Untungnya siapa yang mempunyai tubuh tinggi lampai dan langsing. Sarunglah apa sahaja baju, pasti akan membuatkan penampilan cukup menarik dan mampu mencuri tumpuan. Lebih-lebih lagi jika pakej begini dimiliki oleh selebriti yang memang perlu bergaya cantik jika menghadiri majlis rasmi atau karpet merah. Memang terserlah ketinggian mereka jika menyarung dress labuh ataupun jean yang dipadankan dengan blaus. Ada antara mereka ini sudah mempunyai anak, tetapi tetap mampu mengekalkan tubuh langsing ini sepadan dengan ketinggian mereka.
Jika kita intai gaya beberapa selebriti tinggi lampai di laman instagram, ternyata penampilan figura ini cukup menarik perhatian. Memang seronok sekali melihat aksi mereka sama ada ketika bercuti atau hadir ke majlis tertentu. Bukan itu sahaja, malah dengan foto yang awesome juga turut menyerlahkan personaliti mereka. Ada antaranya pernah bergelar Model, Ratu Cantik, Dewi Remaja dan juga Pramugari. Jadi tak hairanlah setiap kali posing
mereka di laman sosial ibarat super model.1.#Erra Fazira
2.#Tilla
3.#Nasha Aziz
4.#Bella Dally
5.#Ziana Zain
6.#Che Ta
7.#Laudya Cynthia Bella
8.#Hanez Suraya
9.#Hanis Zalikha
10.#Marsha Milan
11.#Alyah
12.#Yuna
13.#Scha Alyahya
14.#Fathia Latiff
15.#Sarah Hildebrand
Admin turut kongsi bagi hijabi bertubuh rendah dan mahu kelihatan tinggi, boleh cuba beberapa tip ini:
2. Untuk bahagian atas, yang memiliki tubuh yang cenderung pendek, sangat tidak disarankan untuk memakai baju dan celana yang berukuran longgar. Jika menggayakan seluar atau baju besar hanya akan membuat kamu “tenggelam” dan terlihat semakin pendek.
3. Pelengkap gaya untuk tampil tinggi adalah dengan pemilihan aksesori bersesuaian. Jangan pilih beg tangan besar dan tali besar kerana anda akan kelihatan lebih pendek. Solusinya pilih beg tangan bertali panjang yang ukurannya tidak terlalu besar.
4. Pilih juga baju yang warnanya sama dengan seluar anda. Begitu juga dengan wanita yang berpostur mungil, sebaiknya Menggunakan baju dengan warna yang sama akan menciptakan garis solid yang membuat anda terlihat lebih tinggi.
5. Tip lain ialah menyarung pakaian dengan ukuran yang tepat. Jika anda ingin terlihat lebih tinggi, hindari untuk memakai baju yang besar kebesaran. Pakaian yang terlalu besar atau terlalu longgar
akan membuat tubuh tenggelam, yakni semakin terlihat pendek dan lebar.6. Tip berpakaian agar terlihat lebih ialah menggunakan kasut tinggi. Pemakaian heels ini akan memberi lebih keyakinan pada penampilan.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SELEBRITI