Penampilan seseorang menggambarkan karektor dirinya yang sebenar. Tidak bermakna jika mereka memilih untuk berhijab labuh atau niqab, akan membataskan untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak ataupun yang luar dari kemampuan mereka. Malah cara berpakaian begitu sedikit pun tidak menghalang mereka untuk bergerak melakukan aktiviti harian mereka dan terus menyampaikan dakwah dalam cara tersendiri.
Dalam erti kata lain, biarpun berhijab, jubah tetapi gaya mereka tetap stailo. Ini kita boleh lihat jika mereka memuat turun gambar yang juga tidak kurang kalah dalam bergaya.
Lihat sahaja beberapa selebriti ini yang senang tampil berjubah, dengan hijab labuh atau berniqab tetapi masih lagi stailo. Terutama Natasha Hudson yang cukup gemar memuat turut foto dalam pelbagai gaya menarik. Mereka ini juga cukup aktif dalam media sosial dan menyebarkan dakwah dalam cara tersendiri.
Ayuh kita lihat #OOTD 11 selebriti yang selesa dalam penampilan yang sepatutnya sebagai seorang Muslimah. Mereka juga mempunyai jumlah follower yang ramai dan mereka ini juga seronok dan turut menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh artis kesayangan ini.
10 orang yang admin senaraikan ini, memang kita sering lihat perkembangan mereka di laman sosial. Tetapi yang paling last, penyanyi dan juga pelakon Waheeda Wassini yang terus mendiamkan diri dari bidang seni setelah mendirikan rumah tangga dengan Akhil Hayy. Dia juga khabarnya memilih untuk berniqab setelah berkahwin.
@cheahishak Subhanallah..cantiknyaaa
@illiyin89 MashaAllah..suka tgk akak skg ni.. Moga trus istiqamah d jalanNYa kak..
@sitikhadijahishak ALLAHU cantiknya ciptaan Tuhan, kakfyn idola saya. Semoga suatu hari nanti kita dipertemukan
@aamiraruslan Adore you kak diana
@zuraidah_iddris Cantik nye sis
@syikinsyahid Cantik sangat abby
@umie_omar Suka.. subhanallah.. cantiknya
@dwdsha68 Masya Allah so beautiful Ustazah
@zainabhjkhalid16 Cantiknys irma.segala pujian pada allah.
Komen: