Mira Filzah lebih dikenali sebagai seorang selebriti yang begitu menjaga penampilan dirinya. Malah dia juga dilihat begitu menjaga batas aurat menjadikan dirinya sebagai idola kepada hijabi di luar sana. Tanpa mendedahkan apa yang sepatutnya setiap kali bergambar terutama di laman sosial membuatkan aura pelakon serta pengacara Nona ini cukup kuat dan begitu disayangi peminatnya. Bersandarkan wajah yang jelita serta bakat semula jadi, Mira antara pelakon yang juga menjadi pilihan ramai.
Setiap #OOTD yang santun juga menjadi inspirasi buat hijabi yang masih tercari-cari gaya bersesuaian tika bersantai atau ketika bercuti bersama teman-teman. Tanpa solekan tebal juga memperlihatkan sisi comel Mira Filzah.
Ini antara 10 #OOTD Mira Filzah yang santun dan sering jadi contoh buat hijabi di luar sana.
#1. luna_larich Cantiknya
#2. zarfuna Simple but nice
#3. ayltul_atul So beutiful
#4. khai_9702 Cantik mira filzah,sopan,sikit pun tak dedah aurat,,sempurna
#5. nikaimann_ Beautiful angel
#6. zamri_wie_ Comelnya mira
#7. hazrenasyaeda._ Cantik nyaa idol
#8. adm.isyrf Indahnya ciptaan allah
#9. fariz_iswandy Beutiful
#10. ieraakamaruddin love you my idol
KREDIT FOTO: INSTAGRAM MIRA FILZAH
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jerawat Belakang ‘Bacne’, Tidak Selesa Dan Memalukan. Atasinya Dengan Cari Ini Menurut Pakar
Jerawat belakang atau lebih dikenali sebagai ‘bacne’ adalah perkara biasa dan normal bagi individu yang memilikinya. Namun begitu sesetengah individu mungkin merasa tidak selamat dan tidak selesa. ‘Bacne’ adalah keadaan yang mengecewakan dan sering memalukan.
Jerawat jenis ini biasanya timbul apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati yang berlebihan menumpuk di pori-pori, menyebabkan kemerahan, radang dan cela – serupa dengan jerawat muka, kecuali di punggung. Ia juga boleh didorong oleh perubahan hormon, itulah sebabnya mengapa anda sering terganggu.
‘Bacne’ ini boleh muncul pada masa kehamilan dan tabiat harian seperti diet dan pilihan pakaian juga boleh memainkan peranan. Beberapa perubahan rutin harian ini dapat membantu anda menjadikan ‘bacne’ tidak muncul lagi.
Berikut adalah beberapa petua pakar mengenai cara menghilangkan ‘bacne’:
Tukar cadar
Cara yang terbaik untuk menukar helaian cadar anda sekali seminggu atau lebih. Mengubah cadar anda dengan kerap adalah bermanfaat kerana sel-sel kulit mati dan bakteria mudah terkumpul di sepanjang malam dan merengsakan kulit.
Selesaikan rutin pagi anda
Perapi, pelindung matahari terutamanya jika anda mempunyai kulit sensitif, semua krim badan yang boleh menyumbat liang, menyebabkan anda terkena bahagian belakang badan.
Semasa mencuci dan merapi rambut, balikkan rambut anda ke depan dan bilas ke hadapan untuk elak meninggalkan syampu dan sisa perapi di belakang badan anda dan bilas seluruh badan dengan bersih sebelum keluar dari bilik mandi.
Pada cuaca panas, lebih baik menggunakan losen daripada krim kerana kandungan minyaknya lebih sedikit dan lebih bergantung pada air untuk menghidrat kulit, jadi ia kurang menyumbat liang pori. Krim dan losen bukan komedogenik disarankan, produk ini diformulasikan secara khusus dengan bahan yang tidak akan menyumbat liang. Dan apabila tiba masanya untuk menerapkan pelindung matahari, pilih yang dilabel “ultra-ringan” atau “cepat kering”.
Fabrik pakaian yang sesuai
Jenis pakaian tertentu boleh mencetuskan masalah ini, terutama pakaian bersenam anda. Ini kerana pakaian yang ketat dapat mendorong minyak atau bakteria masuk ke dalam liang pori dan geseran dari pakaian senaman yang ketat seperti bra sukan atau legging boleh menjengkelkan folikel rambut dan menyebabkan lebam merah. Seharusnya cari pakaian khas yang untuk bersenam agar kulit dapat bernafas.
Sekiranya anda tidak dapat menukar keseluruhan almari pakaian anda, pastikan anda selalu mandi selepas berpeluh.
Pilih pembersih yang betul
Sekiranya kulit berjerawat keluar adalah berpunca dari genitik, jangan terkejut jika anda juga berkemungkinan mendapatkannya. Walaupun anda berusaha sedaya upaya untuk menjaganya. Tetapi jangan risau, ada cara untuk mengatasinya, cuba gunakan pencucian asid salisilik atau asid glikolat bebas untuk mencegah dan menyembuhkan cela. Pembersih ini mempunyai kecenderungan untuk menjadi ‘bacne’ kurang menjengkelkan daripada pembersih biasa. Sekiranya ini tidak berkesan, ubat topikal atau antibiotik oral yang disyorkan pakar mungkin sesuai dengan kulit anda.
Makan makanan yang mesra kulit
Mungkin sudah waktunya untuk meningkatkan senarai pemakanan anda, buah-buahan dan sayur-sayuran dibungkus dengan pelbagai vitamin dan nutrien anti-radang lain yang sangat baik untuk kulit anda. Makan makanan yang seimbang, pertimbangkan untuk mengurangkan makanan yang boleh meningkatkan risiko berjerawat, seperti tenusu dan karbohidrat halus seperti gula dan tepung putih. Paling utama jangan lupa minum banyak air untuk kekal terhidrat juga membantu menjaga kesihatan kulit dan jerawat.
Penjagaan tambahan
Mengelupas bahagian belakang adalah lebih biasa daripada yang anda fikirkan, tetapi ini adalah salah satu kawasan yang paling rawan jerawat, jadi anda perlu memberikan perhatian sebanyak yang anda lakukan pada kulit wajah anda . Bersihkan dan pengelupaskan secara berkala untuk membantu menjaga folikel bersih dan tidak tersumbat, menjadikannya tidak mudah terkena jerawat.
Cubalah pembersih pengelupasan lembut yang membantu membersihkan, menghidrat, mengelupas dan menenangkan kulit yang meradang. Anda juga boleh mula merawat jerawat dengan alat ringan, yang boleh menjadi alternatif yang berkesan seperti rawatan tradisional dan berbincang dengan pakar dermatologi mengenai produk atau rawatan di rumah mana yang sesuai untuk anda.
Jumpa pakar kulit
Sekiranya anda telah mencuba semua perkara di atas dan masih tiada kesan perubahan, pertimbangkan untuk menjadualkan perundingan dengan pakar dermatologi. Mereka mungkin dapat memberikan nasihat yang diperibadikan untuk menjaga keadaan terkawal atau mencadangkan ubat resipi oral atau topikal yang mungkin membantu menangi masalah anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baca Ayat Kursi Antara Amalan Yang Boleh Elakkan Diri Daripada Terkena Sihir & Gangguan Syaitan
Setiap hari, kita tidak akan terlepas daripada gangguan syaitan kerana sudah menjadi tugas syaitan untuk mengganggu umat Islam. Sihir dan gangguan syaitan juga sebenarnya merupakan suatu musibah yang diberikan ke atas kita.
Ada musibah yang Allah berikan akan dapat menyedarkan seseorang manusia itu dan ada juga sesetengah yang tidak memberikan apa-apa kesan terhadap seseorang individu itu. Sebenarnya, gangguan-gangguan ini boleh dihindari jika kita mengamalkan beberapa perkara. Cuba amalkan, insyaAllah berkesan.
1. Makan Kurma ‘Ajwa & Tamar Madinah
Amalkan mengambil kurma ‘Ajwa dan jika boleh, makan bersama tamar Madinah. Sekiranya anda tiada kedua-dua jenis kurma ini, makanlah apa sahaja kurma yang lain. Kerana sabda Rasulullah s.a.w berbunyi:
“Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘ajwa, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu.” – Hadis Riwayat Al-Bukhari
2. Berwuduk Sebelum Tidur
Sihir insyaAllah tidak akan memberi sebarang kesan terhadap Muslim yang mempunyai wuduk. Muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal oleh para Malaikat seperti yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. Sabda Rasulullah bermaksud:
“Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya.”
3. Solat Berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang Muslim itu bebas daripada gangguan syaitan. Sedangkan mereka yang bersikap sambil lewa itu akan menyebabkan syaitan berpeluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, syaitan akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan sebarang kejahatan lain.
4. Mendirikan Solat Tahajud
Sebaiknya, bangunlah mengerjakan solat malam. Mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri kita.
5. Amalkan Membaca Ayat Kursi
Amalkan bacaan ayat kursi selepas solat, setiap pagi dan petang dan juga sebelum tidur. Nabi s.a.w bersada yang bermaksud:
“Jika kamu hendak tidur, bacalah ayat kursi sampai selesai satu ayat. Maka akan ada penjaga dari Allah untukmu dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” – Hadis Riwayat Bukhari 2311
6. Sentiasa Berzikir
Amalkan membaca zikir pada waktu pagi dan petang. Dari Uthman bin Affan r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidaklah seorang hamba setiap pagi dan petang membaca: ‘Bismillahillazi layadurrumaasmihi saiun filardi wallafis samai wahuwas samiul alim’
(Maksudnya: Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada mudharat sedikit pun baik di bumi dan di langit, dan Ia Maha Melihat dan Maha Mengetahui) kecuali bahawa tidak ada sesuatu yang membahayakannya.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)
Zikir ini dibaca 3 kali pada waktu pagi dan petang.
Sumber: islamituindah.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nad Zainal Dah Sedar, Tak Lagi Bergantung Pada Tiub Bantuan Pernafasan
Alhamdulillah, satu perkabaran gembira telah dikongsikan oleh Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz berhubung perkembangan terkini pelakon jelita, Nad Zainal yang sebelum ini ditidurkan di ICU akibat mengalami jangkitan kuman dan pendarahan paru-paru.
Menurut Ungku Ismail, Nad kini sudah sedar dan doktor memutuskan untuk mengeluarkan tiub bantuan pernafasan, sejak pagi semalam Nad sudah tidak lagi bergantung pada alat itu untuk bernafas.
Nad Dah Boleh Bercakap Dan Bergerak
Lebih menggembirakan apabila pelakon utama drama Cina Buta itu sudah mula menunjukkan perkembangan dan progres yang amat memberangsangkan, Nad kini sudah mula bercakap dan mampu bergerak, walaupun gerakannya masih terhad dan suara masih halus.
Perkembangan terbaru itu dikongsi pelakon, Ungku Ismail menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram, malam tadi.
Artikel berkaitan: Paru-Paru Berdarah, Nad Zainal Ditidurkan Di ICU, Mohon Doa Semua!
“Alhamdulillah, Nad banyak menunjukkan perkembangan dan proses penyembuhannya juga bagus. Dia bagaimanapun, masih di bawah pengawasan rapi doktor dan saya berharap semua akan mendoakan urusannya dipermudahkan serta lancar.
“Dia juga sudah boleh bercakap, cuma suaranya sangat kecil. Begitu juga dengan pergerakan, dia boleh memegang telefon bimbit, cuma tidak dapat menaip kerana sudah lama tidak menggunakan anggota tangannya,” katanya
Bagaimanapun, Ungku Ismail menjelaskan bahawa Nad masih dalam pemantauan doktor di ICU, kerana doktor mahu memastikanbagar keadaan kesihatannya lebih baik dan terus menunjukkan berkembang secara positif.
Selain itu, Ungku juga memanjatkan rasa syukur serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada masyarakat serta peminat yang sentiasa mendoakan kesembuhan rakan gandingan serasinya itu.
“Sesungguhnya kekuatan doa itu sangat benar. Terima kasih saya ucapkan atas doa kalian yang tidak putus-putus untuk Nad dan saya juga ingin kembalikan doa itu pada kalian semua,” ujarnya.
Sumber: Instagram Ungku Ismail
Artikel berkaitan: Doktor Sahkan Nad Zainal Kini Kritikal – Ungku Ismail
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI