‘Nyahkan’ Masalah Kulit! Kembalikan Seri Wajah Dengan Pakar Serum

Share

Kulit wajah yang kusam akan membuatkan penampilan wajah kelihatan lesu dan tidak bermaya. Wajah akan kelihatan tidak berseri walaupun mampu ‘disorok’ dengan solekan yang tebal.

Persoalanya, sampai bila nak bergantung kepada solekan semata? Justeru, penting untuk anda merawat dan menjaga kesihatan kulit wajah, barulah apabila disolek, seri wajah terserlah.

Di sini Hijabista kongsikan satu cara, khusus untuk mereka yang mahu merawat dan mengatasi pelbagai masalah kulit yang dihadapi wanita khususnya Hijabi!

Ambil Tahu Masalah Kulit Dan Cara Merawatnya!

Kebanyakkan produk kulit, boleh didapati di drugstore. Tetapi untuk memilih produk asas perawatan kulit wajah, pertama anda perlu tahu jenis dan masalah kulit yang dihadapi. Kemudian, barulah boleh memilih produk yang bersesuaian.

Tapi dengan adanya rangkaian Dermistry+ Concentrate Booster Serum hijabi tidak perlu gusar lagi! Ini kerana, Dermistry+

adalah pakar dalam pembuatan serum yang membantu menyelesaikan pelbagai jenis masalah kulit.

Artikel berkaitan: Mata Kering ‘Musuh’ Utama Wanita! Jangan Abaikan, Ketahui Cara Hindarinya

Lebih menarik lagi, Dermistry+ juga digelar sebagai ‘pakar serum’, telah mencipta rangkaian serum untuk membantu anda mengatasi pelbagai masalah kulit seperti kulit berminyak, kulit kering, kulit kusam, tona kulit tidak sekata, bintik-bintik hitam dan parut jerawat! Nama ‘Dermistry’ berasal daripada “Dermatologi dan Chemistry”, mencerminkan tumpuan jenama pada sains kulit dan gabungan ramuan yang mujarab, manakala moto ‘Pakar Serum’ menggambarkan formulasi langsung dan tepat jenama itu.

Paling bagus sekali apabila Dermistry+ disokong oleh piawaian farmaseutikal seratus tahun Rohto, memastikan penggunaan kepekatan tinggi bahan selamat dalam kadar optimum. Komitmen jenama kepada pendekatan penjagaan kulit yang bersih dan minimalis menawarkan dos yang tepat, menggunakan komposisi berbeza untuk mencapai hasil yang berkesan.

Mesti hijabi tertanya-tanya apa yang membezakan rangkaian Dermistry+ Concentrate Booster Serum dengan serum lain di pasaran? Banyak sangat bezanya sis! Bak kata pepatah ibarat langit dengan bumi.

Menariknya, Dermistry+ Concentrate Booster Serum direka khas untuk menembus jauh ke dalam lapisan kulit, sekaligus memberikan anda hasil klinikal jauh lebih berkesan dalam merawat masalah kulit yang dihadapi.

Dermistry+ Concentrate Booster Serum

bebas pewangi, alkohol, pewarna, minyak mineral, silikon dan paraben. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Justeru, dengan menggunakan Demistry+ kulit sis akan sentiasa dilindungi!

Dermistry+ Ultra illuminating Concentrate Brightening Booster Serum Diuji Secara Klinikal, Dijamin Selamat Dan Berkesan!

Terdapat lima varian untuk dipilih daripada Dermistry+. tetapi produk utama ialah Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum.

Jika anda mempunyai tona kulit yang kusam dan tidak sekata, bintik-bintik gelap dan tanda jerawat. Produk ini mengandungi bahan aktif dos yang tepat yang boleh menyasarkan dan menyelesaikan masalah kulit anda dengan berkesan.

Dalam sebotol Dermistry+ Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum mengandungi bahan aktif seperti:

0.1% Retinol – Memperbaiki kulit kusam dan kasar, meremajakan kulit agar kulit satu tona lebih cerah berseri

5% Niacinamide – Mengandungi bahan-bahan pencerah yang berkesan untuk memudarkan parut jerawat serta bintik hitam.

5% Vitamin C – Anti-oksidan yang tinggi mampu menembusi lapisan kulit dengan segera, mencerahkan dan meningkatkan keserian kulit secara semulajadi.

Keputusan Ujian Klinikal:

  • 87% Mencerahkan tona kulit
  • 87% Mengurangkan Garis Halus & Kedutan
  • Selepas 14 hari, berkesan mengurangkan panjang kaki gagak sehingga 7.76%

Senang cerita, dalam sebotol serum keluaran Dermistry+

ni bukan sahaja merawat masalah kulit, tapi mengandungi pelbagai manfaat untuk melindungi kulit. Reka bentuk pembungkusan Dermistry+ juga amat estetik, saintifik dan bersih.

Fuhhh! Memang rugi betul kalau Hijabi tak dapatkan Dermistry+ Concentrate Booster Serum ni tau! Dah la banyak manfaat untuk rawat masalah kulit. Harganya pun cukup berbaloi sis!

Rangkaian Dermistry+ Concentrate Booster Serum ini boleh didapati di farmasi Watson atau aplikasi beli belah Lazada dan Shopee pada harga serendah RM 90 sahaja! Untuk maklumat lanjut, sila layari Dermistry

Artikel berkaitan: Awas! Hijabi Yang ‘Workaholic’ Dan Sering Hadap Skrin Terlalu Lama, Jangan Abaikan Simptom ‘Mata Letih’ Jika Tak Nak..

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir