Only For Ladies! Ini Yang Boleh Dilakukan Bagi Elak Dapat Pemandu E-Hailing Yang Mencurigakan

Share

Perkhidmatan e-hailing banyak membantu kita pada masa kini terutama buat mereka yang tidak boleh memandu atau tidak mempunyai kenderaan. Memang sangat memudahkan!

Namun, kadang kala isu keselamatan menjadi satu kerisauan buat kaum wanita untuk menggunakannya. Pastinya ramai yang mengharapkan untuk mendapatkan pemandu wanitakan?

Jangan risau girls sebab sekarang ni ada perkhidmatan e-hailing khas untuk wanita sahaja dimana pemandu dan penumpangnya adalah wanita sahaja (penumpang termasuk kanak-kanak) iaitu Riding Pink.

Menurut perkongsian @naddyM
di twitter, perkhidmatan ini sangat membantunya disaat dia memerlukan walaupun ketika jam 3 pagi.

Muat naik sahaja aplikasi ini di telefon anda untuk mencubanya.

Memandangkan aplikasi ini masih baru, pelanggan haruslah menempah perkhidmatan itu terlebih dahulu dengan lebih awal sebelum menaikinya.

Anda juga boleh menjadi pemandu separuh masa untuk perkhidmatan ini untuk mengisi masa terluang. Why not kan?

kredit: twitter @naddyM

Published by
Qistina