Anak ibarat kain putih, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk mencorakkanya. Malah, tugas untuk membentuk anak yang normal itu sememangnya tidak begitu mudah.
Apatah lagi jika diuji memiliki anak ‘istimewa’ seperti pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih yang juga pendakwah selebriti, Dr Oki Setiana Dewi.
Bagaimanapun, sebagai ibu tinggi harapan yang diletakkan Oki, agar anak keempatnya Sulaiman Ali Abdullah yang ditakdirkan lahir dengan sindrom ‘Prader Willi’ agar menjadi hamba Allah yang rajin membaca Al-Quran.
Oki Mahu Sulaiman Dalami Ilmu Agama
“Saya cuma berdoa semoga anak ini diberikan fasih berbicara kerana sindrom ini banyak yang sukar bercakap, diberikan kecerdasan untuk menghafal al-Quran, belajar agama supaya bermanfaat untuk orang ramai” ujarnya.
Mengulas berhubung tahap kesihatan Sulaiman, Oki menjelaskan bahawa anaknya itu berada pada fasa aktif, lincah dan sihat sama seperti kanak-kanak lain
Ads
Tambah Oki, dek kerana kelincahan anaknya itu, dia terpaksa memberi tumpuan dan perhatian yang lebih agar dia dapat melihat sendiri perkembangan dan pembesaran Sulaiman.
“Ya, seperti diketahui, Sulaiman hidap sindrom ‘prader willi’, iaitu suatu keadaan yang jarang ditemui.
“Ada banyak perkara yang harus dilakukan seperti terapi dan suntikan hormon. Terbaharu kami ikhtiar untuk sel stem.
“Sekarang keadaan dia sihat, sangat aktif, kawan-kawan doakan, saya tidak tahu apa takdir Allah buat Sulaiman, saya anggap kurniaan Allah ini sebagai ujian agar mendidik saya menjadi hambanya yang sabar dan lebih tabah,” ujarnya.
Agak menjengkelkan pagi yang indah ketika bersiap mahu ke tempat kerja mood dirosakkan gara-gara sebatang pin. Oleh kerana mahu cepat, pin yang dicucuk tercarik tudung satin yang sedang digayakan. Sudahlah baru beli dan harganya juga sangat mahal. Bayangkan tudung sutera atau satin tertetas hanya kerana pin tudung. Namun usah risau, bagi penggemar satin, boleh cuba tutorial hijab tanpa pin ini. Hasilnya tudung digayakan anda akan sentiasa kemas dan terjaga.
TAHUKAH ANDA?
Butang magnet! Anda hanya perlu sepasang butang magnet dan pinkan pada hijab tanpa perlu mencucuk hijab anda.
Ada beberapa jenama yang mencipta hijab tanpa pin, salah satunya adalah tudung Cakenis dari Hanis Zalikha. Cepat, mudah dan selamat digunakan.
Pandemik Covid-19 sememangnya telah mengakibatkan banyak urusan tergendala dan terbantut. Perkara yang dahulunya normal kini memerlukan banyak prosedur operasi standard untuk mengekang penularan virus Covid-19. Antara yang terkesan semestinya operasi di masjid yang mana, hanya jumlah tertentu sahaja yang dibernarkan memasukinya dan perlukan penjarakan sosial.
Namun kini sejak penurunan prosedur operasi standard mula dilonggarkan. Selebriti popular tanah air, Ashraf Muslim baru-baru ini telah menjadi antara kumpulan jemaah pertama yang menjejakkan kaki ke tanah suci bagi mengerjakan Umrah sejak pandemik tersebut melanda Malaysia.
.
Berkongsi dalam satu hantaran di laman Instagram, Ashraf yang berkesempatan solat di Masjid Nabawi berkata, “Alhamdulillah, sebelum berkumandang azan subuh di pagi ini. Satu lagi keajaiban berlaku dimana hari ni untuk pertama kalinya setelah 2 tahun covid mengganas di dunia ini, saya dapat merasakan momen bersama-sama jemaah disini utk solat yg tak perlu penjarakkan sosial lagi.
“Syukur pada Allah. Air mata ni asyik mengalir je dari tadi. Allah sayangkan kita. Allah marah tapi Dia sayang supaya kita dekat dengan Dia. Allahuakbar.! Oklah azan Subuh dah dilaungkan. Semoga momen ini turut juga berlaku di Malaysia tak lama lagi, InsyaAllah.”
Pada 17 Oktober lalu, kerajaan Arab Saudi telah membenarkan masjid beroperasi mengikut kapasiti penuh dengan jemaah menunaikan solat tanpa perlu melakukan penjarakan fizikal buat pertama kali sejak tercetusnya pandemik COVID-19.
Kumpulan pekerja telahpun diarahkan untuk menanggalkan penanda di lantai sebagai panduan untuk orang ramai melakukan penjarakan fizikal sebelum ini di dalam dan sekitar masjid.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Vitamin C membantu sebagai antioksidan untuk mengurangkan lata kerosakan yang disebabkan oleh kerosakan alam sekitar. Itulah sebabnya pakar sering mengesyorkan menggunakannya pada waktu pagi untuk menambah manfaat pelindung matahari. 6 serum vitamin C ini trending, yang dah guna akui tak boleh ‘berhenti’. Kulit Lebih …
Sifat antioksidan Vitamin C membantu melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya dan tekanan persekitaran yang lain. Selain itu, Vitamin C juga mempunyai manfaat untuk merawat hiperpigmentasi yang disebabkan oleh kerosakan foto. Sama ada anda ingin mengelakkan kerosakan pada masa hadapan atau merawat hiperpigmentasi sedia ada, serum vitamin C adalah tambahan yang bagus untuk senjata penjagaan kulit. Ini antara, pilihan untuk pencinta penjagaan kulit tidak boleh berhenti sekarang.
Serum termaju ini memanfaatkan kuasa vitamin C untuk melindungi dan mencerahkan kulit juga mengandungi asid laktik, yang membantu mengelupas dan menggalakkan perolehan sel, yang boleh membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan. Gabungan vitamin C dan asid laktik berfungsi untuk menjadikan kulit lebih licin, cerah dan kelihatan lebih muda.
Serum ini adalah kuasa pencerahan yang membantu menyekatakan tona kulit, mengurangkan penampilan garis-garis halus dan menjadikan kulit berseri-seri. Seperti yang dinyatakan oleh seorang pengulas, “Saya hanya menggunakan ini selama seminggu, dan saya telah melihat perbezaan yang ketara dalam kecerahan dan tekstur kulit saya.”
Pakar dan pengguna sama-sama menyukai serum mampu milik ini yang menyediakan dos vitamin C yang kuat untuk mencerahkan kulit dan membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan. Dengan formulanya yang ringan dan cepat menyerap, formula ini membantu memulihkan keserian semula jadi kulit sambil menghidrat dan melindunginya.
Serum ini menggabungkan kuasa pencerahan vitamin C dengan manfaat pengelupasan asid laktik. Asid laktik menanggalkan sel-sel kulit mati dengan lembut dan membantu melicinkan dan menegangkan tekstur kulit. Hasilnya adalah kulit yang lebih cerah, lebih berseri dengan tona dan tekstur yang lebih baik.
Serum pencerah yang “mengubah permainan” ini mempunyai campuran kuat vitamin C, ekstrak jambu batu dan asid traneksamik dan ferulik untuk memudarkan penampilan bintik-bintik gelap dan meningkatkan keserian keseluruhan. Formulanya yang ringan membuatkan kulit berasa segar dan kelihatan cerah.
Serum ini adalah gabungan kuat vitamin C, asid ferulik dan vitamin E yang menawarkan perlindungan lanjutan terhadap tekanan persekitaran sambil mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan. Ia adalah pilihan popular di kalangan peminat penjagaan kulit dan pakar dermatologi untuk hasil yang terbukti.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!