Biasanya kita melihat penampilan selebriti ini cukup menarik dan lain dari yang lain jika menghadiri majlis seperti anugerah yang menghargai bakat mereka. Sudah tentu mereka ini akan bergaya sakan memenuhi tema yang ditetapkan. Sebagai seorang selebriti penampilan mereka ini tetap stailo, walaupun ketika mengerjakan ibadah umrah di tanah suci. Antara yang bijak bergaya adalah Rozita Che Wan, Fazura dan Elfira Loy yang memang tetap kelihatan cantik biarpun sedang mengerjakan ibadah umrah.
Sempena Jumaat nan barakah ini, jom kita intai OOTD selebriti yang tampil cantik biarpun dalam jubah atau niqab.
Kesibukan bekerja kini menyebabkan kita tidak begitu mementingkan penjagaan kuit wajah. Akibatnya wajah akan menjadi kusam, tidak berseri hingga menyebabkan ada yang nampak lebih tua dari usia sebenar. Bagi pemilik jenama Bella Ammara, Syarifah Nabilla Al Yahya, atau dikenali Bella ini seorang yang begitu menjaga kecantikan kulit wajahnya. Seperti orang lain dia juga pernah mengalami masalah jerawat tetapi pesanan arwah uminya supaya menjaga kulit wajah. Arwah ibunya merupakan sumber inspirasi untuknya mementingkan penjagaan wajah.
Menurut Bella walaupun usia umminya ketika itu sudah 40 tahun, tetapi ramai yang ingat dia adalah kakak. Bagi Bella lagi semua insan dilahirkan cantik tetapi cara pemakanan dan penjagaan kulit wajah memainkan peranan sangat penting.
Tambah Bella lagi jika seseorang itu memang cantik tetapi tidak jaga dari awal lama-lama kulit akan cepat berkedut, naik jeragat, jerawat dan banyak lagi masalah kulit lain. Apatah lagi faktor gaya hidup dan cuaca yang juga penyumbang kepada punca masalah kulit.
Justeru ibu muda ini menyarankan bagi mereka yang tidak ada masa boleh membuat ‘face spa’ di rumah dengan melakukan skrub menggunakan tomato. Skrub ini adalah untuk menghilangkan kotoran atau menanaggalkan sel kulit mati. Selain dibuat skrub, tomato juga boleh dimakan begitu sahaja.
Bella tidak lokek berkongsi cara membuat face mask menggunakan tomato di laman sosialnya. Tomato ini dicampur dengan madu atau minyak zaitun dan boleh juga dibuat dalam bentuk ais atau cara lain.
Dalam video yang ditonton 132K ini Bella menunjukkan cara paling senang dan murah untuk membuat paper face mask. Caranya hanya menggunakan kertas tisu dan tomato. Ini kerana bahagian tomato memang berair dan boleh terus sahaja sapu dan lekap pada wajah.
Cara ini sangat senang dan menurut Bella boleh dibuat ketika sedang melihat televisyen atau sebelum tidur. Hasilnya kulit akan jadi lembap dan licin. Dia juga turut berpesan kita kena rajin untuk mendapat kulit yang cantik. Dia juga menasihatkan agar membuat face mask ini sebulan sekali jika masa terluang.
Untuk pengetahuan Bella sekarang sedang mengandung anak keduanya yang dijangka akan dilahirkan tidak lama lagi. Selain rajin membuat face spa di rumah, Bella juga turut mengamalkan minum air kosong untuk menjaga kecantikan dirinya.
Tidak semua hijabi sesuai dan berani menggayakan hijab warna putih. Bagi mereka putih cepat kotor dan agak sukar untuk menjaganya dengan baik. Namun bagi Pengasas Bersama FashionValet dan pemilik jenama dUCk Scarves, Datin Vivy Yusof gemar sekali memilih warna putih dan memadankannya dengan busana bersesuaian.
Kekerapan beliau yang bijak memadankan tudung warna putih dengan busana lain menyebabkan ramai tertanya-tanya apa tip yang boleh dikongsi bersama dengan hijabi di luar sana.
Vivy Yusof yang semakin jelita dan berseri sejak mengandung anak ketiga ini tidak lokek berkongsi petua bagi mereka yang gemar memilih hijab putih untuk menutupi mahkota. Beliau ditemui ketika majlis Pembukaan Butik Fizikal Yang Ketiga dan Terbesar di sebuah pusat beli belah.
1. Jauhkan anak dari tudung anda.
2. Pakai innner putih kerana lebih nampak elok dan konsisten.
3. Pilih baju warna polos.
4. Apabila makan perlu lebih berjaga-jaga.
5. Kalau sesiapa nak cium, jauhkan diri sedikit kerana boleh elakkan mekap yang dipakai.
Beliau adalah antara selebriti terawal yang berhijab. Ketika itu walaupun penampilannya cukup ringkas hanya dengan tudung sarung atau awning tetapi tetap menyerlahkan kejelitaan wajahnya. Datin Anne Ngasri, 34 tahun yang sudah hampir 12 tahan berhijab sejak mendirikan rumah tangga hingga kini masih kekal istiqomah. Namun begitu, bukan mudah untuknya kekal muhasabah kerana beliau juga pernah diduga di awal penghijrahannya.
“Saya adalah antara selebriti terawal yang berhijab. Masa itu saya baru kahwin usia 21 tahun dan ketika 22 tahun saya sudah berhijab. Sebenarnya sebelum itu saya memang ada berniat, bila dah kahwin nanti dan ada anak nak berhijab.
“Saya tak nak nanti anak rasa malu saya tak pakai tudung. Ketika itu penampilan saya biasa sahaja. Tidak terlalu seksi jika menghadiri majlis atau ketika berlakon. Ini adalah kerana hasil didikan ibu bapa saya yang begitu memantau etika berpakaian,” jelas Anne yang menceburi bidang lakonan seawal usianya masih kanak-kanak lagi.
Menurutnya lagi, seperti insan lain beliau juga turut diduga dengan dugaan di awal penghijrahannya.
“Waktu itu keadaan ekonomi yang tidak begitu bagus. Dan kebetulan pula saya dapat offer tinggi untuk melakukan watak yang memerlukan saya tidak bertudung. Jadi saya terima tawaran itu dan hanya tidak bertudung dalam set penggambaran, tetapi di luar saya tampil bertudung. Rupanya perbuatan itu mengundang komen negatif orang di luar.
“Saya bersyukur dengan komen yang diberikan kerana ia buatkan saya kuat semangat untuk terus kekal berhijab. Bagi saya rezeki itu di tangan Allah. Dan sejak itu saya terus berhijab sampailah sekarang,” tambahnya yang ditemui ketika majis pelancaran Sherry Scarves by Sherry Ibrahim di Damansara.
Menurut Anne juga oleh kerana dia istiqomah dengan penghijarahannya itu, ramai rakan artis yang bertanya padanya bagaimana mahu terus kekal dengan berhijab.
“Benda wajib memang kita kena buat. Jadi cekalkan hati dan cuba muhasabah diri. Capai apa yang diingini dan insys-Allah akan dipermudahkan segala urusan,” tambahnya yang gemar fesyen ringkas dan paling penting selesa.
Kalau dulu beliau cukup sinonim menggayakan tudung sarung, tetapi kini Anne menyukai tudung bawal kerana baginya mudah untuk digayakan.
Anne yang Sudan lama tidak muncul di kaca TV atau media tetap manis dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Ketika tanya apa rahsia mengekalkan kejelitaan dan muka seperti ‘baby face’, Anne menjawab mungkin kerana beliau berbadan kecil jadi tak nampak ‘tua’ sebenarnya.
“Sejak dulu saya memang amalkan petua minum air putih. Saya tak pernah lepas dengan air putih ke mana sahaja saya pergi. Dan setiap kali berpantang selepas melahirkan saya akan berpantang dengan betul.
“Manakala untuk mengekalkan kecergasan pula, saya mengambil suplemen yang bersesuaian. Paling penting bagi saya adalah mendapat rehat dan tidur yang secukupnya,” jelas Anne yang kini lebih selesa berada di belakang tabir menguruskan produksi sendiri.
Selain itu, beliau juga kini senang menghabiskan masa menjaga anak-anak dan bakal melahirkan anak keenamnya hujung tahun ini. Menurutnya anak-anak masih kecil dan memerlukan perhatiannya.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.