Heroin drama Sayangku Kapten Mukhriz, Datin Niena Baharun telah selamat melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan pada 24 Oktober yang lalu.
Jelas Niena, dia bersyukur puterinya menjadi pelengkap kebahagiaan bersama suami tercinta. Bayi perempuan itu telah dilahirkan secara pembedahan pada jam 9.03 pagi.
“Impian saya hendak melahirkan anak perempuan jadi kenyataan. Sudah ada sepasang.
“Lebih manis, kehadiran anak kedua ini serupa tarikh dengan abangnya, Adiel Mikael, malah, disambut doktor yang sama.
Mengenai nama anak, Niena dan suaminya, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi, belum membuat keputusan dan menunggu masa yang sesuai untuk memberinya.
“Suami mahu selesaikan dahulu tempoh tujuh hari bersalin. Selepas itu, Insya-Allah, kami putuskan nama sesuai.
“Alhamdulillah, keadaan saya dan anak okay,” katanya.
Niena telah mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta pada 1 Februari 2018 di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kota Bahru, Kelantan.
kredit: Berita Harian