Laman sosial instagram sekarang ini menjadi salah satu aplikasi yang wajib kita gunakan dalam kehidupan seharian? Bangun dari tidur sahaja pastinya terus capai handphone dulu nak tengok apa yang kawan kita update di situ terutamanya di bahagian Instastory.
Oh, kalau hijabi nak tahu, sebenarnya macam-macam cara yang boleh kita lakukan untuk menjadikan Instastory kita lebih menarik. Be creative!
gambar hiasan
Di sini, Hijabista kongsikan 5 fungsi tersembunyi di Instastory. Sis pun excited sebab baru tahu!
5 hidden IG story function. Omg seriously helpful gila! pic.twitter.com/cEiKIFmaGi
— Tati Hashim (@izzatihashim_) November 19, 2019
Namun, khabarnya cara ini hanya boleh digunakan untuk pengguna iPhone sahaja. Don’t worry sister. Jika ada pengguna Android yang mahu berkongsikan caranya, boleh saja bagitahu kami ok sis!
kredit: twitter @izzatihashim_
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aura ‘Legend’ Masih Berbisa, Kemunculan Zakiah Anas Di Buletin Utama Ubati Kerinduan Ramai
Malam tadi, bekas pengacara rancangan 999, Zakiah Anas telah membuat kemunculan khas sebagai penyampai berita Buletin Utama di TV3.
Penampilan istimewa personaliti televisyen berusia 55 tahun itu bersama 11 lagi bekas penyampai TV3 adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun ke 38 stesen berkenaan yang akan diraikan pada 1 Jun ini.
Tetap anggun seperti dahulu, kemunculan Zakiah yang telah digandingkan bersama rakan penyampai Khairul Rizuan Azizan mendapat perhatian ramai terutamanya daripada peminatnya yang rindu dengan kehadirannya di kaca televisyen.
Mengubat kerinduan
Di ruangan komen di Instagramnya, ramai yang menitipkan rasa rindu dan teruja dengan kemunculan istimewanya ini yang disifatkan sesuatu yang telah lama dinantikan oleh para peminatnya.
“Dari dulu sampai sekarang cantik sangat..dah bertudung iras Ziana Zain pun ada.
“Their calmness n aura tu another level… taji masih tak tumpul..please bring back the seniors…
“Meremang bulu roma saya cara cakap tak ubah macam dulu. Susunan ayat sebutir sebutir,” antara komen di instagram.
Buat pengetahuan semua, Zakiah merupakan penyampai Buletin Utama pada tahun 1993 hinggalah tahun 2001.
Selain itu, beliau juga merupakan bekas pengacara rancangan 999, Wanita Hari Ini, Malaysia Hari Ini, Majalah 3 & Bincang Petang di saluran TV3.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Tahun Alami KEMURUNGAN Sampai Rasa Nak Mati, Wanita Ini Akhirnya Mampu TERSENYUM & Kongsi Cara Rawatannya
Tidak dinafikan gaya hidup masa ini yang semakin mengejar kemajuan menyebabkan kita sentiasa berada dalam keadaan ‘stress’. Masalah ini bukan sahaja disebabkan urusan kerja di pejabat, tetapi juga perihal anak-anak dan suami. Malah beban kewangan atau alami masalah kesesakan jalan juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami ‘stress’ hingga mengakibat depresi atau kemurungan. Perkongsian wanita ini yang pernah berdepan masalah ini tetapi sempat pulih sebelum keadaan menjadi semakin teruk. Bukan setahun dua tetapi bertahun-tahun Nazia Suhaimi berdepan masalah ini dan akhirnya berjaya melawan masalah kemurungan ini.
Sebelum itu dia mengalami tanda-tanda seperti ini
Beberapa tahun saya hidup menahan emosi yang bercelaru, tak boleh tidur malam, bila tidur mimpi menakutkan. Takut nak tidur. Bila tertidur, mimpi tadi sambung semula!
