Perkhidmatan e-hailing banyak membantu kita pada masa kini terutama buat mereka yang tidak boleh memandu atau tidak mempunyai kenderaan. Memang sangat memudahkan!
Namun, kadang kala isu keselamatan menjadi satu kerisauan buat kaum wanita untuk menggunakannya. Pastinya ramai yang mengharapkan untuk mendapatkan pemandu wanitakan?
Ads
Jangan risau girls sebab sekarang ni ada perkhidmatan e-hailing khas untuk wanita sahaja dimana pemandu dan penumpangnya adalah wanita sahaja (penumpang termasuk kanak-kanak) iaitu Riding Pink.
Menurut perkongsian @naddyM di twitter, perkhidmatan ini sangat membantunya disaat dia memerlukan walaupun ketika jam 3 pagi.
Ads
Muat naik sahaja aplikasi ini di telefon anda untuk mencubanya.
Memandangkan aplikasi ini masih baru, pelanggan haruslah menempah perkhidmatan itu terlebih dahulu dengan lebih awal sebelum menaikinya.
Ads
Anda juga boleh menjadi pemandu separuh masa untuk perkhidmatan ini untuk mengisi masa terluang. Why not kan?
Pengacara yang kini bergelar pelakon, Uyaina Arshad memang terkenal dengan kepetahannya sewaktu mengacara.
Pernah diangkat menjadi juara Puteri Muslimah Asia pada tahun 2018, Uyaina atau lebih mesra disapa Yana,28, rupa-rupanya sudah memiliki rupa paras yang cantik sejak kecil lagi apabila dia berkongsikan gambarnya di laman sosial.
Berkongsi gambarnya ketika berusia 12 dan 28 tahun, ramai yang memuji kejelitaannya itu walaupun tidak mengenakan sebarang solekan di wajah.
Ujar Yana, dia merupakan pengawas sewaktu zaman sekolahnya dahulu dan tidak begitu kisah mengenai tudungnya. Berbeza dengan sekarang, Yana boleh jadi stress bila tudungnya tidak terletak dengan betul.
“Sama atau lain? 😋 Masa sekolah rendah dulu (SD buat teman2 Indo) Yana pengawas. Jadi pakaian sekolah warna peach macam ni. And tadi live WHI pun lebih kurang sama pulak warna tudung tu. Haha. Teringat pulak masa zaman sekolah dulu2 .. 😊 Tudung senget macam mana pun, tak kisah. Sekarang ni, kalau tudung senget sikit boleh jadi stress 🤣”
‘Tetap comel walau tudung macam lepat pisang!’
Cantik banget!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tiga hari lepas HIJABISTA ada menulis artikel mengenai hijabi Nazira yang sedang kritikal setelah diserang stroke. Saat itu, Nazira sedang dimasukkan ke hospital dan keadaannya tenat. Namun ternyata Tuhan lebih menyayangi dirinya apabila Nazira telah dijemput Ilahi selepas solat Isya’ (sebaik artikel berkenaan ditulis).
HIJABISTA menerima kiriman mesej dari kakaknya, Nurul Nabila memberitahu di laman sosial bahawa adiknya telah bertemu sang pencintaNya. Sebaik mengetahui dia sudah tiada, bertalu-talu kiriman takziah dan Al-Fatihah daripada kenalan di alam maya.
Bukan sahaja mesej Facebook Hijabista, status di twitter juga turut memberitahu Nazira sudah tiada.
Ternyata hasrat Nazira sebelum itu untuk kembali sembuh seperti sediakala tidak kesampaian. Walaupun punca sebenar stroke yang dialami tidak diketahui kerana arwah hanya tahu segalanya berubah, apabila jatuh hingga pengsan di tempat kerja.
Doktor juga memberitahu ada pendarahan di kepalanya hingga menyebabkan dia diserang stroke pada sebelah kanan.
Rata-rata netizen yang sejak dari awal mengikuti thread berkongsi kisahnya mengalami sakit berkenaan terkejut dengan kehilangannya.
Salam takziah dari netizen.
Semua mendoakan agar arwah Nazira di tempatkan di kalangan orang beriman dan bidadari syurga.
Ramai juga antara netizen yang baru mengenali Nazira turut terharu dengan semangatnya melawan penyakit yang dihadapi semasa hayatnya.
Rawat Rambut Yang Terlanjur Rosak Dengan 6 Cara Ini. Rambut rosak boleh disebabkan oleh banyak faktor, termasuk penggunaan alat penggayaan yang berlebihan, pencelupan, pendedahan matahari, pencemaran udara dan kekurangan nutrien.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa petua yang boleh membantu merawat rambut yang rosak dan menjadikannya sihat dan cantik semula.
Hindari Menggunakan Alat Pengayaan Yang Berlebihan
Menggunakan alat penggayaan seperti hair dryer, seterika rata dan seterika keriting boleh merosakkan dan mengeringkan rambut anda. Jika anda berhasrat untuk menggunakan alat penggayaan, pastikan anda menggunakan produk pelindung haba seperti serum rambut atau semburan pelindung haba untuk melindungi rambut anda daripada haba yang berlebihan.
Gunakan Syampu dan Perapi Yang Tepat
Syampu dan perapi yang betul boleh membantu memulihkan kelembapan pada rambut anda dan menjadikannya lebih sihat. Pilih produk yang mengandungi bahan semula jadi seperti aloe vera, minyak argan atau minyak kelapa untuk membaiki rambut yang rosak.
Hindari Terlalu Kerap Mewarnakan Rambut
Pewarna rambut boleh merosakkan struktur rambut, menjadikannya kering dan rapuh. Jika anda ingin mencerahkan rambut anda, cuba cerahkan hanya beberapa helai atau gunakan warna yang tidak mengandungi ammonia.
Potong Rambut Secara Teratur
Memotong rambut anda secara tetap boleh membantu menanggalkan hujung yang rosak dan memastikan rambut anda kelihatan lebih sihat. Disarankan untuk potong rambut anda setiap enam hingga lapan minggu.
Gunakan Bahan Alami Untuk Merawat Rambut
Bahan semulajadi seperti minyak kelapa, minyak zaitun atau madu boleh membantu memulihkan kelembapan pada rambut anda dan membaiki kerosakan. Cuba gunakan masker rambut dengan bahan semulajadi ini secara tetap.
Kurangkan Guna Perawatan Yang Banyak Bahan Kimia
Bahan kimia seperti sulfat dan paraben boleh merosakkan rambut, menjadikannya kering dan rapuh. Cuba gunakan produk penjagaan rambut yang tidak mengandungi bahan kimia berbahaya ini.
Merawat rambut yang rosak memerlukan banyak masa dan perhatian, tetapi dengan mengikuti petua di atas dengan kerap, anda boleh membantu membaiki rambut anda dan menjadikannya sihat dan cantik semula.
Selain itu, jangan lupa makan makanan yang sihat dan makan makanan yang mengandungi nutrien penting untuk rambut, seperti protein, vitamin A dan omega-3.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Orang yang mudah memaafkan cenderung lebih bahagia dan memiliki kesihatan mental yang lebih baik.
Memaafkan bukan bermakna melupakan, tetapi memilih untuk melepaskan perasaan negatif. Sikap...