Bila sebut je Pakistan terus teringat filem Bajrangi Bhaijan lakonan Salman Khan dan pelakon cilik Harshaali Malhotra.

Bukan je jalan ceritanya menarik, sinematografinya pun cantik sangat!

OOTD Tetap Gorgeous! Hijabi Ini Kongsi Momen Percutian 12 Hari Di Pakistan Utara

Mungkin ramai yang tak tahu betapa indahnya Pakistan. Sebenarnya, banyak je tempat-tempat menarik di Pakistan yang boleh diteroka terutama di sebelah utara.

OOTD Tetap Gorgeous! Hijabi Ini Kongsi Momen Percutian 12 Hari Di Pakistan Utara

Rosnita Mahmud atau mesra disapa sebagai Nieta, berkongsi pengalaman kembaranya selama 12 hari ke Pakistan Utara yang dikunjungi pada 18-30 Mei 2023.

OOTD Tetap Gorgeous! Hijabi Ini Kongsi Momen Percutian 12 Hari Di Pakistan Utara

OOTD Tetap Gorgeous! Hijabi Ini Kongsi Momen Percutian 12 Hari Di Pakistan Utara

“Seperti berada di dunia lain. Itu yang dirasakan apabila sampai di lembah yang cantik dikenali sebagai ‘Fairy Meadows’ ini.

“Umpama dunia fantasi disambut dengan kuda-kuda comel sedang meragut rumput di padang yang luas, gunung ganang yang megah berdiri serta salji yang turun sekali sekala walaupun pada ketika itu dah masuk bulan Mei.

OOTD Tetap Gorgeous! Hijabi Ini Kongsi Momen Percutian 12 Hari Di Pakistan Utara

OOTD Tetap Gorgeous! Hijabi Ini Kongsi Momen Percutian 12 Hari Di Pakistan Utara

Ads

OOTD Tetap Gorgeous! Hijabi Ini Kongsi Momen Percutian 12 Hari Di Pakistan Utara

OOTD Tetap Gorgeous! Hijabi Ini Kongsi Momen Percutian 12 Hari Di Pakistan Utara

“Selamatkah ke Pakistan? Ya, semestinya selamat asalkan perjalanan lengkap dengan dokumen seperti visa dan pasport. Ini kerana terdapat banyak sekatan keselamatan di sepanjang perjalanan.”

OOTD Tetap Gorgeous! Hijabi Ini Kongsi Momen Percutian 12 Hari Di Pakistan Utara

OOTD Tetap Gorgeous! Hijabi Ini Kongsi Momen Percutian 12 Hari Di Pakistan Utara

OOTD Tetap Gorgeous! Hijabi Ini Kongsi Momen Percutian 12 Hari Di Pakistan Utara

Nieta turut berkongsi beberapa keistimewaan yang ada di Pakistan Utara.

Ads

“Ia menjanjikan kepuasan kepada pencinta alam, penggemar sejarah dan budaya serta pengembara lasak.

OOTD Tetap Gorgeous! Hijabi Ini Kongsi Momen Percutian 12 Hari Di Pakistan Utara

“Jika ke Pakistan Utara usah bimbang mengenai makanan kerana ianya negara Islam.

“NASI BERIANI KAMBING MAHUPUN DAGING YANG DISAJIKAN SANGAT ENAK MEMBUATKAN KAMI TERINGAT-INGAT SAMPAI SEKARANG.

OOTD Tetap Gorgeous! Hijabi Ini Kongsi Momen Percutian 12 Hari Di Pakistan Utara

“CHAI PANAS ATAUPUN TEH SUSU YANG DIMASAK DI ATAS API SANGAT MENYEGARKAN TERUTAMANYA KETIKA KESEJUKAN.”

OOTD Tetap Gorgeous! Hijabi Ini Kongsi Momen Percutian 12 Hari Di Pakistan Utara

Menurut Nieta, keterbatasan jaringan internet antara cabaran yang terpaksa dihadapi sepanjang berada di negara itu.

“Kadangkala, tiada bekalan elektrik ditambah pula dengan bentuk muka buminya yang sangat mencabar. Sebaiknya upah pemandu pelancong tempatan yang lebih biasa dengan keadaan di sana.

OOTD Tetap Gorgeous! Hijabi Ini Kongsi Momen Percutian 12 Hari Di Pakistan Utara

“Dari segi penginapan, sangat selesa dan setanding dengan hotel-hotel di Eropah sehinggakan kami terlupa yang kami sebenarnya berada di Pakistan bukannya Switzerland,” kongsi Nieta.

Ads

OOTD Tetap Gorgeous! Hijabi Ini Kongsi Momen Percutian 12 Hari Di Pakistan Utara

Tempat-tempat menarik yang ‘wajib’ dikunjungi di Pakistan Utara:-

1. Islamabad – Faisal Mosque.

2. Hunza Valley
– Attabad Lake (tasik yang terbentuk selepas gempa bumi pada 2010 memusnahkan perkampungan).
– Hussaini Suspension Bridge (antara jambatan berbahaya di dunia, menghubungkan kampung Hussaini dan Zarabad). Terdapat juga zipline di sini.
– Passu Cones (deretan bukit bukau yang cantik di sepanjang “highway”).
– Kunjerab Pass (China Border). Titik tertinggi Lebuhraya Karakoram dan dilitupi salji sepanjang tahun.
– Altit Ford (kubu pertahanan yang berusia 1,100 tahun).

3. Skardu – Tasik Kachura, Upper Kachura, Lower Kachura di Shangrila Resort, Gurun Sejuk Sarfaranga dan Air Terjun Mantokha.

4. Khaplu – Tasik Kristal dan Istana Serena Khaplu.

5. Fairy Meadows

Barang-barang penting yang perlu dibawa:-

1. Bekalan ubat-ubatan yang sesuai contohnya pil anti mabuk kenderaan dan pil altitud tinggi.
2. Wang kecil, makanan ringan dan alat pembelajaran untuk disedekahkan kepada kanak-kanak yang susah di sana.
3. Pakaian yang bersesuaian dengan negara empat musim terutamanya kasut yang lebih mencengkam tanah.

Bila paling sesuai untuk berkunjung ke Pakistan Utara?
– Mei (musim panas yang dipenuhi buah-buahan seperti ceri, aprikot, peach dan mulberi).
– Oktober (musim luruh yang cantik dengan daun jingga kemerahan).

Sumber Foto: Nieta

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI