Baru-baru ini, aktres jelita iaitu Oktovia Manrose,30, telah selamat bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Mdisa,31, pada hari Selasa lalu dengan sekali lafaz.
Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman telah dinikahkan sendiri oleh bapanya yang juga bekas penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman sambil disaksikan jurunikah Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.
Menyingkap kembali detik perkenalan, Oktovia sebenarnya telah berkenalan dengan suaminya sejak tujuh tahun lalu menerusi ahli keluarga sebagai kenalan biasa.
Namun, perasaan terhadap satu sama lain itu mulai timbul selepas dipertemukan semula beberapa tahun yang lalu.
Jelas Oktovia, keinginan bekas pemain bola sepak Melaka United itu untuk sama-sama berhijrah mendekati Allah SWT menguatkan lagi hatinya untuk bergelar isteri kepada Khairul kerana dia juga mempunyai matlamat yang sama.
Di majlis yang bertemakan taman itu, hari bahagia mereka turut diserikan lagi dengan persembahan istimewa daripada Iwan sendiri dan juga Datuk Nash.
Antara rakan selebriti yang hadir memeriahkan acara pada hari itu termasuklah sepupu Oktovia iaitu Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Raysha Rizrose, Emma Maembong, Lufya Alana dan ramai lagi.