-washed).
4. SAIZ PADA TAG
Kebanyakan saiz pinggang sebenar jeans tidak sama seperti yang dinyatakan di tag. Sebagai contoh, jika pada tag tertera 30, maka saiz sebenar jeans 30.5 inci @ 31 inci.
5. MEMILIH BENTUK ‘CUTTING’ YANG SESUAI
Terdapat banyak jenis cutting jeans antaranya REGULAR, SLIM, TIGHT, SKINNY, TAPERED, LOOSE.
PANDUAN VIDEO INI JUGA ANTARA TIP UNTUK PILIH JEANS SESUAI DENGAN SAIZ ANDA
CARA UBAH SUAI JEANS LAMA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Serlahkan Gaya Dengan Aksesori Di Aidilfitri, Ini Tip Pemilihan Gelang Yang Hijabi Perlu Tahu!
Gelang merupakan aksesori pelengkap yang mampu memberikan penampilan warna lebih menawan. Terdapat banyak jenis atau model unik yang boleh anda jadikan pilihan.
Namun, ada sesetengah wanita hanya mementingkan kecantikan gelang itu tanpa memikirkan sama ada ia sesuai dengan bentuk tangan mahupun personalitinya.
Berikut Hijabista tergerak untuk berkongsikan beberapa tip untuk Hijabi memilih gelang yang tepat dan sempurna, barulah gaya dan stail vass hingga menjadi sorotan ketika Syawal nanti!
1. UKURAN TANGAN
Perkara paling utama dalam memilih gelang yang sesuai ialah dengan melihat ukuran tangan anda terlebih dahulu.
Anda perlu mencuba dahulu gelang tersebut agar ia tampak sepadan dengan bentuk tangan dan personaliti anda. Jangan memilih gelang yang terlalu longgar atau terlalu ketat.
2. GAYA HIDUP
Sesuaikan gelang yang dipilih dengan gaya hidup anda. Contohnya, jika aktiviti harian anda lebih santai dan menenangkan, pilihlah gelang yang mempunyai sentuhan feminin seperti gelang bermanik ataupun mutiara.
Artikel berkaitan: Tak Perlu Hantar Kedai, Hanya Guna Satu Bahan Je! Confirm Barang Kemas ‘Bling-Bling’ Raya Nanti
Jika aktiviti anda lebih aktif dan lasak, gelang yang diperbuat daripada metal ataupun kulit nyata cukup sempurna buat anda.
3. MATERIAL PILIHAN
Gelang boleh didapati dalam pelbagai bahan dan material. Anda boleh memilih gelang mengikut cita rasa tersendiri sama ada gelang yang diperbuat daripada emas, perak, manik, kristal, mutiara dan sebagainya.
Jika anda sukakan gaya mewah, pilihlah gelang emas atau perak. Selain menunjang penampilan yang lebih menawan, gelang yang diperbuat daripada bahan ini mempunyai nilai yang cukup tinggi.
4. HARGA
Gelang yang mahal tidak bererti ia mempunyai kualiti yang tinggi. Anda dinasihatkan untuk memilih gelang yang berkualiti tinggi agar ia mampu mendapat kepuasan saat anda memakainya. Selain itu, pilihlah harga gelang mengikut kemampuan anda.
Jangan membeli gelang disebabkan trend semata-mata. Apa yang lebih utama agar ia tampak sesuai dan sempurna pada pergelangan tangan anda.
Artikel berkaitan: Mas Kahwin Seutas Gelang Emas, Tanda ‘Cinta’ Dai Syed Buat Hana Ismail
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI