Kini kita dapat melihat ramai golongan selebriti khususnya yang berhijab bergelar usahawan. Malah, mereka ini berjaya mengorak langkah dalam bidang perniagaan.
Nycta Gina antara salah seorang usahawan selebriti Indonesia yang berjaya mengusahakan perniagaan tudung dan busana Muslimah yang stylish serta berkualiti.
Wanita berstatus isteri dan ibu ini menunjukkan keberanian dan kreativitinya dalam menerokai dunia perniagaan fesyen tudung.
Selain bergelar selebriti dan pengacara, Nycta Gina yang lebih dikenali sebagai Jeng Kelin ini melancarkan jenama tudung peribadinya, Trinycta pada 2018.
Trinycta menawarkan pelbagai model tudung seperti pashmina dan tudung empat segi. Selain tudung terdapat juga khimar, dress dan blouse yang dijual.
Dengan variasi warna yang menarik di samping pelbagai model dan motif, koleksi tudungnya sangat sesuai digunakan untuk aktiviti harian.
Diperbuat daripada material voal dan tyrex, Trinycta menawarkan harga mampu milik.
Dengan pelbagai pilihan dan rekaan yang menarik, Trinycta sering menjadi pilihan bagi pencinta fesyen Muslimah.
BACA JUGA: YULIA ASTUTI Pelopor Salun Muslimah Di Indonesia, Miliki Dua Anak Berkeperluan Khas
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dambakan Percutian Yang Selesa? Hijabi ‘Wajib’ Lakukan Satu Perkara Ni Je!
Isi Kandungan
ToggleBila kita bercuti, merehatkan minda dan meluangkan masa bersama insan tersayang, hanya ada satu aspek yang sentiasa menjadi keutamaan dan perlu diambil perhatian, iaitu keselesaan sewaktu bercuti.
Perkara yang perlu dititikberatkan ketika melancong adalah kasut. Kerana ia merupakan antara item penting agar kita dapat menikmati percutian dengan selesa terutamanya sewaktu menempuh perjalanan jauh.
Pilih Kasut Yang Selesa, Tak Syok Bercuti Kalau Kaki Melecet!
Mesti ada diantara anda yang sering mengalami kaki melecet atau tapak kasut tercabut ketika bercuti kan? Bila jadi situasi tak seronok macam tu mesti mood holiday tu pun kelaut dan rasa turn off untuk berjalan kemana-mana.
Justeru, adalah penting untuk kita buat sedikit persiapan bagaimana nak pilih kasut yang betul agar dapat menikmati percutian yang selesa dan menyeronokkan pada hujung tahun 2022 ini!
Artikel berkaitan: Gaya Kasut Flat Yang Tidak Pernah-Membosankan Cuma Perlu Tahu Padanan Yang Betul
Bagi mengurangkan bebanan ketika melancong atau bercuti, sis tidak perlu membawa kasut yang banyak, cukup dengan bawa satu kasut yang paling selesa dan sesuai untuk pelbagai aktiviti yang telah direncanakan.
Sehubungan itu, Hijabista mencadangkan agar sis amalkan beberapa tip pemilihan kasut yang betul ketika pergi bercuti atau melancong!
1. Spend Sedikit Wang Beli Kasut Yang Tahan Lasak
Oleh itu, jangan lah kedekut sisi untuk membeli kasut yang selesa dengan harga yang mahal, kerana kasut seperti ini selalunya tahan lasak dan sesuai untuk kegunaan sepanjang percutian tau! Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai.
2. Pilih Kasut Mempunyai Material ringan
Kasut yang mempunyai material ringan amat selesa sewaktu dipakai, malah ia dapat mengelakkan kaki dari kepenatan ketika berjalan, selain itu kaki juga bebas sakit atau lenguh akibat terpaksa menampung beban yang berat.
Ini demikian kerana, ketika kita berjalan kaki memerlukan tenaga yang banyak untuk menampung berat badan. Maka, pilihlah kasut ringan dan elakkan pemakaian kasut yang terlalu berat serta padat yang boleh menimbulkan ketidakselesaan pada kaki.
3. Kasut Yang Didatangkan Dengan Kusyen
Teknologi penghasilan kasut sudah berkembang seiring peredaran zaman.
Terdapat pelbagai pilihan kasut dengan rekaan kusyen dalamnya lebih lembut yang membuatkan anda seolah-olah berjalan di atas permukaan air.
Jangan ambil mudah mengenai kusyen dalam yang lembut kerana ia berfungsi untuk melindungi kaki daripada mudah lenguh, sakit serta melecet.
Kasut ‘FitFlop’ Ada Semua Ciri Diatas!
Kepada anda yang masih tercari-cari kasut dari jenama mana yang mempunyai kesemua ciri yang Hijabista senaraikan di atas, FitFlop adalah jawapan kepada persoalan anda sis!
Kasut dibawah jenama Fitflop memang terjamin kualiti dan keselesaanya! Pastu sis tak mahukan jenama lain setelah merasai keselesaan memakai kasut jenama Fitflop ni!
Malah, terdapat pelbagai variasi kasut yang boleh sis pilih untuk pelbagai kegunaan seperti pergi ke pejabat, ke majlis-majlis keramaian dan termasuklah ketika melancong. Kasut dibawah jenama Fitflop ini juga sesuai digayakan oleh kaum lelaki dan perempuan kerana ianya unisex.
Lebih menarik lagi, jenama ini baru sahaja melancarkan semula pembukaan secara besar-besaran ‘concept store’ mereka di Midvalley Megamall semalam!
Jadi tunggu apa lagi sis? Nak melancong dengan selesa, jom serbu concept store Fitflop dengan segera! Atau sis boleh membeli kasut Fitflop secara atas talian di laman sesawang rasmi Fitflop Malaysia
Sumber Gambar: Instagram FitFlop Malaysia
Artikel berkaitan: Gaya Kasut Flat Yang Tidak Pernah Membosankan, Cuma Perlu Tahu Padanan Yang Betul
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas 4 BULAN Kena KUARANTIN, Siti Kini BEBAS Muncul Di Khalayak. Terserlah SERI Gaya Ibu Mengandung Ini
Nampaknya Dato’ Sri Siti Nurhaliza kini sudah boleh ‘bebas’ untuk muncul di khalayak ramai setelah hampir beberapa bulan kelibatnya jarang terpampang di media. Namun setelah pengumuman yang Siti kini hamil 4 bulan (dua minggu lalu), beliau nampaknya sudah bebas dari ‘persembunyiannya’. Sebaik lepas dari KUARANTIN ini, Siti nampaknya kembali menjalankan tugas sebagai anak seni. Sebelum ini, Siti dilihat menjayakan rakaman lagu kanak-kanak Didi And Friends . Kemudian beliau dan suami Datuk Khalid Mohd Jiwa pula hadir di majlis SME & Entrepreneurship Business Award yang menghimpunkan usahawan muda di sebuah hotel di ibu kota.
Dan semalam juga menyaksikan Siti dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri. Beliau antara empat selebriti yang menerima darjah kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan. Sepanjang majlis itu jelas terbayang seri wajah ibu mengandung ini yang cukup terserlah pesona dirinya. Inilah dinamakan tuah ibu HAMIL.
A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on
Siti kelihatan cukup aktif walaupun kini berada dalam trimester kedua kehamilannya. Ternyata masih ramai lagi netizen yang mengucapkan tahniah pada Siti atas berita kehamilannya itu. Semoga segala urusan dipermudahkan Siti sekeluarga dan tidak sabar menanti detik kelahiran Siti Jr awal tahun depan.
@julianahatta Seri ibu mengandung@ctdk..
@sambal_bladezr Rezeki anak dpt dato seri lg… Alhamdulillah
@lilyhazali Alhamdullillah..tahniah..berserinye..sayang dato ct?..jaga diri baik2 mkn yg sedap & brkhasiat..senyum sllu & fikir positive…sy happy sgt2 tngk fasa kehidupan yg baru dato ct..love u alway
Dalam satu posting juga Siti turut meluahkan pengalaman mengandung sesuatu yang indah dan mencabar bagi Siti. Beliau turut mengalami alahan kulit, heartburn, tidak selera makan, sakit pinggang, penat sepanjang 5 bulan kehamilannya kini.
Walaupun sedang hamil, Siti nampaknya tetap menjaga penampilan diri dengan menggayakan busana yang sesuai dengan usia kandungannya. Pakaian longgar seperti dress labuh menjadi pilihan Siti untuk membolehkannya senang bergerak tanpa gangguan. Hijab yang disarung juga dililit sempurna dengan pakej solekan menyerlahkan lagi wajah jelita penyanyi kesayangan ramai ini.
Rombongan ke Pekan yang menemani @rozisangdewi @cteafairuz @aiman_kesah @vivomalaysia #vivov7plus
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Jom lihat gaya ibu HAMIL ini yang memang terserlah ‘BABY BUMP’ Siti. Tak sabar nak lihat perut Siti membesar dan makin membesar.
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
Sebelum acara bermula, sempat bergambar dengan ayahnda Dato Sri Di Raja YAB Menteri Besar Pahang..
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SITI NURHALIZA & ROZI SANG DEWI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tanpa Rasa Paranoid! Kempen Kid’s Safe Travel, Galak Ibu Bapa Bawa Anak-anak Bercuti Dengan Selamat
Isi Kandungan
TogglePandemik COVID-19 yang melanda negara dua tahun lalu memberi kesan kepada kemasukkan jumlah pelancong ke negara ini. Pada tahun 2019, jumlah kemasukkan pelancong ke negara ini mencatat sebanyak 26 juta. Bagaimanapun hanya sejumlah 4.3 juta dicatatkan sejak 2020.
Jumlah berkenaan berjaya dikumpul hasil pelancongan dalam negeri bermula dengan ‘travel bubble di Pulau Langkawi’ disebabkan penutupan pintu sempadan. Tidak hanya sektor pelancongan yang terjejas, tumbesar anak-anak turut mengalami gangguan akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) kerana terpaksa berkurung terlalu lama disebabkan larangan melakukan aktiviti di luar.
Pencegahan terbaik anak-anak terkawal
Bercuti tanpa rasa paranoid, kempen Kid’s Safe Travel yang bertujuan untuk memupuk budaya pencegahan agar pergerakkan kita lebih selamat dan terkawal. Sempena dengan pembukaan sempadan negara dan pengumuman fasa endemik oleh kerajaan bermula 1 April yang lalu, Pengasas Ola & Oli Sdn Bhd dan Jom Kembara Utan, Dr Nur Shasa Ain Tan Sri Abdul Aziz, 38, memperkenalkan ini yang bertujuan untuk memupuk budaya pencegahan agar pergerakkan kita lebih selamat dan terkawal.
Majlis disempurnakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Yang Berhormat Datuk Seri Hajah Nancy Shukri yang berlangsung di Banquet Hall Kelab Golf Contry Club (KLGCC) pada Ahad. Menurut Nancy, beliau gembira melihat anak Malaysia terutama sekali golongan muda menunjukkan kesungguhan dan inisiatif sendiri untuk memulihkan sektor pelancongan dan kebudayaan negara.
Inisiatif pulihkan industri pelancongan
Inisiatif kerajaan di bawah agenda Keluarga Malaysia kini berjaya menarik perhatian usahawan seperti Dr Shasa dan pasukannya di dalam membantu ekonomi negara pulih secara holistik.
“Saya percaya kesungguhan itu adalah atas dasar cintakan negara dan minat yang mendalam dalam mempromosikan keindahan negara yang mewah dengan pelbagai adat dan budaya.
“Apabila menyentuh mengenai topik kesihatan pula, selalunya kita kaitkan dengan perubatan. Seperti yang dinyatakan Dr Shasa, Kempen “Kids’ Safe Travel” adalah kempen yang lebih kepada memupuk budaya pencegahan agar pergerakan kita lebih selamat dan terkawal.
“Melalui kempen itu juga kita mengharapkan agar dapat menguatkan institusi kekeluargaan melalui pelancongan di dalam negeri bersama anak-anak dengan berobjektifkan melancong sambil mempelajari budaya, sains, seni dan alam semula jadi yang sangat istimewa di negara kita di atas platform menarik melalui animasi dan aplikasi Jom Kembara Utan,” ujar Nancy.
Makanan tambahan melindungi anak ketika melancong
Dr Shasa yang juga bergelar seorang pakar Audiology pula berkata, objektif penganjuran Kempen Kids’ Safe Travel adalah bagi menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar dan mengelakkan daripada terus berkurung di rumah.
Menurut Dr Shasa sebagai seorang yang turut bergelar ibu, dia memahami perasaan sesetengah ibu bapa yang masih lagi paranoid untuk membawa anak mereka keluar kerana bimbang dijangkiti wabak COVID-19 apabila bergaul dengan orang ramai. Justeru, bagi memastikan ibu bapa dapat membawa anak mereka keluar dengan selamat beliau memperkenalkan makanan tambahan yang diperbuat daripada malt coklat keluaran syarikatnya Ola & Oli.
Dr Shasa juga berkata, formulasi produk SupeOla Immu B+ itu dibuat bersesuaian dengan selera kanak-kanak yang tidak menggemari produk makananan yang berperisa buah-buahan.
“Objektif kami memperkenalkan Kids’ Safe Travel adalah untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar rumah serta menjalani kehidupan normal seperti sebelum zaman pandemik bagi menguatkan lagi institusi Keluarga Malaysia dan kembali memeriahkan sektor pelancongan negara.
“Bukan untuk mengembara semata-mata, makanan tambahan itu juga sesuai untuk diambil ketika keluar bersiar-siar dihujung minggu, atau pulang ke kampung untuk berhari raya dan ianya juga boleh diambil bagi kanak-kanak yang sudah pun ke sekolah,” katanya.
Menurut Dr Shasa lagi, mereka mensasarkan golongan kanak-kanak kerana golongan itu adalah pelapis masa depan negara. Justeru perhatian yang lebih harus diberikan kepada golongan itu kerana mereka bakal bergelar pemimipin satu hari nanti.
Galak makan makanan seimbang
Berkenaan pemilihan produk makanan tambahan, Dr Shasa berkata, walaupun mempunyai banyak pilihan makanan yang seimbang, namun bukanlah mudah untuk memaksa golongan kanak-kanak memakan makanan yang seimbang. Lebih-lebih lagi ketika melancong dan mengembara. Bagi memudahkan ibu bapa untuk memastikan anak-anak kekal sihat katanya, menyebabkan dia memperkenalkan SupeOla Immu B+ yang dapat membantu menggalakkan peningkatan sistem imun badan.
“Kita adalah apa yang kita makan, akses anak-anak terhadap makanan memang banyak tetapi bukan senang untuk menggalakkan mereka untuk makan makanan yang seimbang terutama sekali ketika melancong.
“Idea untuk menghasilkan produk makanan tambahan ini tercetus ketika PKP di atas hasil kajian saya terhadap COVID-19 dan masalah pendengaran. Jadi salah satu cara untuk mencegah COVID-19 menjadi lebih teruk adalah meningkatkan sistem imunisasi anak melalui makanan tambahan.
“Selain daripada memperkenalkan produk kami, kempen ini juga bertujuan untuk mempromosikan melancong dan mengembara dengan selamat melalui kempen Kids’ Safe Travel. Di mana, kita masih boleh membawa anak-anak keluar tetapi haruslah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan dalam masa yang sama dapat menguatkan lagi sistem imunisasi mereka dengan makanan tambahan,” katanya.
Melancong adalah salah satu aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan keluarga. Kenapa perlu ada rasa paranoid untuk keluar, jika ada kawalan pencegahan. Mungkin ini pilihan terbaik untuk anda dan keluarga untuk menikmati suasana luar selepas pendemik.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI