Malaysia dilabelkan sebagai sebuah negara yang memiliki populasi obesiti yang meningkat saban tahun. Obesiti merupakan punca kepada penyakit serangan jantung dan kencing manis. sikap dan kepelbagaian makanan di Malaysia menjadi faktor utama yang menyumbang kepada kerumitan ini.
Situasi ini wajar dibendung dan dikawal pada usia yang muda. bak kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pendidikan awal kanak-kanak haruslah menekankan aspek pemakanan yang sihat dan seimbang seperti negara-negara maju, mereka mewajibkan pengajaran dan pembelajaran tentang pemakanan seawal sekolah rendah lagi.
Berdasarkan penemuan baharu, meminum air yang banyak boleh mempercepatkan proses pembakaran lemak. Malah, melaluinya juga anda boleh mengenal pasti sama ada pengambilan harian mencukupi atau tidak. Manakala, satu lagi kajian dari negara barat membuktikan bahawa dengan melakukan senaman kekuatan, otot-otot akan menjadi aktif seterusnya meningkatkan kadar pembakaran lemak.
Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai peratusan otot yang tinggi, maka membakar lemak akan menjadi lebih banyak. Justeru, lakukan senaman otot lebih kerap dan fokus kepada otot-otot yang besar seperti di kaki.
APA PERLU DIBUAT?
Sebelum memulakan senaman, lakukan persediaan fizikal, mental dan mengambil makanan secukupnya. Pakai pakaian yang lebih cerah, fleksibel dan ringan agar tidak mengganggu pergerakan. Ambil makanan yang mudah dihadam, berkualiti dan mempunyai zat kerana anda memerlukan tenaga untuk melakukan latihan bebanan.
Gabungan senaman kardio dengan latihan otot akan menghasilkan kadar pembakaran lemak yang lebih tinggi berbanding mereka yang melakukan senaman kardio sahaja atau senaman otot sahaja. Kajian mendapati latihan senaman seperti circuit training dan crossfit adalah cara terbaik membakar lemak dan menghasilkan bentuk badan yang mantap.
Ambil makanan yang lebih protein dan mineral selepas aktiviti senaman kerana badan kita memerlukannya untuk proses baik pulih yang cepat dan lebih berkesan. Kajian juga mendapati mereka yang mengambil protein yang cukup akan dapat melakukan aktiviti seterusnya dengan lebih cergas berbanding mereka yang tidak mengambil protein yang cukup.
Aktifkan diri anda dengan melakukan lebih banyak aktiviti fizikal. Lakukan sendiri segala aktiviti di rumah seperti membasuh, mencuci, berjalan dan sebagainya.
Kajian dari universiti Missouri mengatakan tubuh badan kita akan melemahkan enzim pembakaran lemak selepas 4 jam tubuh badan dalam keadaan pasif. Oleh itu, kekalkan tubuh badan dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI