Telefon merupakan gajet yang sangat penting buat masa kini. Kalau rosak ibarat patah kaki sebelah. Kalau boleh mahu cari kedai yang berpatutan harganya untuk membaiki gajet yang satu ini. Tetapi hati boleh jadi sakit jika menjadi mangsa tipu di kedai berkenaan. Seperti perkongsian lelaki ini yangmendakwa dirinya telah menjadi scam ketika mendapatkan perkhidmatan membaiki telefon di Plaza Low Yat hingga mengakibatkan kerugian.
Dia yang membawa Iphone5 memberitahu button
tidak dapat berfungsi dengan baik. Setelah berurusan, dia bersetuju untuk dibaiki dengan harga RM80 tetapi beberapa minit kemudian apabila kembali semula, pekedai itu berkata bukan saja button rosak, tetapi juga LCD pecah.Dia jadi pelik kerana sebelum diserahkan tidak ada masalah lain berlaku dan dia akhirnya bersetuju dengan harga RM100 untuk membaiki telefonnya semula.
Menulis thread di twitter menggunakan akauan @ZunairHusain menceritakan pengalamannya dan berharap warga twitter tidak akan menjadi mangsa di kedai membaiki telefon berkenaan.