Kisah mualaf cantik dari Jepun, Nur Arisa Maryam atau Arisa ini benar-benar menjentik perasaan dan keinsafan. Biarpun melalui sebuah ‘perjalanan rohani’ yang cukup luar biasa, namun akhirnya peluk Islam asbab tertarik dengan Bahasa Melayu dan gaya hidup Islam.
Perjalanan hidup Arisa mencerminkan kekuatan iman dan cinta yang mampu mengubah segala-galanya.
Memetik portal Mvslim.com, Arisa yang dilahirkan dan dibesarkan di Tokyo, Jepun tertarik untuk mempelajari bahasa asing. Lalu, dia memilih jurusan Bahasa Melayu di salah sebuah universiti di Tokyo.
Di kampus, Arisa bergaul dengan orang Melayu yang kebetulan sekelas dengannya. Melalui rakan-rakannya, Arisa mempelajari cara hidup orang Islam.
Perlahan-lahan Arisa mula memahami bahawa agama Islam itu indah. Akhirnya Arisa temui hidayahnya dan memutuskan untuk bergelar seorang mualaf.
Ternyata, bukan mudah menjalani kehidupan di sebuah negara dengan majoriti penduduk yang tidak mementingkan agama.
Apatah lagi ketika Arisa memaklumkan kepada keluarganya bahawa dia telah memeluk Islam, reaksi yang diterima luar dari apa yang dijangkakan.
Ibu Arisa memberi respon negatif selain marah dan tidak mengaku Arisa sebagai anaknya.
Ads
Namun, Arisa tidak pernah putus harapan. Dia terus berbuat baik kepada ibunya dan terus menunjukkan keindahan Islam melalui tingkah laku dan kebaikannya.
Lama kelamaan hati si ibu mula cair. Tujuh tahun Arisa memeluk Islam, perubahan sikap ibunya terhadap Islam mula kelihatan.
Ibu yang pada mulanya menolak, kini mula menghormati pilihan Arisa.
Dalam kisah yang dikongsikan Arisa di akaun Instagramnya, dia menceritakan pengalaman mereka mengunjungi Masjid Tsukuba.
Si ibu yang pada mulanya hanya mahu menunggu di dalam kereta, akhirnya mengambil keputusan untuk masuk juga.
Dia kagum dengan keindahan dan keluasan masjid itu yang sangat berbeza daripada tempat-tempat ibadat yang biasanya kecil di Tokyo.
Semasa Arisa berdoa, ibunya duduk di kerusi sambil melihat, merakam video dan mengambil gambar. Momen ini menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi mereka berdua.
Ads
Sebelum memeluk Islam, Arisa mula dengan cuba mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan Islamnya.
Termasuk memakai tudung dan memerhatikan mereka ketika solat. Kehidupan beragama di Jepun yang menurutnya cuma terhad kepada ritual, membuatkan Arisa berfikir lebih mendalam tentang kewujudan Tuhan dan kebenaran agama.
Melalui pengalaman bersama rakan-rakan Islam, Arisa mula menyedari Islam mempunyai keindahan dan kebaikan yang dicari.
Kemuncak perjalanan hijrah Arisa berlaku apabila dia bekerja di Pesta Buku Antarabangsa Tokyo dan bertemu dengan dua wanita Islam dari Jepun.
Kisah dan keberanian mereka memeluk Islam benar-benar memberi inspirasi kepada Arisa. Tidak lama selepas itu, Arisa mengucap syahadah di dalam biliknya.
Detik yang menandakan bermulanya kehidupan baru sebagai seorang Muslimah.
Hijabista mendoakan agar Nur Arisa Maryam kekal istiqamah seterusnya menjadi Muslimah sejati yang diredhai Allah SWT.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pernah tak anda perasan setiap kali kita melihat ada orang yang menguap di hadapan kita, pasti kita akan berjangkit sekali menguap. Kenapa boleh jadi begitu ya? Adakah menguap ini boleh berjangkit dari satu individu ke satu individu yang berdekatan?
Kalau nak hendak tahu, sebenarnya tiada istilah menguap berjangkit. Walaupun ia kelihatan seperti berjangkit dari satu individu ke individu yang lain, ia tidak di anggap sebagai satu ‘virus’ yang menghinggap kepada orang lain.
Menguap atau erti kata lain, yawning, adalah 2 tindakan refleks yang berlaku secara spontan tanpa kita sedar. Pergerakan sewaktu menguap akan membuatkan anda untuk membuka mulut anda seluas-luasnya dan paru-paru akan menyedut udara dengan kadar kuantiti yang banyak, lalu menghembusnya secara perlahan-lahan.
Sewaktu kita menguap juga, gegendang telinga akan merenggang dan mata akan tertutup rapat. Ada juga sesetengah individu yang akan menguap sehinggakan mata mereka mengalirkan air mata.
Proses menguap adalah sama sahaja pada setiap indivdu bahakan kebiasaannya terjadi sebelum mahupun selepas tidur. Faktor menguap juga berkait rapat dengan rasa penat yang melampau serta ada juga menunjukkan seseorang itu sering menguap kerana melakukan perkara yang mereka tidak sukai atau bosan.
Sebenarnya menguap juga boleh juga di kaitkan dengan aspek sosial dalam kalangan manusia. Ia boleh juga di katakan virus menguap kerana keadaan ini berjangkit yang bukan sahaja terjadi pada manusia, bahkan kepada haiwan juga. Tiba-tiba menguap ini di kaitkan dengan virus?
Virus menguap ancaman kepada kita?
Apabila seorang sahaja menguap, pasti ada orang yang berdekatan akan turut sekali meguap dan perkara itu berlarutan. Menurut hellodoktor, terdapat pelbagai teori yang boleh di kaitkan apabila berlakunya keadaan di mana ramai orang akan turut menguap apabila seorang menguap.
Antara teori yang cuba di kaitkan dengan fenomena menguap ini adalah:-
Menguap di kaitkan dengan tindak balas menunjukkan badan terasa letih
Bayi yang berada di dalam rahim juga boleh menguap
Menguap dianggap sebagai satu penyakit berjangkit yang menunjukkan tindak balas empati semula jadi manusia
Menguap berfungsi sebagai tanda sosial menunjukkan reaksi bosan
Terdapat cara untuk tidak terikut menguap sekali!
Kalau anda ingin tahu, ada caranya untuk tidak terikut-ikut untuk menguap sekali. Jadi apakah cara untuk menghentikan kitaran menguap berjangkit ini? Ini adalah cara-cara yang boleh lakukan, seperti:-
1. Ambil nafas secara mendalam
Menguap juga di katakan sebagai tanda menunjukkan badan anda kekurangan oksigen. Jadi anda boleh lakukan latihan pernafasan menerusi hidung dengan kadar jumlah oksigen yang baik.
2. Gerakan badan anda
Seperti yang di katakan di atas, menguap menunjukkan seseorang itu bosan dengan sesuatu perkara. Jadi untuk merangsang otak anda untuk tidak cenderung kearah bosan, lakukan sedikit senaman ringan atau gerakan supaya badan kekal cergas.
3. Cuba tenangkan diri
Kadang kala anda perlu buat perkara yang boleh menenangkan diri anda. Tekanan dalam badan akan membuatkan anda semakin bosan dan cepat untuk menguap. Jadi carilah ruang atau minum air masak untuk tenangkan diri. Mungkin boleh lakukan apa-apa aktiviti yang boleh tenangkan fikiran anda.
Keadaan menguap ini normal dan biasa terjadi bagi setiap manusia di pelusuk dunia, begitu juga haiwan. Jadi jika anda menguap lebih dari kebiasaannya, mungkin itu menunjukkan satu simptom kesihatan dan anda perlu berjumpa dengan doktor.
Sejak akhir-akhir ini, semakin kerap kita baca tentang kes gangguan seksual seperti kejadian rogol di dada akhbar dan juga laman sosial. Jika dulu kita akan rasa selamat walaupun keluar seorang diri, namun kini tidak lagi.
Khususnya buat wanita, pastikan anda sentiasa keluar berteman kerana malang tidak berbau. Tanpa kita sedari, mungkin ada mata yang memerhati gerak geri kita dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk menyerang.
Baru-baru ini, terdapat satu lagi kejadian yang berlaku di sekitar Shah Alam di mana beberapa orang pelajar yang sedang menunggu bas diganggu oleh seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh.
Lelaki tersebut dikatakan memegang dan menghala kemaluannya kepada pelajar-pelajar tersebut. Ikuti perkongsiannya.
“Kejadian ini berlaku pada 11 November yang lalu pada jam 2.00 petang di perhentian bas di Seksyen 7, berhampiran 7 Eleven.
Saya dan seorang kawan saya sedang menunggu bas untuk pulang ke UiTM. Hanya ada kami berdua pada waktu itu.
Tiba-tiba, ada seorang lelaki menaiki motosikal berhenti di hadapan kami, mengambil telefonnya dan membuat panggilan kepada seseorang.
Kemudian, ada lagi 3 orang pelajar datang ke perhentian bas tersebut. Saya sedang berbual dengan kawan saya.
Dalam masa yang sama, saya turut menoleh ke arah jalanraya untuk melihat sama ada terdapat bas yang datang atau tidak.
Tiba-tiba, saya terpandang lelaki tersebut menunjukkan kemaluannya pada kami dan bermain-main dengan kemaluannya.”
Seorang lagi saksi bernama Nurul Ashikin berkata yang mereka terkejut melihat perbuatan lelaki tersebut dan terus menjerit hingga menyebabkan lelaki itu segera melarikan diri dan terus meninggalkan tempat itu.
“Lelaki itu ada di atas motor, memakai topeng dan cuba lakukan benda yang tidak senonoh. Padahal ramai orang di perhentian bas tersebut.
Cuma pada waktu itu semuanya perempuan. Dia pun lari sebab saya dan kawan-kawan jerit sebab terkejut lihat kejadian tersebut.”
Pesan gadis ini, sentiasa berhati-hati dengan individu yang mempunyai masalah mental ini. Pastikan anda tidak keluar bersendirian.
Jika mereka berlima pun lelaki tersebut boleh buat seperti ini, apatah lagi jika anda bersendirian.
Di bulan Ramadan yang mulia ini, antara yang menjadi tumpuan apabila masuk waktu berbuka puasa adalah juadah air. Jika ke bazaar Ramadan peniaga air balang diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Tapi takkan lah sepanjang 30 hari Ramadan nak membeli air di bazaar je kan? Mau rebeh poket. Jadi kalau hijabi nak berjimat, tapi dalam masa sama nak menikmati minuman yang menyegarkan ketika berbuka puasa. Apa kata anda buat sendiri je di rumah! Caranya pun mudah je sis!
Resipi Air Tembikai Pelangi Yang Menyegarkan!
Anda hanya perlu membeli empat biji buah tembikai iaitu tembikai merah, tembikai kuning dan tembikai susu dan rockmelon. Kemudian sebotol air soda atau sprite.
Bahan-bahan lain sebagai sampingan dan ada yang boleh didapati di rumah sahaja.
Bahan:
500 g Tembikai Merah
500 g Tembikai Kuning
250 g Tembikai Susu
250 g Rockmelon
300 ml Air Gula
2 biji lemon (ambil airnya sahaja)
500 ml Air Masak
2 tangkai daun pudina (petik daunnya sahaja)
1 botol Ais Krim Soda / Sprite
1 paket Ais Batu
• Bulatkan tembikai merah, tembikai kuning, tembikai susu dan Rockmelon dengan alat pembulat buah (baller) dan asingkan dalam mangkuk berasingan mengikut setiap jenis tembikai.
• Siapkan gelas yang bersesuaian, masukkan tembikai merah, tembikai kuning, tembikai susu dan Rockmelon yang telah dibulatkan tadi. Susun secara berselang seli kedalam cawan dan masukkan beberapa helai daun pudina ke dalamnya.
• Tuangkan air soda dan sesuaiakan dengan air masak. Jika kurang manis boleh tambahkan air gula mengikut kesesuaian. Perahkan jus lemon dan masukkan ketulan ais.
• Sajikan segera.
Tips:
• Untuk memberi sensasi yang lebih menyegarkan, ramas dahulu daun pudina sebelum dicampur bersama bahan lainnya.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...