Nur Latifah Cherdiq Hanania, Nama Indah Anak Keenam Johan & Ozlyn Wati

Share

Setelah tiga minggu melahirkan cahaya mata keenam, Ozlyn Wati yang merupakan isteri kepada pelawak terkenal, Johan akhirnya mengumumkan nama anak perempuan mereka itu di laman Instagram.

Memilih nama yang sangat indah iaitu Nur Latifah Cherdiq Hanania, Ozlyn mengatakan bahawa sudah tujuh tahun mereka menyimpan nama itu dan kini akhirnya dapat diberikan kepada si pemiliknya.

Alhamdulillah genap 21 hari, lahirnya Nur Latifah Cherdiq Hanania.. di hari Jumaat yang indah pada 3 sept.. nama yang telah disimpan 7 tahun dahulu.. akhirnya dapat jugak kepada pemilik sebenar..

Syukur kepada Allah kami diberikan peluang merasa nikmat sekali lagi, bermata panda di malam hari🤣.. berebut sape nak bergendong baby.. 3 putera dan 3 puteri.. akhirnya suami kata ok cukup takat ini

🤣😇..

kepada kesayangan kami yang masih belum punya rezeki.. jangan putus asa.. sentiasa bersangka baik pada Allah.. kadang tanpa kita sedar ada nikmat lain yang Allah bagi.. tapi tetap kami mendoakan untuk kalian supaya Allah memberi peluang untuk kalian merasa nikmat hamil, melahirkan dan membesarkan anak sendiri..

semoga ada rezeki kalian.. ketahuilah tiada apa yg senang dalam dunia ini.. membesarkan setiap anak jugak ada ujiannya.. semoga kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat dan ujian Allah.. ujian kami.. kehilangan bonda tercinta..

😢

Di ruangan komen, ramai yang teruja dengan gabungan unik nama yang diberikan. Mereka juga mendoakan agar si comel Cherdiq menjadi cerdik seperti namanya.

 

Published by
QIST