Inspirasi

Norreen Iman Tampil Sopan Berhijab, Terbuka Hati Sendiri & Dapat Sokongan Suami

Share

Transformasi selebriti dan pempengaruh Internet, Norreen Iman yang kini tampil sopan berhijab undang pujian peminat. Dalam pertemuan baru-baru ini, Norreen mengakui hatinya terbuka sendiri dan keputusan itu mendapat sokongan suami.

Tambah manis dan jelita, Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman Abdullah, 30, memaklumkan penghijrahan yang dilakukan itu adalah secara sukarela dan bukan kerana mencari perhatian.

Yakin bahawa dirinya masih sama kecuali imej saja yang bertukar, Norreen turut berusaha memperbaiki cara percakapannya agar lebih berhemah.

Bila dah berhijab dan menutup aurat sepenuhnya, tersekat tak agaknya peluang kerja Norreen dalam bidang seni? Tonton video temu bual ini…

Noreen ketika ditemui di majlis Glam Lebaran Nona yang berlangsung di Glamhall Damansara, Petaling Jaya, sempat berkongsi bahawa perubahan penampilannya itu turut diterima baik oleh suami.

“Suami manalah yang tak suka tengok isteri dia bertutup-litup, dia gembira dan sentiasa sokong Norreen tak kira Norreen macam mana, dia okay sahaja.

Sebab dia bukan jenis lelaki yang banyak cakap, dia tengok kita atas bawah cantik, dia okay, tapi apa pun Norreen tahu dia gembira dan Norreen pun gembira, sama-sama ke arah lebih baik,” kongsinya kepada Gempak.

Instagram @norreen143

Terdahulu, Norreen pernah berkongsi dirinya telah memadam gambar-gambar lama yang tidak bertudung walaupun berasa sedikit sebak.

Meskipun begitu, Norreen tidak menyesal dengan tindakan memadam atau meletakkan hantaran lama dalam bentuk arkib.

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/almy-nadia-kongsi-tip-ajar-anak-menabung-tapi-netizen-sibuk-perhatikan-sesuatu-hingga-tertanya-apa-rahsianya/

Published by
Lin