Macam=macam ragam OOTD selebriti kita berhari raya. Masing-masing mengenakan tema sama agar dapat sedondon dengan pasangan. Tidak kiralah bagi yang beraya secara single, bersama keluarga atau baru pertama kali bergelar suami isteri. Keterujaan meraikan Syawal ini dapat dilihat dengan busana indah yang digayakan.
Masing-masing tampil cantik, anggun dan paling penting selesa digayakan tika berkunjung ke rumah sanak saudara. Tidak kiralah ketika beraya di desa atau kota, apa yang penting saling bermaafan dan menyambung tali silaturrahim.
Ayuh kita lita #OOTD sebahagian selebriti berhijab pada hari pertama menyambut Syawal
#1. Datuk Seri Siti Nurhaliza
#2. Neelofa
#3. Mira Filzah
#4. Wany Hasrita
#5. Syida Melvin
#6. Elfira Loy
#7. Vivy Yusof
#8. Fouziah Gous
#9. Sari Yanti
#10. Yuna
#11. Puteri Sarah Liyana
#12. Wawa Zainal
#13. Nabila Razali
#14. Memey Suhaiza
#15. Alif Satar
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SELEBRITI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Dihina Kerana Berat Badan Cecah 100 Kg, Kini Tubuh Badan Lelaki Ini Persis ‘Badang’! Hebatnya!
Tidak semua berani dan kuat untuk melakukan sebuah perubahan dalam diri. Mungkin ada yang bersemangat pada mulanya, namun kecundang di tengah jalan dek rasa malas yang mengundang tiba. Kali ini, penulis berasa teruja untuk berkongsikan kepada anda perjalanan seorang pemuda yang berjaya menurunkan berat badan dengan jayanya!
Amirul Asyraf Baharuddin, 30, merupakan seorang guru yang memiliki sebuah cerita yang mampu memberikan inspirasi kepada anda. Berjaya menurunkan berat badan dari 100 kg kepada bentuk badan persis seorang ’superhero’, ia bukanlah sebuah proses yang mudah, namun berkat kesabarannya, boleh dijadikan contoh terbaik untuk anda semua.
Permulaan perubahan hidup?
Menurut Amirul, dirinya mula melakukan perubahan apabila rasa takut muncul dalam diri saat ayahnya hampir dipotong kaki disebabkan penyakit kencing manis. Dia yang ketika itu berusia 22 tahun mula mencari jalan untuk mengubah corak gaya hidup yang lebih sihat.
“Ayah serta arwah atuk menghidapi penyakit kencing manis. Saya masih ingat arwah atuk terpaksa dipotong kakinya. Malah, ketika saya berumur 22 tahun, ayah saya hampir juga dipotong kaki gara-gara penyakit kencing manis. Sejak itu, saya menjadi takut dan mula mengamalkan gaya hidup sihat dengan makan menu yang lebih berkualiti serta melakukan aktiviti senaman dengan kerap.”
Tambahnya lagi, antara faktor lain yang menyebabkan dirinya ingin menurunkan berat badan ialah kerana dia selalu dibuli serta diejek oleh rakan-rakannya dek bentuk badannya yang besar.
“Masa saya berbadan besar dulu, saya seringkali diejek dan dibuli. Malah, ada juga yang menghina bentuk badan saya. Oleh disebabkan itu, ia memberi kesan kepada diri saya dan mengakibatkan saya mudah berasa rendah diri, pemalu dan pendiam. Saya banyak mengurungkan diri di dalam bilik berbanding keluar melepak dengan kawan-kawan. Saya juga pernah terfikir untuk berhenti belajar kerana pembulli itu memanggil saya dengan gelaran nama perempuan kerana bagi mereka, apabila lelaki berbadan besar, bahagian dada akan menjadi seperti dada perempuan.”
Jenis senaman serta diet yang diamalkan?
Amirul pernah menyarungkan pakaian bersaiz XXL sewaktu badannya besar. Ketika itu, berat badannya mencecah 100 kg! Namun berkat usahanya, hari ini dia bisa memakai pakaian bersaiz S/M dan beratnya juga sudah turun kepada 73 kg. Kongsinya lagi, dia memulakan aktiviti senaman dengan latihan kardio seperti berjogging di sekeliling kampus. Kemudian, barulah dia mencuba dengan latihan bebanan yang hanya berasaskan ilmu yang dia miliki hasil dari tontonan di Youtube.
“Saya bermula dengan aktiviti kardio. Saya melakukan senaman jogging di sekeliling kampus dalam lima km untuk tiga hingga empat kali seminggu. Kemudian saya mula pergi ke gim dan membuat latihan bebanan. Oleh kerana saya tidak memiliki ilmu pengetahuan yang banyak tentang latihan bebanan, jadi saya hanya melakukannya berdasarkan ilmu yang saya miliki dari tontonan Youtube.”
Berkaitan dengan pelan dietnya, Amirul mengamalkan konsep suku-suku separuh dengan mengamalkan pengambilan buah-buahan, air teh hijau, limau suam dan kopi kosong. Tambahnya lagi, dia juga akan memberikan ganjaran kepada dirinya seminggu sekali dengan makan apa sahaja tanpa sebarang batasan.
Berapa kerapkah anda melakukan senaman di gim?
Menurut Amirul, dia mula menurunkan berat badan pada tahun 2014. Pada tahun 2015, dia mendapati tubuh badannya terlalu kurus sehingga menjadikan mukanya cengkung. Disebabkan itu, dia mula melakukan latihan bebanan. Lama-kelamaan, dia berjaya menaikkan semula berat badan secara normal dan sihat.
“Sekarang saya pergi ke gim lima hingga enam kali seminggu. Latihan saya kebanyakannya adalah latihan bebanan. Jika bosan pada hari Ahad, saya akan melakukan senaman ringan di gim. Dalam tempoh terdekat ini, saya sedang dalam usaha untuk menambah sedikit muscle mass.
Adakah anda pernah berasa kurang bermotivasi?
“Jujurnya, memang ada ketikanya saya akan rasa kurang motivasi dalam diri, terutamanya apabila sibuk dengan kerja. Namun, saya cuba atasinya dengan berehat. Kadang-kala, short nap amat membantu. Jika saya terlalu penat, saya akan berehat untuk hari tersebut.”
Berbicara soal dorongannya untuk menurunkan berat badan, Amirul menyatakan bahawa dia memiliki beberapa rakan yang turut bersama-sama dengannya berdiet dan bersenam, yang sentiasa menjadikannya bersemangat menurunkan berat badan.
“Saya dan rakan-rakan karib saya seperti Viviana, Fatimah, Munira dan Alice akan meluangkan masa bersama dengan melakukan aktiviti berjogging pada waktu petang.”
Apakah perkara yang paling anda suka mengenai perubahan ini?
“Perkara yang paling saya suka mengenai kejayaan saya menurunkan berat badan ialah tahap keyakinan diri saya meningkat. Malah, saya menjadi lebih ceria dan bertenaga dalam kehidupan seharian. Selain itu juga, tubuh badan menjadi lebih sihat dan cergas. Jika dulu saya akan tercungap-cungap apabila menaiki tangga. Sekarang tidak lagi!”, kongsinya penuh keterujaan.
Nasihat anda kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan?
“Nasihat saya cuma satu. Do it on your own pace! Ringankan mulut dan rajin bertanya terutamanya jika anda pergi ke gim. Percayalah, ini bukanlah sebuah perlumbaan, malah sebuah proses. The only person you need to compete with is yourself! Untuk menurunkan berat badan tidak semudah yang disangkakan. Tetapi apabila usaha kita sudah mula menunjukkan hasil, pasti kita akan mula ketagih untuk push diri kita! Sepanjang proses pastinya akan ada suara sumbang yang mengejek dan memperlekeh tetapi abaikan saja. Saya tidak akan mendapat bentuk tubuh saya hari ini sekiranya saya melayan semua ejekan dan hinaan yang saya terima selama ni. Percaya atau tidak, mereka yang dahulu pernah mengejek saya mula berbuat baik kepada saya dan meminta tip untuk menurukan berat badan.”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hari Lahir Paling Istimewa! Gadis Tak Sangka Penyanyi Lagenda ‘Man Bai’ Nyanyikan Lagu Secara ‘Live’ Untuknya
Setiap tahun pasti kita semua tidak melepaskan peluang menyambut ulangtahun kelahiran masing-masing, meskipun usia semakin bertambah namun kita tetap mengabadikan moment itu dengan mengadakan sambutan hari lahir bersama orang-orang tersayang.
Namun berbeza bagi gadis ini, tahun ini merupakan ulangtahun paling istimewa bagi dirinya, kerana tanpa disangka-sangka ketika sambutan hari lahirnya itu, dia menerima kejutan dari ‘uncle’ meja sebelah semasa sambutan ulang tahunnya di restoran mencuri perhatian ramai.
Tak Sangka ‘Uncle’ Meja Sebelah Rupanya Penyanyi Lagenda Man Bai
This deserved a post! Celebrating my friend’s birthday then suddenly the uncle besides us offered to sing. HE WAS MAN BAI !! Thank you uncle Man bai. We are so lucky 🥹 #malaysiansinger #kauilhamku #fyp #fypシ #foryoupage ♬ original sound – Just Farah
Baru-baru ini, tular di laman Tik Tok video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaun @frh_aqlh, memaparkan satu situasi yang tidak terjangka apabila, sebaik saja rakan gadis itu merakam dan ingin menyanyikan lagu birthday, uncle meja sebelah tiba-tiba menyanyikan lagu ‘Kau Ilhamku’.
Lebih menarik lagi apabila uncle berkenaan merupakan penyanyi lagenda, Man Bai yang popular dengan lagu yang dinyanikan itu.