Bila waktu siang, tak cukup rehat. Dengar anak menangis, menjerit, melalak, melolong. Rasa nak tampar-tampar je si anak. Bingit! Kalau kurang sabar, sikit lagi nak dera si anak!
Bila turun lif, rasa macam akan mati terhempas.
Bila bawa kereta, rasa macam bila-bila masa akan mati kemalangan.
Bila bawa anak ke kedai, bila-bila masa rasa anak akan diculik.
Bila dah mula fikir macam-macam, dada berdenyut kencang, nafas berombak, dahi berpeluh dingin, tangan menggeletar.
Keadaan ini menyebabkan dia rasa lebih tertekan dan ada rasa seperti mahu mati.
Ya Allah apa dah jadi dengan aku ni.
Tak tahan. Badan penat tapi nak rehat pun tak boleh.
Sampai satu tahap rasa nak berhentikan semuanya tapi macam mana nak berhenti?
Dah ambil wuduk, dah solat, dah doa, dah minta ampun suami, dah maafkan semua orang.
Sudahlah rasa diri tak guna, tak dihargai, takut. Sekarang rasa risau melampau mula makan diri.
Aku nak mati! Aku cuma nak stop! Tak tahan! Jerit hati.
Tapi tak boleh mati, Allah tak terima orang mati bunuh diri.
Dalam menghadapi situasi ini dia masih mengingati Allah.
Saya doa banyak-banyak, Ya Allah tunjukkan aku jalan apa yang paling baik buat akhiratku.
Saya berkahwin dengan jodoh yang sangat baik. Pada awalnya suami saya pun pening dengan “mental” saya tapi beliau sangat sangat sangat sabar.
Sebelum itu selama 7 tahun menahan rasa dan hinggalah satu pagi dia perlu bangkit melawan segala-galanya.
Sepanjang rasa sengsara, 7 tahun lamanya. Satu pagi saya bangun, saya nekad untuk sihat. Saya sangat penat dengan diri sendiri. Penat rasa nak mati. Penat rasa beban. Penat rasa “mental”.
Dan saya bangun dan fight semua ketakutan. Saya terima kegagalan saya. Saya terima kelemahan saya.
Dan saya belajar untuk bersyukur.
Hasilnya dia merasakan dirinya adalah wanita yang paling bahagia sekali. Dia kini boleh tersenyum dan bercakap secara terbuka mengenai masalah mental yang dihadapi
Orang tanya saya macam mana nak sihat? Pecahkan tembok ketakutan, kegagalan, rasa malu, rasa rendah diri. Sabar. Satu-satu tembok akan pecah dan kita akan berani keluar dari “gua” kita.
Hari ini saya mampu bercakap secara terbuka tentang sakit mental yang saya alami.
Hari ini saya mampu tersenyum dengan ikhlas tanpa perlu dipaksa.
Hari ini saya bangga menjadi seorang surirumah dan ibu kepada anak-anak saya.
Hari ini saya mampu terima kegagalan saya dan saya akan kembali sambung belajar.
Hari ini saya ada matlamat hidup setiap hari. Kenapa saya mesti hidup pada hari ini.
Hari ini, sama ada keadaan baik atau buruk. Saya tetap hargai apa yang terjadi.
Hari ini saya belajar untuk bersyukur bagi setiap detik.
Macam mana pula dengan hari anda?
Permulaan cerita bagaimana dia kemudiannya mendapatkan rawatan mental
Saya bergegas ke klinik kesihatan berdekatan. Bila masuk bilik jumpa doktor. Doktor tanya ya awak sakit apa? Masa tu saya dah tak ambil pusing seorang lagi doktor dan pesakitnya.
“Saya rasa nak mati”
Pada masa ini saya cerita semua yang saya alami. Doktor lebih banyak diam sambil-sambil menaip di komputer.
Tak lama kemudian, keluar salinan surat untuk dirujuk ke hospital.
Saya kemudian ke hospital. Serah surat bahagian psikiatri. Tak lama kemudian doktor pakar panggil masuk.
Awak seorang? Ya pada masa ini suami saya ada komitmen kerja. Saya bawa anak-anak. Doktor tanya kenapa dan saya ulang cerita macam di klinik tadi tapi kali ini air mata saya menitik lebat.
Tak ada malu lagi. Saya mahu sihat.
Doktor dengar dengan baik apa yang saya katakan. Sangat melegakan bila doktor kata “ini adalah satu penyakit dan bukan salah awak”
Sepatutnya saya perlu ditahan wad, disebabkan anak kedua saya masih menyusu badan jadi doktor nasihatkan saya berehat dirumah saja.
Saya diberi ubat yang agak kuat buat 2 minggu pertama. Lebih banyak tidur. Kerja rumah semua ke laut. Mujur suami saya balik tengah hari belikan makanan.
2 minggu kemudian saya kembali berjumpa doktor. Kali ini rasa nak mati, risau sudah mula berkurang sedikit.
Sebulan kemudian, rasa nak mati itu sudah tiada. Risau, down masih ada tapi tidak seteruk bulan-bulan sebelumnya.
Kemudian jarak appoiment bersama pakar berkurang dari 3 bulan dan sekarang 5 bulan untuk temujanji seterusnya.
Ianya tidaklah teruk sangat seperti yang digambarkan oleh stigma masyarakat yang kononnya bila jumpa pakar sakit jiwa, kita ini GILA. Bahkan sewaktu saya menunggu giliran untuk berjumpa doktor, ada juga pesakit lain yang berpakaian kemas siap bertie lagi.
Untuk mula dapatkan rawatan, anda sendiri perlu BERANI untuk berterus-terang dengan doktor.
Sebelum ini, memang saya sudah dapatkan rawatan tapi KESILAPAN saya, saya berhenti makan ubat dan jumpa doktor SERTA-MERTA kerana pada masa itu saya rasa saya macam orang GILA.
Kesannya, bila default (berhenti dapatkan rawatan) kesan sakit akan jadi lebih teruk dan untuk sembuh, perlu ambil ubat untuk masa yang lebih panjang.
Saya sendiri dijelaskan oleh doktor, untuk turunkan dos ubat bagi rawatan saya, mungkin mengambil masa lebih kurang 2 tahun.
Pengambilan ubat memang akan ada kesan pada hati, pada masa yang sama doktor nasihatkan saya untuk jaga pemakanan dan bersenam
Turut berkongsi tip bagaimana dia akhirnya sembuh
1. Saya amalkan istighfar sepanjang masa. Kebergantungan pada Allah kena kuat.
2. Saya cuba aroma terapi dengan Young Living essential oil (EO). Ada masa, walaupun sudah makan ubat tapi saya masih sukar untuk tidur. Jadi saya calitkan saja sedikit EO di bantal.
3. Saya mula kurangkan makan benda yang manis, fast food, cikedis dll
4. Petang-petang riadah dengan anak-anak (lebih kurang bersenam)
5. Mula wujudkan hobi sebagai terapi (sebelum ni hobi pun tak ada sebab terlalu sibuk risau macam-macam)
6. Bergaul dengan orang. Satu tahap saya pernah rasa terlalu takut nak berjumpa dengan orang. Jiran datang ketuk pintu, saya lari masuk bilik. Pada awal pengalaman ambil job wedding photography, saya kena panic attack sebab macam terkejut ramai sangat orang, muzik kuat. Rasa nak pitam, nak muntah, mata pun dah naik juling, semua ada.
Job-job seterusnya pun saya masih kena panic attack tapi jangan risau, ianya akan berkurang.
7. Akhir sekali, paling penting, UNFOLLOW semua yang bawa perkara negatif. Kita nak positif kena buang semua perkara yang tak baik. Kalau perlu unfriend, left group, delete account, buat saja. Bukan nak putus silaturahim pun. Jangan sampai dekat luar pun tak tegur.
8. Muka mesti mau senyum.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mufti Kecewa, Golongan Muda Islam Kian Rosak! Selamba Ikut Perarakan Thaipusam Sambil Laung ‘Vel-Vel’
Umum sedia maklum bahawa rakyat di Malaysia terdiri dari berbilang bangsa, sehubungan itu negara kita mempunyai pelbagai jenis budaya dan perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum.
Baru-baru ini, kaum India baru sahaja usai menyambut perayaan Thaipusam yang disambut oleh panganut agama hindu yang bertujuan menunaikan nazar, menebus dosa atau memohon ampun terhadap dosa silam.
Rakaman Video Anak Muda Islam Di Pulau Pinang Selamba Ikut Perarakan Thaipusam Tular!
@malaysiagazette “Ramai orang Islam dilihat tidak lagi memelihara batas-batas hukum agama, jadi pihak berkuasa agama negeri-negeri hendaklah menjelaskan hukum ini kepada umat Islam dengan kerjasama seperti jawatankuasa qaryah, pegawai masjid, guru takmir dan sebagainya.” – Mufti Pulau Pinang #malaysiagazette #mgnews #perarakankuil #muftipulaupinang #penang #umatislam ♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo
Bagaimanapun, satu video yang tular di laman sosial baru-baru ini telah meraih perhatian Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor yang kecewa terhadap tindakan golongan ini yang kurang sensitif melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kerosakkan kepada akidah dan iman.
Menerusi hantaran video berdurasi pendek yang tular di laman Tik Tok Malaysia gazzette itu, dapat dilihat ramai anak muda Islam samada lelaki mahupun perempuan yang berhijab, serta kanak-kanak dengan selamba mengikuti perarakan Thaipusam, sambil melaungkan perkataan ‘vel-vel’.
Sehubungan itu, tindakan ini telah mencetuskan rasa kesal dan kecewa kerana perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku dikalangan umat Islam.
“Umat Islam dilarang (haram) untuk menyertai mana-mana aktiviti yang berkaitan dengan upacara keagamaan orang bukan Islam.
“Pihak berkuasa agama negeri-negeri hendaklah menjelaskan hukum ini kepada umat Islam dengan kerjasama seperti jawatankuasa qaryah, pegawai masjid, guru takmir dan sebagainya,” katanya lapor media tempatan.
Artikel berkaitan: Bolehkah Umat Islam Sertai Sambutan Tahun Baru Cina? Mufti Menjelaskan…
Selain itu, tegas mufti lagi, golongan ibu bapa perlulah memainkan peranan masing-masing untuk membimbing anak-anak mereka, khususnya generasi muda dengan memberikan ilmu dan penjelasan yang jelas tentang hukum menyertai ritual agama lain.
Malah, kesalafahaman terhadap konsep toleransi beragama juga perlu ditekankan semula agar generasi muda Islam lebih cakna sebelum melakukan perkara-perkara tidak diingini seperti ini.
“Toleransi bermaksud, rakyat Malaysia perlu saling hormat menghormati kepada semua agama yang dianut oleh kaum-kaum di negara ini.
“Dari perspektif Islam pula, toleransi beragama digalakkan tetapi penyertaan umat Islam dalam upacara keagamaan bukan Islam adalah haram, bahkan dibimbangi boleh merosakkan akidah seorsng Muslim,” tegasnya.
Sekadar info, pada 5 Februari lalu (Ahad) kaum India dan penganut agama Hindu di Malaysia telah menyambut perayaan Thaipusam dan seperti biasa kuil Batu Caves dipenuhi dengan kehadiran ramai orang bagi memeriahkan hari tersebut.
Sumber: Tik Tok Malaysia Gazette
Artikel berkaitan: Acah ‘Mat Salleh’, Che Ta Sedih Lihat Umat Islam Main Dengan Anjing Di Hari Krismas!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI