Nostalgia Penjual Kuih Nama Mak Leha, Ilham Vivy Yusof Cipta Tudung Rare, Bertema Kuih Tradisional

Share

Jika tahun lalu jenama ini telah mencipta fenomena apabila ramai yang sanggup beratur panjang dan menghabiskan ratusan ringgit hanya untuk memiliki koleksi terhad yang dilancarkan.

Dan baru-baru ini jenama hijab yang cukup sinonim dengan simbol ‘itik’ dUCscarves telah melancarkan kosmetik terbaru bakal jadi buruan hijabi yang memang gemar sekali pada kecantikan wajah.  Pelancaran produk kosmetik ini nyata menarik hati ramai hijabi untuk memilikinya.

Sekali lagi dUCkscarves yang diterajui oleh Foundernya, Vivy Yusuf bakal mencetus fenomena pabila menawarkan koleksi tudung yang diinspirasikan dari kuih-muih tradisional yang cukup popular di kalangan  masyarakat kita.

Seperti tak terjangkau di fikiran untuk menginspirasikan pembuatan sehelai hijab daripada kuih tradisi kita ini.

Biasanya rekaan lebih kepada yang bercorak pemandangan, floral, abjad, negara ataupun geometri. Namun itulah keistimewaan dan kelainan yang dibawa oleh jenama paling popular di kalangan hijabi yang juga merupakan follower setia wanita jelita dan hebat ini.

 

Sebenarnya ada kisah  menarik mengapa Vivy yang juga Pengasas Bersama Fashionvalet ini menjadikan kuih untuk diterjemahkan pada sehelai selendang.

Menurut Vivy, dia membesar dengan hidangan kuih tradisional dari seorang pengusaha yang dipanggil Mak Leha. Setiap kali balik dari sekolah, ibunya akan berhenti di gerai milik Mak Leha yang menjual deretan kuih muih tradisional pelbagai warna.

Ini membuatkan Vivy rambang mata untuk memilih kuih yang disukainya seperti kuih lapis yang berwarna pink, karipap kuning keemasan dan apam yang sungguh gebu. Malah dia juga turut kenyang apabila merasa setiap sampel yang diberi oleh wanita berkenaan.

Biarpun Mak Leha bukanlah penting dalam hidup Vivy tetap ia cukup memberi kesan pada komuniti di sekitarnya. Walaupun kini Mak Leha sudah tiada dan kehilangannya memang meninggalkan kesan mendalam buat Vivy.

Ibu kepada dua anak ini juga ada cuba membuat tradisional berkenaan tetapi menurutnya tidak begitu berjaya . Selain itu sebagai salah satu kempennya, Vivy juga turut berkongsi cara membuat kuih ini dengan pegusaha gerai dalam laman IG @theduckgroup.

Meerka bukan sahaja berkongsi cara membuat kuih kepada masyarakat tetapi untuk menyebarkan betapa uniknya Malaysia, salah satunya adalah kuih Seri Muka.

‘Kelazatan’ kuih ini diterapkan dalam setiap rekaan hijab yang cukup eksklusif bagi menggambarkan kecintaan kita semua bersatu dalam satu budaya dan negara walaupun hanya dengan kuih.

Kehilangan Mak Leha ini juga memberi inspirasi kepada teamnya untuk mencipta hijab Limited Editon The Yummy dUCk untuk memberi penghargaan kepada insan yang berusaha menyambung tradisi budaya dan warisan kita selama ini.

Koleksi ini dicipta khas sempena Hari Malaysia dan yang penting untuk membangkitkan kesedaran di kalangan generasi akan datang betapa unik dan menariknya negara kita Malaysia.

Artikel berkaitan: Tip Untuk Hijabi Pipi Chubby

Hijab ini direka dengan corak geometri melalui tiga design berbeza yang cukup kreatif dan dengan ciri khas elemen bagi setiap kuih.

 Diterjemahkan melalui sehelai selendang yang diinspirasikan kuih tradisional Seri Muka dengan menerapkan warna hijau lembut. Manakala kombinasi warna pastel merah jambu pula untuk identiti Kuih Lapis dan sentuhan rona ungu pula bagi mewakili Kuih Koci.

Bagi pengumpul edisi terhad, boleh terus mendapatkan koleksi ini di dUCk Store, Pavilion Kuala Lumpur yang telah dijual mula semalam. Atau juga boleh membeli secara dalam talian di www.fashionvalet.com

Published by
Siti Zurina