
Setelah tiga minggu melahirkan cahaya mata keenam, Ozlyn Wati yang merupakan isteri kepada pelawak terkenal, Johan akhirnya mengumumkan nama anak perempuan mereka itu di laman Instagram.
Memilih nama yang sangat indah iaitu Nur Latifah Cherdiq Hanania, Ozlyn mengatakan bahawa sudah tujuh tahun mereka menyimpan nama itu dan kini akhirnya dapat diberikan kepada si pemiliknya.

Alhamdulillah genap 21 hari, lahirnya Nur Latifah Cherdiq Hanania.. di hari Jumaat yang indah pada 3 sept.. nama yang telah disimpan 7 tahun dahulu.. akhirnya dapat jugak kepada pemilik sebenar..
Syukur kepada Allah kami diberikan peluang merasa nikmat sekali lagi, bermata panda di malam hari🤣.. berebut sape nak bergendong baby.. 3 putera dan 3 puteri.. akhirnya suami kata ok cukup takat ini🤣😇..
kepada kesayangan kami yang masih belum punya rezeki.. jangan putus asa.. sentiasa bersangka baik pada Allah.. kadang tanpa kita sedar ada nikmat lain yang Allah bagi.. tapi tetap kami mendoakan untuk kalian supaya Allah memberi peluang untuk kalian merasa nikmat hamil, melahirkan dan membesarkan anak sendiri..
semoga ada rezeki kalian.. ketahuilah tiada apa yg senang dalam dunia ini.. membesarkan setiap anak jugak ada ujiannya.. semoga kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat dan ujian Allah.. ujian kami.. kehilangan bonda tercinta.. 😢

Di ruangan komen, ramai yang teruja dengan gabungan unik nama yang diberikan. Mereka juga mendoakan agar si comel Cherdiq menjadi cerdik seperti namanya.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
10 Fakta Menarik Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Maimunah Kesayangan Rakyat Yang Ramai Tak Tahu

Semalam merupakan detik paling bersejarah buat rakyat Malaysia apabila dapat sama-sama menyaksikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam istiadat yang berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu.
Istiadat gilang-gemilang yang mengangkat kedaulatan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Negara itu bermula tepat 10.45 pagi ini sebaik Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat masuk ke Balairung Seri, Istana Negara bagi memulakan istiadat.
Jika selama ini Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah dilihat sangat dekat di hati rakyat. Apatah lagi sikap baginda yang begitu mesra di laman sosial memberitahu segala aktiviti terkini yang dilakukannya.

Namun siapa sebenarnya Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah yang bukan saja cantik, tetapi sangat mesra, peramah, baik, hati, pandai memasak dan sangat mengambil berat perihal rakyat jelata.
Hijabista senaraikan 10 perkara menarik yang ramai tidak tahu mengenai baginda Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
1. Baginda diputerikan pada hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah, di Istana Bukit Stulang, Johor Bharu, Johor. Merupakan Puteri yang ketiga kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor.
2. Berkahwin dengan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah pada Mac 1986. Dikurniakan dengan 4 orang putera dan dua orang puteri.

3. Diuji mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat dan kerap kali keguguran. Namun baginda berusaha menggunakan kaedah In-Vitro dan berjaya hamil. Hal ini memberi inspirasi kepada baginda untuk mengasaskan Yayasan Fertaliti Tunku Azizah (TAFF) dan dibangunkan pada Mac 2005 serta berjaya membantu ramai pasangan mendapat cahaya mata.
4. Tiga perkara menggambarkan keperibadian Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ini adalah cantik, Intelligent da pandai masak. Reaksi spontan Yang di-Pertuan Agong ketika ditanya soalan dalam temubual Editor Eksklusif, Astro Awani, Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro Awani Cynthia Ng.

5. Baginda dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar merupakan adik beradik. Tunku Azizah ada muat turun mengenainya di laman twitter miliknya dengan memperlihatkan foto ketika baginda berdua masih kecil. Sangat comel.

6. Siapa sangka setelah 16 tahun, baginda berdua melalui detik bersejarah apabila ditabal menjadi Raja dan Permaisuri Agong yang seterusnya. Dalam kapsyen di laman twitter baginda, Tunku Azizah menulis ‘semoga diberkati Allah SWT’.

7. Baru menerima cucu ketiga baru-baru ini apabila Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah selamat melahirkan seorang putera. Status ini turut dimuat naik di laman twitter baginda.

8. Giat memperjuangkan Kain Tenun Diraja Pahang dan sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong akan memakainya sebagai persalinan baginda. Istimewanya Kain Tenun ini diilhamkan baginda sendiri dan bertambah unik serta istimewa kerana tenunan khas tersebut adalah hasil kerja tangan membabitkan 73 banduan dari Penjara Penor dan 56 orang dari Penjara Bentong.
9. Baginda juga sangat merendah diri terutama ketika ‘balik kampung’. Ini dapat dilihat dalam aktiviti yang dimuat naik dalam laman twitter milik baginda. Malah kehadiran baginda berdua juga sangat disenangi rakyat.

10. Baginda juga dilihat mempunyai hubungan baik dengan pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim. Malah dilihat baginda turut mencemar duli memasak di kediamannya dengan menyediakan lima jenis hidangan dalam masa satu setengah jam.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ISTANA NEGARA & TWITTER TUNKU AZIZAH
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Manis Bertudung Ketika Berhari Raya Di Kampung, Penampilan DATO’ SRI ROSSA Raih Pujian!

Masha-Allah cantiknya Dato’ Sri Rossa bertudung! Nampak lebih awet muda berbanding usia sebenar. Dato’ Sri Rossa tampil manis bertudung ketika berhari raya bersama keluarga besarnya di kampung baru-baru ini.

Syawal tahun ini, penyanyi terkenal Indonesia Dato’ Sri Rossa memilih untuk pulang ke kampung halamannya di Sumedang, Jawa Barat.
Momen sambutan Aidilfitrinya kelihatan sangat meriah!

Keluarga besar Dato’ Sri Rossa tampil berpakaian serba biru menyerikan lagi suasana sambutan Aidilfitri.


Paling menarik perhatian ialah penampilan Dato’ Sri Rossa yang manis bertudung sehingga mencetuskan tanda tanya.
BACA JUGA: Cantiknya! Gaya 7 Selebriti Bertudung Indonesia Ini Jadi Inspirasi Dalam Berfesyen
Di laman sosial Instagramnya, penyanyi yang popular dengan lagu Pudar ini memuat naik foto dirinya menyambut hari raya bersama keluarga besarnya di Sumedang, Jawa Barat
Gambar Dato’ Sri Rossa bersama anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadhan yang kini berusia 18 tahun turut menarik perhatian wargamaya.

Rata-rata memuji Dato’ Sri Rossa yang tampil anggun berhijab. Berikut koleksi foto Dato’ Sri Rossa bertudung ketika berhari raya bersama keluarga.
Dato’ Sri Rossa bersama buah hati iaitu anak tunggalnya yang kian dewasa, tampan!

Momen hari raya kali ini Dato’ Sri Rossa meraikannya di Sumedang bersama keluarga besar.

Penampilan Dato’ Sri Rossa yang manis bertudung raih pujian dan jadi bualan ramai termasuk rakan-rakan selebriti.

Di Instagram peribadi, Dato’ Sri Rossa banyak mengabadikan momen bersama keluarga besarnya.

Mereka sekeluarga tampil berseri dengan busana raya berwarna biru.

Semoga terbuka hati penyanyi jelita ini untuk bertudung sepenuhnya suatu hari nanti. Kita doakan yang terbaik buat Dato’ Sri Rossa.
Untuk info, Dato’ Sri Rossa sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan Malaysia. Populariti penyanyi asal Indonesia ini yang memuncak menerusi lagu-lagu hit menjadikan beliau seorang ikon dalam dunia muzik Nusantara.
BACA JUGA: Selebriti Indonesia ZASKIA GOTIX Bertudung Selepas Pulang Umrah, Mohon Doa Kekal Istiqamah
Penyanyi bersuara merdu ini memiliki seorang cahaya mata lelaki iaitu Rizky Langit Ramadhan. Wajah kacak anak tunggalnya itu yang kini menginjak usia remaja turut menarik perhatian ramai.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pantang Larang Dalam Rumah Tangga Yang Suami Isteri Kena Tahu. Ingat Pesan Ustaz Kalau Nak Kekal Hingga Jannah!

Ramai pasangan hari ini yang berkahwin pada usia yang masih muda. Ada yang masih belajar dan ada yang baru habis pengajian terus meminta izin untuk berkahwin. Nawaitu mereka ini memang mulia kerana boleh mengelak gejala maksiat daripada berlaku tanpa ibu bapa sedari.
Namun begitu, bukan mudah untuk melayari kehidupan berumah tangga tanpa ilmu di dada. Ini kerana sebaik berkahwin, fasa kehidupan akan berubah 360 darjah daripada biasa. Setiap pasangan perlu bersikap toleransi dan menganggap tanggungjawab bukan pada dirinya sahaja tetapi ada orang lain perlu dititikberatkan.
Sebenarnya untuk mengukuhkan hubungan suami isteri baik yang baru atau lama berkahwin, perlu tahu pantang larang dalam sesebuah rumah tangga. Ini pesanan Ustaz Kazim Elyas yang boleh dijadikan panduan agar rumahtanggan dibina kekal hingga ke jannah.
1. Jangan Puji Orang Luar
Jangan sesekali puji orang luar misalnya jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan. Ini akan buat suami atau isteri terasa diperbandingkan. Malah cara ini juga boleh menimbulkan rasa tidak senang dihati suami atau isteri. Jangan bangkitkan rasa cemburu atau kemarahan pasangan kita dengan memuji orang lain.
2. Jangan Berbohong
Paling penting jangan sesekali berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar. Ingat tu!
3. Jangan Abaikan Pasangan
Berusahalah untuk sentiasa menjadi pendengar yang baik buat pasangan kita. Ibaratkan seperti kawan, kita bercerita dan berkongsi segala masalah bersama pasangan. Ini buat hubungan jadi lebih baik. Jangan sesekali abaikan pasangan bila dia luahkan masalahnya. Jadilah pendengar yang terbaik.
4. Jangan Tinggikan Suara
Jangan sesekali meninggikan suara apa lagi menjerit kepada pasangan. Kurang sopan. Tegur dan nasihatkanlah dengan nada rendah dan lembut agar tidak mengguris hati pasangan. Ingat bahawa pentingnya menjaga hati pasangan kita.
5. Elakkan Jauh Dari Isteri
Jangan sesekali cuma menjauhkan diri daripada isteri. Meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah adalah perbuatan yang keji. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walaupun ketika isteri sedang haid.
6. Sentiasa Mengaku Salah
Setiap kali buat salah, mintalah maaf dan bersedialah untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sekali merasakan diri tidak sentiasa betul setiap masa. Kita pun manusia biasa!
Sumber: Facebook Ustaz Kazim Elyas
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di

