Isi Kandungan
ToggleKerjasama fesyen adalah perayaan kepelbagaian, perwakilan dan kesaksamaan. Koleksi kolaborasi Nike by You x Saeedah Haque yang dilancarkan pada 11 Ogos 2023 di London, direka khusus untuk wanita yang berniqab untuk terus aktif bersukan.
Nike terkenal dengan kasutnya, tetapi sedang menggabungkan perkara dengan kerjasama terbaharunya. Nike by You x Saeedah Haque telah melancarkan kerjasama baharu. Jadi, jika anda mahukan beberapa abaya yang bergaya, inilah yang anda perlu tahu.
ARTIKEL BERKAITAN: Baju Renang Nike Inovasi Keselesaan Dalam Menjaga Aurat Pakaian Renang Khas Untuk Hijabi.
Abaya tarikan generasi GEN Z
Bukan sahaja koleksi Nike by You x Saeedah Haque, malah pada 11 Ogos lalu, ia turut disertai dengan ceramah khas. Di NikeTown London di Oxford Street, ceramah yang dihoskan oleh Zainab Jiwa, dan tetamu termasuk Saeedah dan Iqra Ismail. Acara ini juga termasuk akses eksklusif kepada koleksi terhad.
Pereka Benggali British Saeedah berpangkalan di London Utara gayanya menarik perhatian global. Apabila dia tidak dapat mencari abaya yang sesuai dengan gaya peribadinya, dia memutuskan untuk membuatnya sendiri dengan pengalaman dan ilmu yang dimilikinya
Kini, Saeedah terkenal dengan abayanya, yang menggabungkan pakaian tradisional dengan estetika pakaian jalanan. Dia telah menjadikan pakaian sederhana bergaya dengan menambah siluet yang bergaya. Selain itu, dia bangga menggunakan fabrik bersumberkan etika, yang dibuat mengikut tempahan sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Hijabi Ini Bangga Jadi ‘Pemain Bola’ Berhijab, Mahu Cetus Inspirasi Wanita Dunia!
‘Street wear’ patuh syariah
Nike bekerjasama dengan pereka abaya bertudung Saeedah Haque untuk mencipta koleksi inovatif yang menggabungkan pakaian ringkas atau pakaian sederhana dengan pakaian jalanan kontemporari.
Koleksi itu didakwa menawarkan gaya baharu pada abaya klasik, dan Niqab untuk Nike buat kali pertama. Selain itu, Nike secara khusus bekerjasama dengan pereka Saeedah Haque.
Gabungan unik fabrik tradisional dan siluet kontemporari telah membangunkan fesyen sederhana, yang menjadikannya sinonim dengan keanggunan dan lebih stylo. Menurut Homegrown, kemuncak koleksi ini iaitu Nike by You Pro Niqab diperbuat daripada baju-T DriFit. Bahan itu melambangkan penyatuan dua gaya.
Di akaun Instagram @saeedahhaque, dia memuat naik karyanya dengan kerjasama Nike. Produk untuk Nike direka khusus untuk wanita yang berniqab untuk terus aktif bersukan. Saeedah Haque yang memuat naik kerjasamanya dengan Nike, serta-merta menerima limpahan sokongan netizen. Ada yang kagum dan memuji hasil kerjanya.
“Ini yang kita semua PERLUKAN, Masha’Allah”
“Saya sangat teruja melihat anda berkembang menjadi seorang pereka yang sangat memberi inspirasi”
Kolabratif ini bukan sahaja menjadidambaan hijabi di London malah di Asia jua, meski material fabrik arbaya ini tidak sesuai dengan negara Asia seperti Malaysia,Indonesia mahupun Singapura.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
https://youtu.be/b7SSueXbIoM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wow, 5 Busana Ini Paling Viral Diperkatakan Netizen Hingga Ada Yang ‘Chop’ Untuk Tema Raya Tahun Depan
Isi Kandungan
ToggleSetiap pereka fesyen sentiasa muncul dengan idea baru dalam mereka cipta pakaian supaya pelanggan tidak jemu dengan rekaan sedia ada.
Ada yang mencipta idea pelik yang cantik dan inovasi hingga menjadi viral. Maklumlah setiap pereka mempunyai cita rasa tersendiri untuk nampak unik dan berbeza daripada kebiasaan.
Itulah kepuasan sebenar seorang pereka jika berjaya mencipta baju yang boleh menggembirakan hati pelanggan hingga mendapat pujian daripada orang sekeliling.
Admin senarai 5 busana yang dirasakan cukup viral serta mendapat perhatian dan terus hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. Malah tidak hairan ada di antaranya menjadikan busana ini sebagain tema untuk digayakan Syawal tahun depan.
1. Baju Kurung Lipat Lengan Tunku Aminah
Paling sempurna admin katakan adalah baju kurung lipat lengan yang digayakan Tunku Tun Aminah ketika majlis perkahwinannya Ogos lalu. Penampilan puteri ini yang cukup sederhana di majlis perkahwinannya mendapat reaksi positif netizen.
Menggayakan busana tradisi Johor baju kurung Teluk Belanga ini menjadikan penampilan Tunku Tun Aminah begitu ringkas tetapi cukup memukau pandangan. Pemilihan busana ini adalah bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor.
Busana ini menjadi pilihan Tunku Aminah untuk digayakan di istiadat pernikahan, persandingan malah bersiram.
Biarpun nampak simple, tetapi sebenarnya Tunku Aminah memakai busana yang dibuat daripada Tenun Pahang Diraja, rekaan fabrik Bonda Saudara, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Menurut Tengku Puan Pahang, baju itu ditenun oleh banduan-banduan Penjara Penor dan menganggap ia sebagai satu penghormatan. Ada juga netizen yang mula membayangkan untuk menjadikan busana ini sebagai tema untuk digayakan sempena Syawal tahun depan.
2. Gaun Kahwin Anzalna
Direka oleh Putra dari Cosry yang mencipta gaun perkahwinan bagi Anzalna yang begitu cantik sekali. Gaun ilham dari Barbie Mariposa ini disiapkan dalam tempoh tiga bulan oleh perekanya hingga mendapat perhatian pengguna sosial di luar Negara seperti UK dan Eropah.
Barbie Mariposa adalah watak kartun iaitu patung perempuan yang mempunyai sayap seperti rama-rama berwarna-warni dan gaun-gaun yang dipakainya diperbuat daripada sayap-sayapnya sendiri yang kelihatan seperti kelopak bunga.
A post shared by Teuku Putra Aziz (@putraaziz_cosry) on
Setiap kali penghujung cerita kartun itu, pastinya penonton akan dapat melihat keindahan gaun Barbie Mariposa yang berubah menjadi warna merah jambu dan jingga lembut. Putra menyiapkan gaun seberat 20 kilogram ini dua minggu sebelum perkahwinan berlangsung.
Gaun yang digayakan itu mendapat perhatian media antarabangsa dan ketika itu ramai gadis yang memasang impian untuk menggayakan gaun itu di majlis perkahwinan mereka. Bukan itu sahaja, turut ada biskut, kek serta tudung inspirasi dari gaun Alzalna ini.
3. Dress Biru Fazura
Ketika majlis ABPBH yang berlangsung Mac lalu, pelakon jelita Fazura telah menggayakan dress yang cukup memukau dan jadi bualan seluruh dunia.
Dress biru langit yang disulami batu permata itu kelihatan begitu sempurna tatkala Fazura melangkah naik ke pentas untuk menerima anugerah Pelakon Filem Wanita Popular.
Busana indah ini direka oleh duo popular Rizman Ruzaini yang memang sering kali muncul mereka dress cukup indah dan mempesona untuk selebriti popular seperti Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Ziana Zain dan ramai lagi.
1st look: Cinderella @missfazura in #rizmanruzaini #Abpbh30 #hsc #heroseorangcinderella
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Menurut perekanya yang sudah 12 tahun dalam industri ini berkata, gaun itu diilhamkan menerusi karakter Cinderella tetapi dalam versi moden yang dilakonkan oleh Fazura dalam drama Hero Seorang Cinderella.
4. Gaun Kahwin Oleh Nurita Harith
Terbaru, pereka fesyen terkenal, Nurita Harith telah mencipta kelainan dalam industri fesyen apabila mencpta gaun pengantin daripada tisu.
Gaun yang direka menggunakan juntaian fabrik indah ini menggabungkan elemen keteguhan dan kelembutan tisu yang sememangnya sinonim dengan Tisu Vinda Deluxe. Ia dicipta khas buat pasangan Anthony Wong dan Shervyn Chua di majlis perkahwinan mereka.
Menurut perekanya, walaupun tekstur tisu ini cukup lembut tetapi ia sangat berkualiti dan kukuh untuk disarung pada badan. Gaun potongan duyung dengan perincian renda ini menampilkan bahagian bawah yang berlapis-lapis membentuk gaya dramatik kepada gaun polos ini. Diberikan sentuhan etnik di bahagian kolar Mandarin dan lengan paras siku bagi menyerlahkan aura sopan.
5. Busana Kebangsaan Miss Universe 2016
Satu lagi baju yang agak pelik tetapi cantik adalah juga daripada ciptaan duo Rizman Ruzaini yang digayakan oleh Miss Universe Malaysia 2016, Kiran Jassal yang turut mendapat perhatian netizen.
Busana yang diinspirasikan daripada lambang kebangsaan negara iaitu Menara Berkembar Petronas ini telah digayakan oleh Kiran di Manila, awal tahun ini.
Perekanya memberitahu busana potongan jumsuit ini menggunakan lebih 100,000 berlian perak pelbagai jenis dilakukan penuh teliti merangkumi idea, konsep hinggalah kepada pembuatannya. Berat baju ini adalah 10KG dan menara itu direka untuk keselesaan Kiran apabila memperagakannya.
KREDIT FOTO: THE ROYAL JOHOR & INSTAGRAM SELEBRITI
Artikel Berkaitan: Baju RM15K DiPeraga Mira Di New York
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Coronavirus Boleh Tersebar Melalui CIRIT-BIRIT! Saintis Sahkan Bukan Hanya Batuk & Bersin Sahaja.
Isi Kandungan
ToggleWabak coronavirus yang melanda sering dikaitkan dengan masalah pernafasan. Mana tidaknya, simptom yang diuar-uarkan seperti batuk dan sesak nafas memang tertumpu kepada masalah organ paru-paru. Itu merupakan kaedah utama penyebaran virus novel korona.
Di saat orang ramai sibuk menutup mulut, mencari dan mengguna pakai topeng bagi melindungi diri dari dijangkiti, kajian terbaharu telah mengesahkan bahawa wabak coronavirus baharu boleh tersebar melalui laluan fecal-oral.
Ciri-ciri penyebaran yang sama dengan wabak coronavirus SARS
Walaupun cara penyebaran melalui sisa perkumuhan ini merupakan maklumat baharu yang telah disahkan oleh kajian sains, tapi saintis tidak terkejut. Ini berikutan virus novel korona (COVID-19) ini sering dikaitkan dengan virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV).
Persamaan di antara kedua-dua virus ini dipersetujui oleh kebanyakan ahli akademik sehinggakan ia pernah digelar sebagai SARS-CoV-2.
Suatu ketika dahulu, kajian menunjukkan bahawa SARS-CoV boleh tersebar melalui sisa air kencing pesakit. Sampel virus tersebut juga jelas terzahir pada sampel najis menunjukkan SARS-CoV bukan hanya tersebar melalui batuk atau bersin.
Perkara ini, walaupun tidak mempunyai implikasi yang agak dahsyat kepada orang awam, tapi boleh membahayakan golongan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merawat pesakit. Tanpa memakai alat perlindungan diri, mereka mudah untuk dijangkiti oleh sampel sisa perkumuhan pesakit walaupun ia jarang berlaku.
10 peratus daripada jumlah pesakit yang disoal selidik di Hospital Wuhan (14 daripada 138 orang pesakit) mengalami simptom gastrousus seperti cirit-birit, loya dan muntah sebelum menunjukkan simptom pernafasan.
Tanpa mengetahui tentang peranan virus novel korona terhadap sistem gastrousus, simptom sebegitu pastinya dirawat sebagai masalah keracunan makanan walhal daripada sejarah pesakit, ia jelas menunjukkan risiko jangkitan wabak coronavirus.
Pesakit pertama yang didiagnosis di Amerika Syarikat turut mengalami simptom cirit-birit, 2 hari sebelum demam dan sesak nafas berlaku. Ia bukanlah simptom utama namun wajar diambil kira.
Mereka yang mengalami cirit-birit dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang positif wabak coronavirus atau baru pulang dari Wuhan perlu disiasat dengan lebih lanjut.
Titisan udara masih cara utama wabak corona virus tersebar
Kajian soal selidik di China tersebut menunjukkan cara penyebaran terbaharu virus novel korona, namun cara utama masih melalui titisan udara.
Mereka yang mengalami simptom selesema perlu memakai topeng muka bagi mengelakkan virus tersebut daripada tersebar.
Topeng tersebut hanya betul-betul berkesan bagi menghindarkan penyebaran virus. Ia tidak berapa berkesan dalam menghindarkan anda daripada dijangkiti virus. Jadi, bagaimana cara untuk anda melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan amalan cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air. Ia ternyata berkesan dalam membasmi virus novel korona tersebut melalui pelbagai kajian. Pernah juga tular di Facebook berkenaan dengan eksperimen ringkas menunjukkan perbezaan di antara penggunaan air dan sabun serta hand sanitizer terhadap penjagaan roti daripada kulat.
Air dan sabun bukan sahaja berupaya untuk membasmi majoriti mikroorganisma, tapi ia juga boleh digunakan pada tangan yang kotor. Hand sanitizer cuma boleh digunakan pada situasi di mana tidak terdapat air dan sabun.
Kepekatan alkoholnya mestilah berada pada paras 60% dan ke atas, jika tangan anda kotor, basuh tangan anda menggunakan air terlebih dahulu. Melalui langkah pencegahan ini, wabak coronavirus baharu boleh dikawal dengan baik.
Individu yang kerap bersin dan batuk juga perlu mengamalkan teknik/ etika yang betul. Bagi virus yang disebarkan melalui titisan udara, berdiri pada jarak 2 meter daripada individu lain mampu menghindarkan penyebaran virus.
Tutup mulut anda menggunakan tisu dan buang tisu tersebut selepas digunakan.
Tempoh jangka hayat virus di dalam sisa perkumuhan
Walaupun kajian yang dijalankan di Jerman menunjukkan bahawa virus korona novel boleh hidup di luar badan manusia dalam tempoh 9 hari, namun ia berbeza mengikut permukaan objek.
Kajian tersebut menggunakan tombol pintu dan barangan lain namun tidak mengambil kira sampel najis yang mempunyai kadar lembapan yang agak tinggi. Semakin tinggi kadar lembapan, semakin panjanglah jangka hayat virus tersebut di dalam sampel yang tercemar.
Buangan sisa klinikal selepas melakukan ujian makmal atau kajian perlu dilakukan dengan betul. Jika tidak, mereka yang menguruskan sisa klinikal tersebut berisiko untuk mendapat wabak coronavirus baharu kelak.
Masih tiada lagi maklumat lengkap berkenaan dengan jangka hayat COVID-19 di luar badan. Virus SARS-CoV hanya boleh bertahan selama 24 jam di luar badan manusia, namun pada sampel najis, jangka hayatnya meningkat 4 kali ganda kepada 4 hari.
Jika virus novel korona mempunyai sifat yang sama, ini bermakna, ia berupaya untuk terus menjangkiti individu lain dalam tempoh masa melebihi sebulan.
Penyebaran melalui najis merupakan cabaran baharu dalam membendung wabak coronavirus yang melanda terutamanya di kawasan hospital.
Maklumat berkenaan dengan cara penyebaran baharu virus ini menunjukkan bahawa kita perlu memberikan tumpuan kepada simptom gastrousus juga. Walau bagaimanapun simptom pernafasan seperti batuk dan sesak nafas tetap menjadi gejala utama dalam mendiagnosis pesakit.
Jika seseorang itu mengalami muntah, loya dan cirit-birit, nasihatkan mereka untuk berjumpa dengan doktor. Perkara ini terutamanya jika mereka pernah berhubung dengan pesakit wabak coronavirus.
SUMBER: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Video Azil Menangis Tanpa Sebab Undang Sedih Di Hati Zarina Zainuddin & Raih Lebih 1 Juta Tontonan Di Instagram
Isi Kandungan
ToggleSemua sudah maklum pelakon Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar yang menghidap autism. Dia juga rajin muat turut gambar dan posting berkongsi pengalaman menjaga kedua anaknya ini, Azil dan Azal. Namun satu posting video yang dimuat turut semalam mengundang rasa sedih di hati netizen. Video ini turut mendapat lebih 1 juta tontonan di laman sosial instagram.
Posting yang dimuat turun tanpa caption panjang sekadar perkataan ‘Azil’ meraih simpati netizen yang turut terkesan dengan melihat video berkenaan.
Situasi dalam kereta menunjukan Azil yang hanya berseluar pendek menangis sambil mengesat mata dengan bajunya beserta perlakuan tanganya seperti melukis tanpa diketahui sebab.
Dia juga turut menggaru kepalanya dan tiada kata-kata yang diluahkan dalam vdeo berkenaan, sekadar sendu tangisannya yang kedengaran.
Tiada kata-kata diluahkan oleh Azil mahuun Zarina. Bukan sahaja Azil yang menangis, Malah Zarina yang duduk di kerusi depan juga turut menangis dan mengelap matanya dengan tisu.
Dia pun nak ambik video meluah perasaan dia sendiri.. Aduhh abang azil..
A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on
Ternyata perlakuan ini memang mengundang simpati netizen. Malah ruangan komen juga turut mendapat respon daripada follower selebriti ini. Menerima hampir 5 ribu komen termasuk rakan-rakan artis.
Masing-masing terharu dengan ketabahan Zarina menjaga anak autism ini dan memberi kata-kata semangat kepada dirinya.
Ibu yang tabah menjaga anak-anaknya
@dilaabl@zarinazainuddin_salam puan..selalu tgk vid2 puan dgn anak2..tp harini br sy terpangil tuk memberi komen..tiada lain yg dpt sy katakn hny sy doakn pn tetap dan trs tabah tu menghadapi hari2 mendatang selagi hayat dikandung bdn..secare jujur memang bkn semua org boleh jd setabah pn tuk menjaga anak2 yg dikategorikn sbg anak2 istimewa..tp trnyata diantara ramai yg diduga pn antara yg plg tabah menangani mereka..seberat2 mata yg menatap kisah pn berat lagi bahu pn yg mngalas dugaan..tp ternyata allah swt tidak menduga pn klu pn bkn org yg berhati kental yg boleh melalui tiap ujian yg allah swt sudah tetapkn..mg sgl urusan pn dpermudahkn dan mg allah swt je la yg dpt memberi sebaik2 ganjaran buat puan..amin
Di Syurga nanti jejaka yang sempurna menarik tangan ibunya
@lilprincesswa21 Di Syurga kelak dialah jejaka yang sempurna yang tak tergambar kesempurnaannya,di dunia ni hanya sementara,pasti tgnnya akan menarik ibunya bersama-sama ♥️@zarinazainuddin_
Ibu yang kuat mengalahkan pahlima perang
@iamfairuzz Sesungguhnya seorang ibu itu adalah seorang yg kuat mengalahkan panglima perang.. Stay strong @zarinazainuddin_rasa mcm hiris bawang pulak dh
Ibu dari Brunei ini juga turut tersentuh melihat video ini
@nani.zainDear God…. pls give Kaka kesabaran dan kekuatan untuk menjaga anak2 nya… Dear God pls give kaka semangat agar setiap Hari-Hari nya dpt ditempuh dengan ketenangan… Dear God.. sungguhnya engkau lah pencipta Yg terbaik buat kmi semua.. Akak @zarinazainuddin_Kak memang KUAT!! Ter Haru dan tersentuh hati adik tengok Kak.. sesunggunya.. anak2 kita adalah ahli syurga… akak kuat… akak kuat! Love and hugs dari seorg ibu kepada seorg ibu… love from brunei
Ibu paling sempurna & bersabar
@novadedekSabar ya Kak @zarinazainuddin_Allah selalu menyertai umat nya yg selalu bersabar..Allah akan menempatkan kakak dalam posisi tertinggi dihadapannya. Karna kakak adalah ibu yg paling sempurna dan ibu yg paling sabar…selalu kuat ya Kak..
? Tidurlah anakku.. Malam masih panjang.. Ibu nak bangun masak..
A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on
Minta bacakan surah AlIkhlas ketika bangun tidur dan mahu tidur
@nesaradiyah_25Coba ibu bacakan di air satu gelas surat al ikhlas 10x setiap pagi bangun tidur dn mau tidur..in shaa alloh semoga ada jalan kebaikan dn kesembuhan
Ramai yang sedia maklum betapa besar pengorbanan Zarina yang setia menjaga anak-anak autism yang dikesan sejak usia mereka 3 tahun lagi. Azil menghidap hyper austism, manakala Azal pula adalah mild autism.
Dia memang sering berkongsi pengalaman menjaga anak-anak austim ini di laman sosial, tetapi video kali ini begitu menyentuh perasaan.
Sebelum itu Azil juga dikatakan mengamuk kerana Zarina menegur sikapnya yang mandi hingga habis basah kawasan sekitarnya. Walaupun bukan berniat untuk marah, tetapi teguran itu menyebabkan Azil berkecil hati.
A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on
Semoga Zarina terus kuat dan tabah menjaga anak-anak syurga ini kerana pasti ada hikmah di ujian Tuhan dugaan sebegini hebat.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ZARINA ZAINUDDIN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI