Baru-baru ini media sosial digemparkan dengan kejayaan seorang lelaki warganegara Malaysia yang merupakan Qari dari kategori Orang Kelainan Upaya (OKU), Muhammad Qayyim Nizar Sarimi apabila beliau dinobatkan sebagai Juara bagi Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2023.
Sehubungan itu, perkara ini menjadi sorotan serta bualan netizen yang rata-ratanya menzahirkan rasa kagum terhadap Qayyim diatas pencapaian yang dikecapinya itu. Meskipun diuji dengan tidak dapat melihat, namun Qayyim membuktikan bahawa dia juga mampu berjaya.
Kejayaan Qayyim Buka Mata Ramai Pihak, Buat Warganet Insafi Diri, Baca Al-Quran.
Hijabista mendapati, berita tentang kejayaan Qayyim yang luar biasa ini telah tular di laman sosial Facebook, sehingga turut meraih perhatian Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang tidak melepaskan peluang mengekspresikan penghargaan kepada qari asal Kelantan itu.
Artikel berkaitan: Waheeda Wasini Dedah, ‘Hilang’ Dari Dunia Seni Kerana Tadabbur Al-Quran Selama 10 Tahun!
“Kejayaan Muhammad Qayyim Nizar merupakan detik bersejarah kepada negara dan negeri Kelantan dengan keistimewaan membaca al-Quran menerusi naskhah Braille.
“Ini menunjukkan ketinggian mukjizat al-Quran yang sentiasa dijaga oleh ALLAH SWT. Sebagaimana firman ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya KAMILAH yang menurunkan al-Quran, dan sesungguhnya KAMI benar-benar memeliharanya.” (Surah al-Hijr, ayat 9),” katanya.
Netizen Turut Insaf, Orang Buta Pun Baca Al-Quran!
Melihat pada ruangan komen yang ditinggalkan warganet. Hijabista mendapati rata-ratanya tersentuh hati dan merasakan satu tamparan hebat bahawa al-Quran sememangnya mampu mencelikkan jiwa manusia meskipun mata tak dapat melihat.
Berikut merupakan beberapa komen yang tinggalkan netizen dan meraih erhatian Hijabista.
“Orang buta pula sangat menginginkan untuk melihatnya, tetapi kita yang sempurna ini telah dilalaikan dengan kesibukan dunia.
“Masya-ALLAH, OKU penglihatan juara qari antarabangsa. Dia buta penglihatan, tapi celik hati, masya-ALLAH Allahuakbar.
“(Ia) Jentik hati kita semua…celik sempurna penglihatan, al-Quran baca tak setiap hari?.
“Rendah diri saya melihatkan qari Qayyim yang diuji masalah penglihatan ini boleh mengaji, masya-ALLAH sedap sangat. Malu saya.”
Justeru, marilah kita bersama-sama menjadikan tadabbur Al-Quran itu sebagai satu wadah untuk kita sama-sama menuju jalan yang diredhai Allah SWT.
Sumber Foto: Utusan Malaysia & Harian Metro
Artikel berkaitan: Ramai Selebriti Sambut Baik Program ini, Bentuk Karakter Dan Akhlak Melalui Al Quran
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI