Baru-baru ini, penyanyi pujaan negara, Dato Sri Siti Nurhaliza yang juga mesra disapa TokTi telah mengadakan sambutan hari jadinya bertemakan Barbie bagi memenuhi permintaan anak tersayang, Siti Aafiyah.
Begitu teruja menginap di bilik hotel yang bertemakan Barbie di The Grand Hyatt Kuala Lumpur, gelagat dan aksi Aafiyah mencuri tumpuan ramai hinggakan dia ‘speaking’ kerana terlalu seronok apabila mimpinya menjadi nyata.
Kebahagiaan seorang ibu bila melihat anak gembira ..
Staycation sempena ulangtahun kelahiran saya di @grandhyattkualalumpur memang kenangan yang sangat manis bila mana pihak hotel membuat promosi penginapan bertemakan ‘Barbie’ , Saya terus ambil keputusan untuk bermalam di sini..
Aafiyah orang paling excited & happy bila saya bagitau nak staycation di bilik Barbie .
Sebelum check in, setiap hari dia ingatkan saya bila ibu kita nak stay kat bilik Barbie..😅
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan telatah Aafiyah dan memahami perasaannya yang begitu meminati Barbie.
‘Oh my goodness!’