Walaupun baru lagi di laman sosial Instagram (40 posts), gambar yang terpampang di laman sosialnya begitu ringkas namun tetap menarik perhatian Hijabista. Minimalisma dan penuh artistik, mari kita lihat gayanya pula.
1. Shawl
Lilitan yang penuh bersahaja tetap memberikan aura sofistikasi yang mininal tanpa nampak selekeh.
2. Kardigan labuh
Kardigan labuh merupakan item esensi untuk memudahkan suai padan busana anda. Warna putih adalah warna yang sangat universal dan mudah sekali dipadankan dengan apa sahaja warna gaya.
3. Tas tangan
Tas tangan berjenama akan sentiasa menambah aura ‘understated elegance’ kepada hijabi yang menggayakannya.
4. Sepatu
Sepatu tumit pumps berwarna putih adalah sepatu wajib ada untuk semua hijabi. Uber chic!
5. Aksesori
Rantai dempak sudah cukup untuk memberi ‘statement’ kepada gaya overall gadis ini.