Nurmelissa bersama kedua ibu-bapanya di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA Kali Ke-14.

Berdepan masalah saraf sejak berumur 11 tahun bukan menjadi penghalang untuk Nurmelissa Mohd Yadi menamatkan pengajiannya di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Kisah pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) ini mampu menjadi inspirasi dan pencetus semangat pelajar di luar sana.

Nurmelissa Mohd Yadi, 24 tahun merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Bahasa Arab  di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Hijabi ini mengalami masalah saraf sejak berusia 11 tahun dan menyebabkannya tidak dapat berjalan dan berkerusi roda sejak di Tingkatan Tiga.

OKU Bukan Halangan Untuk Berjaya, Kisah Hijabi Ini Cetus Inspirasi
Sumber gambar dari Instagram UniSZA

Walaupun mempunyai kekurangan, Nurmelissa Mohd Yadi bertekad untuk mengubah nasib keluarganya dan mencabar diri untuk berjaya. Tambahan itu, dia juga berbangga kerana mampu membuktikan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) sepertinya boleh berjaya walaupun terpaksa bekerja dua kali lebih kuat dan membanting tulang lebih daripada orang lain.

Artikel berkaitan: Biarpun Tak Dapat Melihat, Pasangan OKU Bangga Rai Kejayaan Anak Di Hari Konvokesyen

Pada awalnya, gadis ini mengakui tidak mempunyai keyakinan yang tinggi disebabkan sedar akan kekurangan yang dimilikinya. Namun, dia berjaya bangkit dari perasaan itu dan tidak berputus asa untuk menamatkan pengajian. Melissa juga mengatakan bahawa keluarga, rakan dan para pensyarah merupakan pencetus motivasi dan tulang belakangnya untuk belajar bersungguh-sungguh.

Ads

“Keluarga adalah pencetus motivasi untuk saya belajar bersungguh-sungguh dan tabah menghadapi apa jua rintangan terutama ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

OKU Bukan Halangan Untuk Berjaya, Kisah Hijabi Ini Cetus Inspirasi
Sumber gambar dari Instagram UniSZA

“Selain itu sokongan rakan dan para pensyarah juga amat dihargai kerana banyak membantu saya menyelesaikan masalah ketika ketiadaan keluarga di sisi,” ujarnya menurut laman Getaran.

Mahu memberikan kesenangan buat kedua ibu-bapanya…

Ketika ditanya mengenai cita-citanya, dia mengatakan bahawa dia berhasrat untuk menggapai impian sebagai penterjemah bahasa Arab dan ingin memberikan kesenangan kepada kedua-ibu bapanya itu.

Ads

“Bapa saya, Mohd Yadi Taib bekerja sebagai pemandu lori manakala ibu, Saripah Abu Bakar bekerja di kedai makan dekat rumah di Kampung Losong (Kuala Terengganu).

“Saya harap kejayaan kecil ini dapat membanggakan dan menyenangkan mereka selepas sekian lama kami hidup susah,” jelasnya lagi.

Artikel berkaitan: Pak Cik Terkejut Dengar Graduan Ijazah Jual Takoyaki Sepenuh Masa, Ambil Pengalaman Itu Sebagai Pembakar Semangat

Ads

Hijabi ini juga berharap kejayaannya itu dapat dijadikan inspirasi dan pembakar semangat kepada semua golongan OKU untuk sentiasa berusaha sehabis baik dan tidak berputus asa walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Anak kedua dari enam beradik itu kini sedang mengikuti kursus penterjamahan di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) secara dalam talian.

Sumber info dan gambar: Getaran dan Instagram UniSZA 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI