Di hujung Syawal ini menyaksikan beberapa selebriti selamat menimang cahaya mata masing-masing. Selepas jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri, Adam Corrie dan semalam pula Norman Hakim, selamat menerima kehadiran anak ketiga mereka. Menyedari isterinya sudah mengalami Mild Contstruction, berbekalkan pengalaman lalu dia cepat-cepat membawanya ke hospital dan proses bersalin dipermudahkan. Jika tidak, pasti Norman akan mengulangi kejadian 13 tahun lalu apabila anak keduanya, Marissa Dania Hakim yang telah dilahirkan dalam kereta.

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Menurut Norman, sebelum itu mereka berdua memang merancang untuk pergi beraya. Tetapi oleh kerana pagi itu Memey memberitahu dia mengalami Mild Contruction, Norman terus membatalkan hasrat mereka dan membawa isterinya ke hospital.

Dan ramalannya memang benar kerana Memey sudah mengalami bukaan 5 cm sebelum terus ditahan untuk proses kelahiran anak keenamnya itu.

Kali ini mereka berdua cukup teruja kerana mendapat cahaya mata perempuan setelah sebelum itu mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan dengan Memey.

Ads

Dalam status di muat turut di instagramnya, Norman melahirkan kesyukuran atas kelahiran anak perempuan mereka tengah hari semalam.

Iqamah time❤️ . . Honestly for the past few weeks saya yg rasa mcm ‘kucing nak beranak’,tapi the real person yg nak beranak relax je.Sama je feeling saya ni mcm suami2 yg wifey dia dah hujung2 nak bersalin.Handphone mmg kat tangan je dgn ringing volume paling loud.Setiap kali phone berbunyi atau message masuk,seriau panik dia lain macam.Dari sebulan yg lepas saya dah standby bags dlm keta incase ‘masa dah time’ . . Hari ni pun tak aspect wifey akan bersalin.Pagi tadi dia mcm selamba je gosok baju nak pergi beraya walau dia dah bgtau ada mild contraction.Siap ajak pergi beraya dulu baru ke klinik.Saya terus guna veto speed up momentum to ‘gear 7’ bersiap dan terus angkut wifey ke hospital . . Ramalanku benar belaka,sampai klinik check2 dah bukak 5 cm.Kalau pergi beraya dulu tadi,rasa2 baby terberanak dlm keta jugak mcm @marissadania_ ? . . Alhamdulillah hari ni Allah ambil balik rasa ‘resah’ selama sebulan yg lepas,diganti dgn rasa ‘syukur & lega’.Terima kasih Allah utk susunatur yang terindah ni…

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Kegembiraan pasangan ini juga menjadi berganda apabila dalam masa sama, Norman juga teruja menyambut kepulangan anak sulungnya, Danish Hakim dari Turki.

Ads

Norman turut melahirkan kesyukuran kepada Allah yang menggantikan perasaan resah sebulan sebelum itu dengan rasa syukur dan lega.

Rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah atas kelahiran anak perempuannya ini. Mereka turut mendoakan bayi ini menjadi anak yang solehah dan taat kepada kedua ibu bapanya.

Ads

@roslina.yunus. Alhamdulilah .Tahniah @normanhakim n @memeysuhaizaselamat melahirkan baby , semoga menjadi anak yg solehah dan taat kpd org tua. Selamat berpantang @memeysuhaiza

@murahnoorhitah Tahniah…Alhamdulilah…ank sulong selamat kembali dan menyusul pula kehadiran baby baru…indahnya suasana….kemeriahan d hujung Aidilfitri menyambut kehadiran org baru…

@sitijamry Tuan @normanhakim_786 tahniah di atas cahayamata baru. Sy dan suami doakan semoga mendapat barakah dalam setiap perihal amanah baru dari Allah swt. Semoga menjadi anak yg soleh/solehah.

Marhaban Ya Baby Girl❤️Izinkan papa mencium bau-bauan syurga…

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI