Kebelakangan ini, banyak kita lihat iklan-iklan kecantikan yang menawarkan rawatan kecantikan sehingga mengubah ciptaan asal dari Allah SWT, malah perkara ini seakan trend yang semakin diterima oleh masyarakat termasuk di kalangan wanita Islam.
Malah, trend rawatan kecantikan seperti Filler bibir dan hidung, rawatan peruncingan bentuk dagu V (V shape treatment) serta rawatan pemutihan kulit secara suntikan ini kian rancak dan sering dikongsikan di laman sosial.
Tapi tahukah hijabi, apakah hukum sebenar jika kita terlalu taksub atau obses untuk cantik sehingga mengambil rawatan yang boleh mengubah ciptaan yang maha esa.
Ubah Bentuk Wajah Melalui Kaedah Moden? Ini Hukumnya!
Tak sanggup berdiam diri melihat kebatilan dan kemungkaran yang terus menerus membelenggu masyarakat khususnya umat Islam. Penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil memberi teguran dan peringatan menerusi satu hantaran di laman Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.
View this post on Instagram
“Semakin ramai wanita Islam mengubah bentuk wajah, melalui pembedahan atau kaedah moden.
“Seperti suntikan ‘filler’ (pengisi), botox, sama ada untuk runcing dagu, ‘V shape’, tinggikan hidung dan lain-lain tanpa mengambil peduli tentang hukum yang digariskan oleh agama.
“Mengubah bentuk wajah, melalui pembedahan atau kaedah moden adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Hukumnya adalah haram,” tegas Asma’.
Artikel berkaitan: Ustazah Asma Harun Juga Pergi Facial, Sudah Dididik Dari Zaman Remaja. Bukan Membazir!
Mengulas isu sama, Asma’ turut memohon orang ramau agar berhenti bersubahat dengan menyebarkan tentang perkara tersebut, sehingga menarik minat mahupun memberi pengaruh buruk kepada masyarakat khususnya mereka yang beragama Islam.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata pengikut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih apabila akhirnya ada golongan agamawan yang bersuara dan menjelaskan kekeliruan berhubung perkara ini.
Malah, perkongsian ustazah mengenai isu ini dilihat sangat berguna dan rata-ratanya berharap dapat perkongsian ini memberi manfaat dan menyedarkan umat Islam agar lebih cakna dan tidak keterlaluan dalam mengejar kecantikan hingga ada yang tergamak menggunakan alasan untuk suami sebagai ‘tiket’ untuk mengubah paras rupa.
Sumber: Instagram Ustazah Asma Harun
Artikel berkaitan: Pamer Adegan ‘Panas’ Dalam Video Promosi, Ustazah Asma’ Harun Nasihat Penggiat Seni Tempatan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI