Kecantikan

Cuaca Tak Menentu Bukan Penghalang Untuk Anda Dapatkan Kulit Yang Cantik Apabila Menggunakan Nu Skin

Share

Seiring dengan peralihan masa, wanita masa kini ternyata lebih bersemangat dan berani untuk mengejar impian hidup masing-masing.

Namun dalam tidak sedar, situasi mencabar yang berlaku di sekeliling sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada diri anda termasuklah daripada segi kesihatan kulit wajah.

Tidak perlu gusar dan gundah, rangkaian produk Nutricentials® Bioadaptive Skin Care™ hadir sebagai penyelamat bagi membantu kulit anda menyesuaikan diri dengan persekitarannya yang sentiasa berubah-ubah termasuklah keadaan cuaca yang mencabar di negara kita.

Selain itu, produk hebat ini akan memulihkan kulit dan melindunginya daripada tekanan persekitaran termasuklah pencemaran, radikal bebas, sinaran UV dan cahaya biru.

Ramuan terbaik kulit kembali berseri semalaman

Menariknya, formulasi ‘Kompleks Botani Bioadaptive Nu Skin’ mengandungi campuran rhodiola, akar maral, ginseng Siberia, tumbuhan resurrection serta cendawan chaga yang merupakan tumbuhan yang bukan hanya mampu hidup, tetapi hidup subur di iklim yang mencabar dan akan membantu kulit melakukan hal yang sama sepertinya. Hebatkan?

Di samping itu, produk Nutricentials® Bioadaptive Skin Care™ juga akan melindungi dan mengimbangkan kulit pada siang hari daripada terik mentari dan menyokong proses pembaikan semula jadi kulit dalam masa semalaman.

Bukan itu sahaja, ia juga dapat menenangkan kulit yang letih, menyerikan semula penampilan wajah yang kusam, membuatkan kulit wajah bersinar serta tampak lebih sihat daripada sebelumnya. Anda juga pasti dapat merasai kesannya dari dalam.

Formulasi terbaik pelihara alam sekitar

Tak perlu ragu-ragu, setiap produk Nu Skin dibangunkan oleh saintis terkemuka dengan mengambil kira keadaan pengguna bagi menghasilkan formulasi Nutricentials® yang hebat dan bebas bahan-bahan yang berbahaya seperti parabens, formaldehid, hidrokuinon, minyak mineral atau phthalates dan banyak lagi.

Sememangnya kajian menyeluruh telah dilakukan oleh Nu Skin agar penghasilan formula yang terbaik lagi selamat dapat diberikan kepada penggunanya.

Jenama Nu Skin juga turut membantu memelihara alam sekitar kerana produk Nutricentials® Bioadaptive Skin Care™ dihasilkan menggunakan 100 peratus botol plastik kitar semula pasca pengguna dan 34 hingga 35 peratus tiub plastik kitar semula pasca pengguna.

Rangkaian produk mampu milik

Rangkaian produk ini mempunyai pelbagai produk yang dirumuskan untuk semua jenis kulit dan termasuklah HydraClean Creamy Cleansing Lotion, To Be Clear Pure Cleansing Gel, In Balance pH Balance Toner, Day Dream Protective Lotion Lightweight Day Moisturizer SPF 35 dan banyak lagi.

Hadir dengan harga yang berpatutan, anda pasti akan teruja untuk mencuba semua produk yang dihasilkan menerusi koleksi ini.

Peluang menarik!

Oh ya, jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara 25 peserta bertuah bagi menyertai workshop

istimewa Nu Skin, ‘Bicara Rahsia Rangsangan Kejelitaan’ yang akan diadakan pada 3 Julai ini.

Diadakan secara virtual, anda dapat mendengar perkongsian menarik daripada pakar Nu Skin sendiri mengenai penjagaan kulit termasuklah daripada pempengaruh dan jurusolek selebriti, Bella Zahir dan Bee Ramza. Wow! Mana lagi nak dapat peluang begini?

Tunggu apa lagi sis, isi segera borang di bawah ini untuk mengetahui segala rahsia kecantikan bersama Nu Skin! Peserta bertuah akan menerima barangan produk bernilai RM147.

Published by
Team Hijabista