Artikel berkaitan: Hijabi Nekad ‘Terbang Dari London’ Demi Kejutan Hari Lahir Buat Ayah! Kisah Gadis Ini Buat Netizen Sebak
Selain menyanyikan lagu yang pernah menjadi fenomena itu secara live, penyanyi lagenda itu juga turut mengambil kesempatan mengucapkan ucapan ‘Selamat Hari Ulang Tahun’ kepada gadis bertuah berkenaan yang memegang sejambak bunga sebelum tersipu malu.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen dan mendapati rata-rata wargamaya meluahkan rasa cemburu dan teruja situasi tersebut. Apatah lagi kini Man Bai jarang dilihat mewarnai kaca TV mahupun media sosial.
“The best birthday gift ever. I jealous” – Netizen
Selain itu, netizen turut menyifatkan situasi itu bakal menjadi ‘kenangan terindah’ serta hadiah paling bermakna buat gadis berkenaan. Tidak hanya duduk di sebelah penyanyi legend itu malah menerima ucapan ‘special’ darinya.
Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen yang berjaya menarik perhatian Hijabista.
“Birthday gift paling mahal ni”
“Aww best birthday gift”
“Memori terindah yang tak kan dapat dilupakan..”
“Lain macam dik.. abang man bai pun sporting”
“Gila best woii, tuan punya badan nyanyi sendiri”
“Cuba kalau aku yang nyanyi.. security yang heret aku”
“Legend.. untung la”
Sumber: Tik Tok @frh_aqlh
Artikel berkaitan: Cari Rezeki Di Perantauan, Cikgu Tak Sangka Terima Hadiah Hari Lahir Paling ‘Bermakna’ Dari Anak Murid!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rezeki & Standard Tak Berubah Walaupun Hasilkan Rekaan Untuk Muslimah Yang Lebih Sopan” – Jovian Mandagie
Jovian Mandagie memang terkenal dengan rekaan Couture dalam mengembangkan sayapnya mengeluarkan rekaan baju JM rtw yang sudah beroperasi selama enam tahun. Malah ada yang memberi tanggapan dengan membuat rekaan yang boleh dipakai oleh semua golongan, justeru JM telah menjatuhkan standard rekaan dan jenamanya tersendiri.
“Alhamdulilah rezeki saya tidak pernah berkurang dan tersekat, malahan saya membuka peluang kepada mereka di luar untuk menggayakan setiap rekaan saya”. Ujar Dato Jovian Mandagie sendiri.
Rekaan Lari Dari Kebiasaan
Kolaborasi yang dinanti-nantikan oleh peminat kedua pereka terkenal dari Malaysia ini dengan pereka Indonesia yang sinonim dengan baju khas untuk Muslimah Ria Miranda. Gabungan istimewa ini membawa dua jiwa memberi kelainan pada koleksi terbaharu Jovian x Ria Miranda.
Pada majlis penuh keberkatan pada 7 Mac, JM melancarkan koleksi Jovian x Miranda, di mana dua pereka terkenal ini menjanjikan kelainan dari segi pemilihan fabrik, corak, warna dan sudah pasti perincian setiap helaian koleksi.
Jovian Mandagie memang sinonim dengan perincian manik dan kekemasan di setiap koleksinya sebelum ini. Akan tetapi kelainan pada koleksi kolabrasi kali ini dengan perincian manik secara minimal.
Manakala Ria Miranda yang menjadi ikonik baju Muslimah di Jakarta, ternyata apabila melihat pada koleksi ini, hijabi dapat mengesan ia mempunyai kelainan. Kedua pereka terkenal ini tetap mengekalkan identiti masing-masing tetapi mengubah dari kebiasaan tanpa mengetepikan identiti mereka.
Koleksi Mengambarkan Muslimah Sebenar
Melihat pada perekanya tersendiri Ria Miranda yang gemar hasilkan rekaan mengambarkan wanita Muslimah yang sebenar. Sopan, feminin, klasik dan cantik menjadi titik utama dalam setiap rekaan beliau. Kolabrasi pertama kali akan mengembangkan sayap ke negara jiran membawa satu impak positif dan membuka mata buat hijabi dalam berfesyen tetapi masih mengekalkan syariah.
Rekaan Jovian Mandagie x Ria Miranda Untuk Semua Golongan
Permulaan yang baik apabila kolaborasi ini menjanjikan kelainan dan sudah pastinya sesuai untuk semua golongan. Umum tahu rekaan Jovian Mandagie memang terkenal di kalangan VVIP tetapi dengan adanya beberapa gabungan koleksi antara pereka dan selebriti terkenal, maka dengan ini JM sendiri telah menambah golongan pemakai rekaannya.
Pastinya Jovianista ternanti-nanti apa koleksi JM seterusnya, dengan target pasaran yang lebih meluas. Tahun 2019 menyaksikan JM akan memperbanyakkan koleksi hasil kolaborasi dan juga koleksi yang punyai tema tersendiri.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI